CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46030|Reply: 264

Siapa jawab dia terer.

[Copy link]
Post time 16-10-2009 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Korang yang bijak pandai tolong enlighten saya skit.

1) Kenapa kita sering berdoa "Ya Allah, panjangkanlah umur kami" atau "semoga korang panjang umur", walhal mati itu dah memang fixed menurut Qada' & Qadar. Bukankah doa ni pointless?

2) Dalam berita2 kemalangan, mangsa2 yang terselamat selalu berkata tentang mangsa yang maut "Oh nampaknya tuhan lebih menyayangi beliau/mereka. Semoga roh beliau/mereka dicucuri rahmat.". Kenapa dikatakan orang2 yang maut tu lebih disayangi, yang hidup tu tuhan tak cukup sayang ke?

3) Di akhir majlis2 ilmu, pengerusi/penceramah selalu cakap "Yang baik tu dari Allah s.w.t, dan yang buruk tu datang dari saya sendiri...". Bukankah kedua2 yang baik dan buruk itu diturunkan oleh Allah, atau dari sudut penceramah tu, kedua2 baik dan buruk dihasilkan dari beliau sendiri?

Arghh confuse2! Sebenarnya ada banyak lagi confusion tapi tengah tak teringat sekarang . Nanti saya tambah lagi.
Sila jawab!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 12:12 PM | Show all posts
aku nk jawab hat no 1 tuh.... btoi mati seseorang tuh tetap....tetapi...bergantung pada terma dan syarat yakni...amalan kita didunia nih..penah dngr kisah seorang hamba Allah zaman nabi daud? Allah panjangkan umur hamba Allah ini kerana dia bnyk bersedekah..pd masa tuh dia dah nazak sgt2 n malaikat maut pn dh get ready nk amik nyawa....itu adalah salah satu cara nk menunjukkan kekuasaan Allah.....setiap benda ada pasai...

pastu lagi satu...semua orang kata rezeki dh ditetapkan sblm kita lahir lg...ok skang cuba lps2 lahir tuh then bila dh besaq kita duduk sengap tak payah keja...coz kan rezeki dh ditetapkan... so renung2kan.....

rezeki secupak takkan jadi segantang.....tetapi segantang boleh jadi secupak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:14 PM | Show all posts
1. doa tu tak pointless kalau dia mintak kat tuhan panjang umur sebab dia nak mencuci dosa2 dia yang lalu...setiap hembusan nafas kita akan di soal nanti and setiap hari kita bertambah umur adalah kerana Tuhan beri kita peluang untuk bertaubat..so maknanya setiap kali kita bertambah umur semakin singkat masa untuk kita bertaubat.kita pun tak tahu bila kita akan mati kan, so renung-renungkanlah...

2. yang ni aku pnah dengar dari jiran aku ada cakap macam ni jugak, my fren eksiden n meninggal, dia cakap Tuhan lebih menyayangi rwah ni. bila fikir balik, arwah ni seorang yang alim, tahfiz Al-Quran..tapi dia tersalah pilih kawan yang nak merosak kan akhlak dia, dan Tuhan panggil dia supaya dia tak bergelumang dengan dosa..arwah ni meninggal sebab eksiden terlanggar ngan lembu..

3. sesungguhnya kita ni makhluk ciptaan Tuhan, jadi kita kena sentiasa beringat yang kita ni sebenarnya serba kekurangan...sebab tu kena cakap macam tu tanda kita merendah diri dengan yang Maha Pencipta...

saya ni bukanlah sempurna, dan bukan jugak serba tahu, kalau ada tersalah tulis, harap maafkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:20 PM | Show all posts
Aku plak nak jawab yang no. 2
Allah ambil nyawa mereka lebih awal supaya mereka dah x buat dosa..
Allah sayang mereka, sebab tu Allah x nak mereka buat dosa dah..
Kalau umur mereka lebih panjang, mesti mereka x akan lari dari buat dosa..
Tapi bukan maksud aku, kita yang masih hidup ni Allah x sayang..
Aku pernah terbaca kat mana ntah, orang2 yang baik2 ni akan mati dulu, tinggallah orang2 yang jahat2..
Renung2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 16-10-2009 12:28
1) Kenapa kita sering berdoa "Ya Allah, panjangkanlah umur kami" atau "semoga korang panjang umur", walhal mati itu dah memang fixed menurut Qada' & Qadar. Bukankah doa ni pointless?
hyree_hybrid Post at 16-10-2009 11:57


Saya jawab hanya sekadar berkongsi pengetahuan, tolong jangan anggap saya terrer.

