View: 14119|Reply: 15
|
Jeffrydin; raja pop yeh yeh
[Copy link]
|
|
Baju koyak ditarik peminat
Oleh FAIZAL SAHARUNI
Selepas 45 tahun menghambakan diri dalam industri hiburan dan selepas berkali-kali melihat rakan-rakannya turun naik istana menerima anugerah bergelar Datuk, baru-baru ini jiwa kecil Jeffrydin tersentuh apabila turut mendapat pengiktirafan serupa.
JIWA siapa tidak terusik tatkala teman-teman seperjuangan dalam eranya sudah menerima pengiktirafan masing-masing sebaliknya empunya diri yang menumpahkan sepenuh keringat selama 45 tahun di lantai seni seolah-olah dibiarkan sepi ibarat tidak punya nilai untuk meraih sebarang perhatian.
Bukanlah bertujuan untuk mengemis mahupun mengungkit kembali sumbangannya setelah bertahun-tahun melontarkan vokal menghiburkan para pemujanya, beliau sebaliknya hanya inginkan orang lain membuka mata sambil mengimbau semula jerih-perihnya memartabatkan populariti irama 60-an atau lebih dikenali lagu berentak pop yeh yeh sehingga menjadi fenomena luar biasa kepada peminat.
| JEFFRYDIN bersama isteri tersayang, Rashidah telah mendirikan rumah tangga selama 32 tahun.
|
Benar, kekecewaan pernah menjeruk rasa hati pemilik nama berdaftar Jefrydeen Imbrom Soekman atau satu Malaysia mengenalinya sebagai Jeffrydin. Tetapi beliau enggan meluahkan isi hati yang terbuku disebabkan takut dipersendakan lalu ditertawakan oleh orang di sekelilingnya.
Mahu mengusir jauh hatinya yang sedikit lara, figura berusia 63 tahun itu enggan berfikir lagi tentang penghargaan lantas dia nekad terus membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga.
| JEFFRYDIN (kanan) bersama penyanyi seangkatannya Hussain Ismail dan Allahyarham A. Ramlie
|
"Sebagai manusia biasa, sudah pasti saya terasa hati apabila ada orang lain yang sama-sama bergiat aktif dengan saya dalam dunia nyanyian dikurniakan pengiktirafan sewajarnya.
"Bahkan sampaikan saya ada perasaan merajuk kerana diri yang sudah berada dalam industri ini lebih empat dekad tetapi tidak mendapat layanan seperti mana yang diterima artis veteran lain.
| JEFFRYDIN menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka daripada Mohd. Khalil Yaakob.
|
"Timbul persoalan kenapa saya tidak dinilai sebagai seorang seniman sedangkan artis lain sudah diberikan penghormatan itu dan ini sepanjang mereka berkecimpung dalam bidang seni.
"Enggan memeningkan kepala, saya malas hendak fikir lagi soal ini. Asalkan saya terus dapat undangan persembahan dan mencari rezeki untuk beri kesenangan kepada keluarga, ia sudah memadai bagi saya.
"Setelah bertahun-tahun tidak terlalu memikirkan soal pengiktirafan, tidak disangka-sangka, saya menerima sepucuk surat lebih seminggu lalu tertulis bahawa saya adalah salah seorang penerima Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
"Memanglah bukan status atau gelaran yang saya kejar sepanjang melibatkan diri sebagai artis. Tetapi sekurang-kurangnya bakti yang ditabur selama ini dihargai oleh masyarakat," jelasnya sambil tersenyum ketika ditemui di kediamannya di Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Penganugerahan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-71 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.
Penggiat seni lain yang turut menerima anugerah pada istiadat yang sama ialah pelakon, pengacara dan penerbit popular, Rosyam Noor yang menerima Bintang Cemerlang Melaka.
Sebelum ini, Jeffrydin pernah menerima pingat Ahli Mahkota Perak pada 2002 dan Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2006.
Menyambung perbualan, anak kelahiran Singapura itu pantas menzahirkan ucapan kesyukuran dengan anugerah yang diterima. Ia ibarat mimpi yang tidak disangka-sangka muncul di depannya serta menjadi sebuah kenyataan.
Penyanyi yang sarat sikap mesra dan peramah itu memberitahu, surat penerimaan anugerah itu diterima empat hari sebelum majlis diadakan.
Sebuah majlis kejutan diadakan khas untuk beliau yang dirancang oleh keluarga angkatnya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Melaka, Hassan Abd. Rahman.
