CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8435|Reply: 5

KORBAN 44 [setiap Rabu & Khamis, 9 mlm, Astro Citra]

[Copy link]
Post time 2-10-2009 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ajami at 2-10-2009 00:47


MARSHA sebagai Wati dan Farid sebagai Bah radin adalah pasangan cinta yang mendapat halangan daripada orang tua

Macam buat filem!
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]


ANTARA babak menarik drama Korban 44

Walaupun sekadar drama bersiri kos penerbitan Korban 44 mencecah lebih RM1 juta

PERISTIWA yang menyayat hati mengorbankan hampir 50 penduduk di perkampungan Orang Asli Pos Dipang, dekat Kampung Sahum, Kampar, Perak pada 29 Ogos 1996 cukup menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.

Kejadian itu memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila terutama bagi mereka yang kehilangan orang tersayang selain kerosakan harta benda disebabkan kecuaian manusia menguruskan alam sekitar dengan sempurna.

Kini selepas 13 tahun peristiwa itu berlalu, ia disingkap semula menerusi drama bersiri berjudul Korban 44 terbitan Astro. Usaha menerbitkan drama bersiri Korban 44 bukanlah berniat untuk mengungkit kisah silam, sebaliknya ia menjadi sebahagian daripada bahan dokumentari bersifat visual yang amat berharga dalam sejarah negara nanti.

Pengarah Korban 44, Zaili Sulam berkata, drama bersiri lapan episod itu bukan saja memaparkan kejadian dan punca malapetaka yang berlaku malah merungkai kehidupan penempatan Orang Asli yang selama ini tidak diendahkan oleh masyarakat demi kepentingan sendiri.

“Subjek utama cerita ini adalah bagaimana peristiwa itu berlaku. Kita tidak menghasilkan cerita itu secara terus kerana ini membuatkan penonton merasa jemu.


KREN digunakan untuk mengangkat penempatan Orang Asli untuk dimasukkan ke dalam kolam banjir

“Drama ini memaparkan kehidupan, kepercayaan, percintaan dan pengorbanan masyarakat Orang Asli di Pos Dipang. Biar masyarakat sedar mereka juga ada hak yang sama seperti kita,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama itu di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini.

Dengan kos penerbitannya mencecah RM1 juta - jumlah hampir menyamai penerbitan filem cereka - drama Korban 44 dihasilkan dengan penggunaan peralatan dan teknik imej janaan komputer (CGI).

“Kita gunakan teknik yang sama seperti cara filem cereka buat, seperti CGI yang banyak membantu menjadikan ia seperti realiti. Kita gunakan tiga kamera dari pelbagai sudut yang dibantu oleh 20 kru profesional. Dengan tiga kamera, kita dapat menyiapkan 18 babak dalam masa satu hari dengan tempoh masa bekerja 12 jam sehari.

“Jika hendak diikutkan, penggambaran drama ini lebih sukar daripada menghasilkan filem cereka. Sepanjang sebulan penggambaran, kami menyiapkan drama bersiri lapan jam yang setiap episod berdurasi satu jam. Sedangkan filem cereka tidak lebih daripada dua jam,” katanya.

Sebagai pengarah, Zaili juga turut dibantu pengarah artistik Mazlan Abdul Latiff atau lebih selesa digelar Odeng yang memikul tanggungjawab besar dalam pembikinan drama ini.

“Saya antara orang pertama ke lokasi iaitu dua bulan sebelum penggambaran bermula, dan orang terakhir meninggalkan lokasi. Segala gambaran cerita dari awal hingga akhir sudah saya ketahui terlebih dulu kerana setiap perancangan dan perbincangan harus disertai oleh pengarah artistik,” kata Odeng yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang ini.

Menurutnya lagi, setiap kerja yang dijalankan harus menggunakan akal untuk berfikir secara waras dengan mengadakan sesuatu yang tidak ada bagi menampakkan realiti peristiwa sebenar.

“Saya bekerja lebih awal daripada orang lain yang biarpun skripnya belum disiapkan tetapi kajian terperinci sudah dimulakan. Segala bahan rujukan daripada akhbar dan internet dikumpul. Saya ke lokasi kejadian sebenar dan menemubual mangsa yang masih hidup.

“Setelah memperoleh apa yang diinginkan, kerja mencari lokasi dan membangunkan set dimulakan dua bulan awal. Sebanyak 10 rumah Orang Asli dibina semula.