Ada point doa tu, yang dimaksudkan panjang umur adalah panjang umur dalam keberkatan moga-moga dapat tambah amal dan hampirkan diri dengan Allah. Tak guna mintak dipangjangkan umur tapi digunakan untuk maksiat.

2) Dalam berita2 kemalangan, mangsa2 yang terselamat selalu berkata tentang mangsa yang maut "Oh nampaknya tuhan lebih menyayangi beliau/mereka. Semoga roh beliau/mereka dicucuri rahmat.". Kenapa dikatakan orang2 yang maut tu lebih disayangi, yang hidup tu tuhan tak cukup sayang ke?


Bersangka baik kepada mereka yang 'pergi' dulu. Hakikatnya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin kalau dia hidup lama lagi tapi dalam kemaksiatan, siapa tahu? Sebab tu orang selalu kata Allah lebih sayangkan dia... dan supaya hati kita berbalik kepada Allah kerana kita semua akan kembali kepada-Nya

3) Di akhir majlis2 ilmu, pengerusi/penceramah selalu cakap "Yang baik tu dari Allah s.w.t, dan yang buruk tu datang dari saya sendiri...". Bukankah kedua2 yang baik dan buruk itu diturunkan oleh Allah, atau dari sudut penceramah tu, kedua2 baik dan buruk dihasilkan dari beliau sendiri?


Akibat baik dan buruk kesemuanya dari Allah. (BACA: AKIBAT)

Namun sesuatu yang buruk itu tidak diturunkan melainkan dengan sebab 'tangan-tangan' manusia (disebabkan atas perbuatan manusia). Maka selalunya disebut yang buruk itu atas sebab kelemahan sendiri... dan semoga dijauhi kerosakan atas sebab kesalahan diri manusia....


Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali (Ar-Rum, 41)


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2009 12:55 PM | Show all posts
Terima kasih di atas keprihatinan korang dalam menjawab confusion saya. Respons saya setakat ini.

1) OK saya berpuas hati dengan jawapan korang. Baru saya jumpa sesungguhnya MATI adalah Qada' Muallaq, yang boleh berubah masanya bergantung pada awal amal kebajikan etc. (Selama ni saya dok ingat tarikh & masa mati tu memang dah confirm tanpa kompromi walau sesaat, tu yang konpius tu) *QED*

2) Kalau dikatakan Allah menyayangi seseorang itu, nyawanya dicabut cepat2 sebelum beliau terus bergelumang dengan maksiat; maka adakah Allah tak sayang langsung orang yang dibiarkan hidup dan terus berbuat kejahatan? Bukankah ini akan memaparkan pula pilih-kasih dan ketidakadilan Tuhan? Hasilnya nanti ada la pulak orang2 jahat cakap "Biarkan jela aku macam ni.. Allah bukan sayang kat aku pun..."
Sebab tu la saya beranggapan (dalam #1) bahawa sebagai tuhan maha adil, Allah dah fixed kan ajal seseorang, regardless of good or bad behavior, dan bergantung pada orang tu sendiri untuk menggunakan masa hidup sebaiknya. Kalau mapuh tengah2 buat jahat atau baik, nasibleeeee... :kant:

3) Saya simpulkan dari diskusi korang bahawa tujuan percakapan itu ialah untuk merendah diri, walaupun technically it should work both ways. Terima kasih. Sesungguhnya korang semua memang tak terer, dan segala ke-terer-an datang dari Allah sahaja. hehehehehe . *QED*
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2009 02:07 PM | Show all posts
Terima kasih di atas keprihatinan korang dalam menjawab confusion saya. Respons saya setakat ini.