Isteri Jeffrydin, Datin Rashidah Abdullah, 52 dan tiga anak saya iaitu Raden Arjuna Mirco, 29; Raden Wira Sukma, 25; dan Raden Ratna Sari Dewi, 18; juga gembira dengan penganugerahan itu kerana mereka sendiri menyaksikan kesukaran saya selama ini bergelar anak seni.
"Nampaknya selepas ini saya harus memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga nama baik diri, keluarga dan gelaran ini sendiri apatah lagi masyarakat memandang tinggi anugerah ini," jelasnya yang memulakan satu lagi fasa baru dalam kehidupannya.
Perjalanan anak seni
Mengimbas kembali perjalanan hidup sebagai anak seni, Jeffrydin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya pada tahun 1960-an dengan mengangkat irama pop yeh yeh.
Beliau menjadi kegilaan peminat seperti Allahyarham A. Ramlie, malah akui Jeffrydin, dia sering diserbu oleh peminat pada setiap pertunjukan sehingga baju yang disarungkan pada tubuhnya pernah tercabut butang dan terkoyak.
Malah, album keduanya yang berjudul Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika namanya mula meniti puncak populariti kegemilangan.
Cerita Jeffrydin, kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tangling Tinggi, Singapura. Beliau kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar tahun 1962. Mula membina keyakinan, selepas itu beliau bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura pada tahun 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut.
Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat tempat kedua manakala Allahyarham M. Osman pula tempat ketiga. Selepas itu, Jeffrydin menyanyi di majlis perkahwinan bersama kumpulan Rhythm Boys hampir setiap minggu.
Beliau turut menyanyi dengan kumpulan The Siglap Five setelah menandatangani kontrak nyanyian.
Irama pop yeh yeh mula mengalami kemerosotan pada tahun 1975 selepas diambil alih oleh penyanyi zaman baru seperti Dahlan Zainuddin, M. Shariff, Latif Ibrahim dan ramai lagi.
Tambah beliau, bagaimanapun alunan pop yeh yeh kemudian muncul semula pada tahun 1985 sebelum jatuh semula dan kali terakhir popularitinya memuncak kembali sekitar tahun 1995. Hingga ke saat ini, Jeffrydin sudah menghasilkan lebih 30 buah album. Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan wanita kelahiran Pulau Pinang, Rashidah pada tahun 1977 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Isterinya yang merupakan Ketua Wanita UMNO cawangan Subang kini menjadi individu utama yang menguruskan kerjaya seni dan bertindak selaku pembantu peribadi Jeffrydin.
Diajak berbicara antara persembahan yang paling diingatinya, Jeffrydin memberitahu sebuah konsert berskala besar pop yeh yeh di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1967 yang berjaya mengumpulkan puluhan ribu penonton, masih cukup kuat sebagai kenangan dalam hidupnya.
Jeffrydin turut terbabit menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007 di Stadium Malawati dianjurkan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.
Banglo titik puluh 45 tahun
Mengadakan temubual di rumah banglo miliknya di sebidang tanah di Kampung Melayu Subang Tambahan, rumah gah dan mewah itu sebenarnya bagi Jeffrydin menyimpan seribu makna.
"Tiada siapa tahu sulitnya saya menghimpunkan wang sedikit demi sedikit hasil mengadakan undangan pentas di sana sini.
"Rumah ini menjadi ganjaran kepada saya setelah penat berlari ke sana ke mari membuat persembahan sampai balik pukul 3 pagi.
INILAH rumah Jeffrydin yang dibina melalui rezeki menyanyinya selama 45 tahun.
"Ia disiapkan pada Disember tahun lalu dengan tempoh pembinaan lebih lapan bulan. Sebenarnya rumah ini agak lambat disiapkan kerana saya memberikan duit sedikit demi sedikit kepada kontraktor yang terlibat.
"Ini semua merupakan duit hasil titik peluh saya sepanjang bergelar artis. Isteri saya yang beria-ria menyuruh saya menyimpan wang untuk membina rumah ini demi masa depan saya dan keluarga.
| JEFFRYDIN dan Rashidah membela ikan di rumah untuk mengisi masa senggang.
|
"Sebelum ini saya ada membeli sebuah rumah di kawasan sekitar sebelum berpindah ke rumah dua tingkat di Subang Perdana. Kini rumah baru ini menjadi tempat yang tenang untuk kami anak-beranak.