“Kita juga akan membina kebun sayur dalam masa dua bulan itu seperti pisang, nanas, kacang dan pelbagai lagi tanaman yang biasa diusahakan penduduk orang asli. Rumah dan persekitarannya sengaja dibiarkan terdedah dengan hujan dan panas dalam masa dua bulan sebelum penggambaran dimulakan supaya menampakkan ia lebih lusuh,” katanya.

Drama Korban 44 yang bakal disiarkan saluran Astro Citra bermula 7 Oktober depan jam 9 malam setiap Rabu dan Khamis turut dibintangi pelakon berbakat seperti Farid Kamil, Marsha, Mohamad Hariry Abdul Jalil, Mubarak Majid, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Cabaran bergelumang dalam lumpur

MENINJAU lokasi penggambaran drama Korban 44 yang dikelilingi hutan, bermain dengan lumpur, merelakan tubuh dijamah nyamuk dan duri-duri tajam cukup tidak selesa bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Semua itu ditempuhi dengan keazaman yang kuat oleh Marsha kerana tekad untuk membuktikan dia mampu memberikan aksi mencabar.

“Sebelum ini saya sering diberikan watak yang lembut, bersopan santun dan penggambaran di tempat selesa seperti di rumah, pejabat dan hotel. Kali ini, pengalaman bersama produksi Korban 44 cukup berlainan dan mencabar.

“Apabila ditawarkan watak Wati iaitu wanita Orang Asli, saya menolak kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Tapi ramai yang menasihatkan saya agar mencuba watak itu terlebih dahulu dan sekiranya saya berjaya ia akan membuktikan bakat lakonan saya yang sebenar.

“Hari pertama penggambaran tidaklah begitu susah sangat tetapi apabila masuk hari kedua, tenaga saya mula dikerah habis-habisan apabila terpaksa bermandi lumpur bermula jam 9 pagi hingga 2 pagi.

“Selain itu, buat pertama kalinya saya mendapat aksi yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini iaitu aksi rogol. Pada mulanya sangat malu kerana semua kru melihatnya namun selepas menguatkan semangat dan tahu kerja saya sebagai pelakon saya berjaya lakukan.

“Tidak di situ saja, memandangkan saya jarang membiarkan tubuh badan saya terdedah dengan persekitaran yang lasak, hari kedua badan saya mula mengalami gatal-gatal yang teruk kerana alah dengan air lumpur yang kotor,” katanya.

Bagi pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil pembabitan dirinya dalam produksi ini sebagai watak Bah Radin bukan saja memberikan pengalaman berbeza buatnya malah mendalami lebih banyak teknik pembikinan drama yang menggunakan teknik CGI.

“Ini pertama kalinya saya bekerjasama dengan produksi Astro yang sanggup membelanjakan kos tinggi untuk penggambaran ini sudah cukup memulangkan imbuhan tersendiri buat saya.

“Selain memegang peranan sebagai pemuda Orang Asli, saya juga mempelajari bagaimana pengarah yang sebelum ini banyak menghasilkan produk komersial bekerja. Penggunaan CGI dan ‘blue mood’ yang digunakan di dalam drama ini biarpun nampak senang tetapi kerjanya sangat leceh,” katanya.

Menurut Farid, penggambaran drama ini cukup berbeza dengan pengalaman lakonannya sebelum ini.

“Saya cukup seronok bekerja dengan produksi ini, biarpun penat disebabkan setiap hari bermain dengan hujan dan lumpur, namun kepuasan diperoleh sebaik selesai penggambaran.

“Produksi ini juga menemukan saya dengan pelakon lama yang berpengalaman luas seperti Razak Ahmad dan Mubarak Majid. Sebelum ini saya sering menonton lakukan mereka dan kali ini saya dapat bekerjasama dengan pula,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2009 01:12 PM | Show all posts
the making of KORBAN 44






Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 12:09 PM | Show all posts
eiii...smlm aku terlupa nk tgk.......repeat cam biasa kn?....ari sabtu & senin?..ke daa tuko?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 01:47 PM | Show all posts
Lagu tema dia sedap, mana nak carik yer..syahdu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 12:47 PM | Show all posts
Tragedi Pos Dipang...aku ada situ pd hari selepas kejadian kerana melawat jambatan yg baru dibina runtuh...Sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 01:42 PM | Show all posts
aku dah tgk citer tue sampai abis....hmmmm best citer dia..bagi akula....x taulaa pada org lain...hmmmm...touching btl
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051762 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list