1) OK saya berpuas hati dengan jawapan korang. Baru saya jumpa sesungguhnya MATI adalah Qada' Muall ...

Sesungguhnya korang semua memang tak terer, dan segala ke-terer-an datang dari Allah sahaja. hehehehehe . *QED
hyree_hybrid Post at 16-10-2009 12:55


ko mmg sarcastic la. sabor je.

++aku setuju ngan suma2 org kat atas tu.
n kalau boleh, sekadar nak kongsi...
ustazah ni ade cakap, wallahualam... saya x berani kata iya atau tidak sbb mende2 ni luar jangkaun akal saya.
dia kata.. kita hidup ni, waktu roh kita kat 'atas' sana... kita dah pilih dah sapa parents kita, mcm mana jalan hidup kita, suma2 la.
then, adik saya tanya.. ade ke org/roh yg nak pilih hidup dalam kekafiran? adil ke orang2 yg dilahirkan kafir dan x punya peluang kenal islam dari lahir?
saya cuma cakap (tapi sbb ngan adik sendiri, so cakap 'cara' nak menag je lah.. hahah)... betulla ustazah tu kata kalau gitu... kita dah pilih takdir kita sblm lahir lagi.
n pasal x punye peluang kenal islam dr lahir tu.. tu pasal bila allah nak, dia leh kasi hidayah.

sekian.. ++aku mmg x terer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 02:38 PM | Show all posts
6# hyree_hybrid

mungkin nak tambah bagi pening sikit....  (maaf dulu, saya tak terer.)

1) ...Baru saya jumpa sesungguhnya MATI adalah Qada' Muallaq, yang boleh berubah masanya bergantung pada awal amal kebajikan etc. (Selama ni saya dok ingat tarikh & masa mati tu memang dah confirm tanpa kompromi walau sesaat, tu yang konpius tu) *QED*....

Apa maksud yang boleh berubah tu?  Adakah Allah s.a.w. dengan sifat maha mengetahui akan mengubah-ubahkan takdir yang telah ditetapkan?  Kalau dia biasa ubah-ubah, mana sifat maha mengetahui tu?  Adakah Allah tak tahu apa yang akan kita kerjakan samada kebajikan atau maksiat sebelum menentukan takdir?  Nak kena tunggu dulu apa kita buat baru takdir ditentukan?  Saya rasa ini macam ada sedikit pengaruh dari satu mazhab yang bukan sunni.  Iaitu Allah boleh mengubah sesuatu yang ditetapkan.

Sebelum ni saya pernah post dalam thread "takdir" pasal ni.

Apa saja yang kita lakukan telah Allah ketahui sejak sebelum kita wujud lagi.  Samada kita akan berdoa, samada kita buat kebajikan dan lain-lain.  Apa yang kita lakukan adalah pilihan kita dan Allah juga yang menetapkan samada ia jadi atau tidak jadi.  semuanya Allah dah ketahui akan berlaku sejak azali.  Kalau kita berdoa minta panjang umur, sejak azali lagi Allah dah tahu kita akan berdoa dan sejak azali lagi Allah dah takdirkan doa kita dimakbulkan atau tidak.  Itulah yang dah tertulis dan ia tidak akan berubah.  Elok juga jangan banyak fikir pasal sifat Allah ni.  Sebab Allah sendiri kata jangan fikir pasal ni.  Kelebihan pada kita ialah kita tak tahu apa yang akan berlaku dan apa yang akan kita kerjakan esok.  So, kita usaha, doa dan tawakal lah kpd Allah.

Kalau perlikan dalil-dalil sila rujuk post saya dalam thread TAKDIR.  
http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=8

Sesungguhnya Allah tidak ada rahasia lagi bagi-Nya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit [Ali-Imran: 5]

Sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dan Aku mengetahui apa yang dibisikkan hatinya [Qaf: 16]

Allah mengetahui segala sesuatu [Al-Baqarah : 283]

Maka apa saja yang telah terjadi di abad-abad terdahulu, dia (Musa) menjawab : Pengetahuan tentang itu di sisi Rabb-ku di dalam kitab yang Rabb-ku tidak akan salah dan alpa (di dalamnya)" [Thaha: 51-51]

Sahih Bukhari:
dari Ali bin Abi Thalib bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Tak seorangpun dari kamu kecuali telah tertulis tempatnya di surga atau tempatnya di neraka" Kemudian (sahabat) bertanya : "Ya Rasulullah, apakah kita tidak menyerah saja" (Dalam suatu riwayat disebutkan: 'Apakah kita tidak menyerah saja pada catatan kita dan meninggalkan amal). Beliau menjawab : "Jangan, beramallah, setiap orang dipermudah (menuju takdirnya)".  (Dalam suatu riwayat disebutkan : "Beramallah, karena setiap orang dipermudah menuju sesuatu yang telah diciptakan untuknya").  Orang yang termasuk ahli kebahagian, maka dia dipermudah menuju perbuatan ahli kebahagiaan.  Adapun orang yang termasuk ahli celaka, maka dia dipermudah menuju perbuatan ahli celaka".  Kemudian beliau membaca ayat : "Adapun orang yang memberi dan bertaqwa dan membenarkan kebaikan, maka Aku akan mempermudahnya menuju kemudahan. Adapun orang yang bakhil dan menumpuk kekayaan dan mebohongkan kebaikan, maka Aku akan mempermudahnya menuju kesulitan".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 02:40 PM | Show all posts
yang ke 2 dan 3 tu, kalau nak tahu samada ia betul-betul pandangan Islam, mesti ada ayat quran dan hadith sebagai dalil.  Kalau tiada, anggap ia hanyalah sebagai bersangka baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2009 03:21 PM | Show all posts
8# ibnur

Apa maksud yang boleh berubah tu?  Adakah Allah s.a.w. dengan sifatmaha mengetahui akan mengubah-ubahkan takdir yang telah ditetapkan?
ibnur Post at 16-10-2009 14:40


Saya berkata demikian sebab baru terjumpa satu hadis: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar AllahTaala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkanmembuat baik kepada ibubapa.(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Dan juga bahawa terdapat Qada' Mubram dan Qada' Muallaq, yang mana Taqdir Muallaq ni boleh diubah mengikut kredit individu tersebut (e.g. mati).

Never of my intention to deny that Allah Maha Mengetahui (dan seperti kata saudara, elok jangan difikirkan sangat sifat Allah), but the idea that "Tak seorangpun dari kamu kecuali telah tertulis tempatnya di surga atau tempatnya di neraka"  is very unsettling.

So I settled with the knowledge of Qada' Muallaq tadi. Sekurang2nya untuk diri saya sendiri, sama ada Allah mengetahui atau tidak destinasi saya di akhirat, saya taknak peduli. Saya percaya bahawa setiap perbuatan akan sentiasa mendapat penilaian semula secara berterusan dan dibalas seadanya, kerana Tuhan Maha Adil.

Self: Hmmm harap2 tak rosak la Rukun Iman ke-6 aku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 03:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 16-10-2009 15:48

So I settled with the knowledge of Qada' Muallaq tadi. Sekurang2nya untuk diri saya sendiri, sama ada Allah mengetahui atau tidak destinasi saya di akhirat, saya taknak peduli. Saya percaya bahawa setiap perbuatan akan sentiasa mendapat penilaian semula secara berterusan dan dibalas seadanya, kerana Tuhan Maha Adil.
hyree_hybrid Post at 16-10-2009 15:21


Allah tahu destinasi anda, samada anda percaya Allah tidak tahu ataupun tahu.

Nabi sarankan bahawa: ahli Syurga akan beramal dengan amalan ahli Syurga. Ahli Neraka akan beramal dengan amalan ahli Neraka.

Maksudnya: Pilihan kita nak beramal ke arah Syurga atau Neraka. Yang mutlaknya, Allah dah tahu yang mana kita nak pilih dan ini di luar pengetahuan kita.

Jadi apa yang patut kita buat? Pilihan di tangan kita... Jawapan: beramal-lah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:18 PM | Show all posts
ni nk crita ckit laa..dr org yg tak terer nih....

aku penah dngr orang alim baca kitab....... kita nih masa dalam alam rahim lagi...Allah dah tetapkan setiap orang syurga...kita la yg dok gatai p gadai syurga tuh dgn tak bramal dan beribadat dgn Allah...n semasa alam rahim jugak Allah dh tnya suma umat manusia yang lahir didunia bahawa adakah kita mengaku yg hanya Allah yg satu tiada yang lain..ya..mmg suma umat manusia mengaku dan apabila kita lahir...Allah sngaja akan bagi kita lupa kecuali seorang saja manusia yg Allah tak bagi lupa iaitu Saidina Ali karallmallahwajaha....

setiap keja Allah tu ada sebab musabab dia....tak tercapai dek akal manusia utk mentafsir.....

manusia jugak diberi akal utk berfikir

keadilan Allah tu luas....dan kekuasaan Allah tuh tak tercapai akal....ilmu Allah jugak luas..ilmu manusia hanya setitik air dilautan.......
dari segi Allah mengubah takdir seseorang tu...mmg Allah mampu buat...

sapa yang mengawal pemikiran kita...? Allah atau kita?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 06:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 16-10-2009 18:08

jap nak tanya sekejap

just nak tanya so fungsi solat istiqarah dalam sesuatu hal tu macam mana perspektif ( sudut pandangan ? tsawwur  ker istilah arabicnyer ?) yg betul untuk kita ambil ( siap yg sunnah wal jamaah tolong , ye,  blessyou )

sebab saya  faham yg sesiapa solat istiqarah tu dia tak akan rugi ( is it from any hadith ? wallahuallam i do not know)
so dalam konteks satu situasi ni berlaku kepada seprg hamba Allah ( saya tak perlu discuss ni ) kalau, say hal umpama jodoh tu  diakhiri dgn penceraian ( kita perceive as "bad" outcomes/ ujian , kan) then ....kita patut view macam  inikah
God knows, Allah itu Maha Mengetahui ada hikmahnya ...yg kita tak faham , ke?

cam tu yer , sebab selalunya doa istiqrah tu minta dijauhkan apa yg negatif, kan dan didekatkan atau dpermudahkan apa yg baik untuk kita, urusan kita masa sekarang, depan etc etc , kan?


sapa sapa boleh  beri pandangan?

sebab selalunya say aberfikir ..ALLAH is your boss , your Creator he can do what ever he wishes to do like "jadilah , maka jadilah .."

so macam mana , yer ?


i am curious, still
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 06:31 PM | Show all posts
13# mbhcsf

you already answered what you already asked...heheheh bless you
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 07:18 PM | Show all posts
fighter...

solat istiqarah ni simplenya utk  mintak petunjuk la dlm buat pilihan tertentu... mmg xkan rugi pun sbb kita mrujuk pd Allah..ape2pun yg drujuk pd Dia psti xkn merugikan n insyaAllah akn mndtgkn kbaikan pd kita coz Allah knows better... kan Dia yg cipta kita kn?!

dlm sesuatu hal yg brlaku pd hamba or mudahnya perkara yg kita rs tak best la... hanya 2 sebb je..1. balasan 2. ujian.. tp jgn bimbang sbb kalau kita faham dua2 ni pun sama je.. tujuannnya cuma nk kita kembali semula pd Allah @ 2 be more close to Him.. tp kalo kita tak nk fikir n faham maka sia2 je la...kita ratapi, sesali n salahkn sana sini ape yg jd.. xpandang smua tu petunjuk dr Allah utk kita... mka ujian akan dirasa amat menyiksakan...n tak kan nmpak la hikmah dsbalik ujian tu...

kalo nk solat sunat utk minta2 ni biasanya org buat solat hajat...doaknla sgala hajat kita tu... apapun nma solat tu yg pnting kita tau tujuan n pengharapan kita.. n jgn mintak dlm bentuk suruh coz Allah punya kehendak Dia tersendiri... minta dlm bntuk mengharap n merayu sbb kita kn hamba jee... Allah boleh buat apa shj n Dia tak pernah sesekali menzalimi hamba2nya....

so mintalah setiap ms utk dpelihara dr maksiat, dosa, bala bencana n murka Allah...jgn tunggu musibah dpn mata je baru nk minta tkut2 nnti bila xdapat on spot kita mrhkn Allah pulak... apepun...yakinla...Allah tu keperluan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 16-10-2009 23:41

kepada yg bertanya, in the end walopun hal ini kompleksity sket, anda akan dapati bahawa tak penting bertanya hal yg pelik2 itu walopun penting untuk anda bertanya pada mulanya sebagai seorang pencari kebenaran....ya.....anda telah wat perkara yg betul yakni bertanya.

yg paling penting beramal dgn apa yg terdapat dalam Quran dan sunnah . hidup kena teruskan usaha dan berdoa.

dan tentang takdir, beginilah nak dipermudah.

Tuhan Maha Tahu sejak dari azali lagi bahawa saya akan berada disini, yakni depan komputer saya menulis dalam post ini.....dan Tuhan jugak Maha Tahu yg anda akan duduk di depan pc anda untuk membuka forum cari ini.....semuanya sudah tercatat di lauh mahfuz.
Dia MAha Tahu semua ini, tapi ingat Dia tidak pernah memaksa kita...tak percaya cuba la tukar2 decision anda dgn conciousness yg ado.....Dia beri kita conciousness yakni kesedaran, sebab tulah kita bertanggungjawap ke atas apa yg kita perbuat.

harap membantu.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 10:58 AM | Show all posts
hybrid,
ini membahayakan.
......"Tak seorangpun dari kamu kecuali telah tertulis tempatnya di surga atau tempatnya di neraka" is very unsettling.

Self: Hmmm harap2 tak rosak la Rukun Iman ke-6 aku...


Dia (Allah) telah menciptakan segala sesuatu dan sungguh telah menetapkannya" [Al-Furqaan : 2]
Bagi-Nya kunci-kunci segala sesuatu yang gaib yang tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut dan tidak ada sehelai daunpun yang gugur kecuali Dia mengetahui-Nya dan tidak ada satu benihpun di kegelapan bumi dan tak ada sesuatupun yang kering dan basah kecuali ada di dalam kitab yang jelas" [Al-An'am : 59]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:29 AM | Show all posts
aku pun tak terer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:40 PM | Show all posts
hybrid,
ini membahayakan.


Dia (Allah) telah menciptakan segala sesuatu dan sungguh telah menetapkannya" [Al-Furqaan : 2]
Bagi-Nya kunci-kunci segala sesuatu yang gaib yang tidak ada yang menget ...
ibnur Post at 17-10-2009 10:58


eh ..jadi maksudnya Ibnur?
He has decreed/ preordained/ like tentukan siap siap dah  dah ker syurga neraka tu  but then again kita mesti doa ikhtiar  jadi hamba ALLAh terbaik , kan? After all He IS the ALL KNOWING lah senang cerita so this matter semua HIS BUSINESS buat apa kita ambil tahu sangat , kan? so leave it To him yg concern BUAT Yg terbaik selagi hidup, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 01:37 PM | Show all posts
eh ..jadi maksudnya Ibnur?
He has decreed/ preordained/ like tentukan siap siap dah  dah ker syurga neraka tu  but then again kita mesti doa ikhtiar  jadi hamba ALLAh terbaik , kan? After all He  ...
mbhcsf Post at 17-10-2009 12:40


Dia dah tentukan sebab Dia dah tahu kita nak jadi macamana.  That is why jangan pikir dalam-dalam pasal sifat Allah.  Allah punya pengetahuan tu melampaui masa kita.  Lebih baik kita fikirkan macamana nak elak masuk neraka.  Moga-moga takdir Allah tu akan membantu kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.724794 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list