"Saya sengaja mahu tinggal di kampung sebab inginkan keamanan dan jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pada usia sekarang lebih baik saya berada di sebuah tempat yang mendamaikan.
"Biasanya kalau kebosanan dan tiada sebarang komitmen kerja, saya banyak menghabiskan waktu dengan dengan melayani kerenah kucing-kucing peliharaan atau memberi makanan kepada ikan-ikan dalam kolam.
"Selain itu, saya juga gemar bermalas-malasan di rumah sambil mendengar lagu. Inilah rutin seharian saya tambahan pula anak-anak yang sudah besar biasanya hanya saya dan isteri selalu berada di rumah," luah Jeffrydin sambil matanya mengerling ke arah isteri tercinta yang setia berada di sisi.
Saat ditanya sampai bilakah beliau mahu berdiri dalam dunia seni sambil mengalunkan karya buat tatapan peminat? Jawab beliau spontan: "Selagi ada suara dan Allah mengizinkan saya untuk terus menyanyi. Saya mahu jadi penyanyi legenda ibarat Frank Sinatra.
aku minat ngan jefrydin nih......suaranyer lembut ajer bila bercakap... lagu2 dia pun best aper....... yg best lagu seruling anak gembala.......mmg giler babas, mate!! |
|
|
|
|
|
|
|
bini dier cun laa......
ahaks.... |
|
|
|
|
|
|
|
gambo anak2 dier xde ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak penyanyi veteran yang boleh idup senang, naper kebanyakkannya mcm susah sgt...heran jugak laaaaaaaaa.....tu laaaaaaa klu slalu ingatkan diri, ini laaaaa hasilnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia penah dtg jd ttamu kt Rancangan Tidur lagi kt tv3 dulu.
Cara dia ckp, dia ni down to earth la. Mak mertua aku ckp dia ni mcm tk mkn usia...tk pasti plk ade ilmu ke ape.
Kira klu kt Uk tu dia ni dh usia2 Cliff Richard kot.
Respek cara dia simpan duit buat rumah! |
|
|
|
|
|
|
|
bini dier cun laa......
ahaks....
marwang Post at 22-10-2009 07:36
Mestilah cun darah benggali. |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak penyanyi veteran yang boleh idup senang, naper kebanyakkannya mcm susah sgt...heran jugak laaaaaaaaa.....tu laaaaaaa klu slalu ingatkan diri, ini laaaaa hasilnya....
da_vinci Post at 22-10-2009 09:10
Memang betul pun ..saya sembang ngan Penyanyi 60an J.Sham .sebulan dia buat show je lebih kurang 3 , 4 kali je
lebih pada tu dia tak nak, itu pun sebulan dapat dekat 10K, itu kira tahap penyanyi kurang popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Jefryden juga berkebolehan dalam ilmu persilatan dan pernah menjadi guru silat.Beliau juga berkebolehan mengubati penyakit misteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bomoh kan?
alphawolf Post at 22-10-2009 09:12
lorrrr biar betul alpha..... bomoh?? bley ubat2 worang sakit ler maknanyer ekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 jeffridin nie mmg wa minat nyanyi kalau di kareoke seperti lagu siti haidar, kenanganku, seruling anak gembala ... pergh best giler. Senang nak nyanyi lagu2 dia nie sbb tak byk key yg tinggi2 ,
anak2 jeff cun dan hemsem, isteri dia pun lawa lagi wpn umur 52 thn |
|
|
|
|
|
|
|
Mas mona .. rentak fast beat twist .. kalau pandai twist lagu nie mmg suai beb |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bomoh kan?
alphawolf Post at 22-10-2009 09:12
bab nie aku percaya, sbb pernah dengar wawancara dalam radio lama dulu, dia ada mengaku mempunyai bakat dalam ilmu bomoh nie. mmm... nak caya tak dia kata ilmu itu di turunkan oleh orang bunian pd beliau melalui mimpi. wallah hualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih memang bomoh terkenal kann................
ris respek dia nihh................ beringat dengan menyimpan duit hingga dapat bina banglo di hari tua...................
tengok rakan seangkatan dia seperti A Ramlie, sedih penyudahan hidup dia walaupun time muda2 dulu dia digilai oleh ramai peminat perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
kita penah dgr rumor samada betul atau tidak yg Jeffydin ni memakai susuk...pastu pernah terdengar juga cite dia kena buatan org...pastu tak dgr2 lagi cite2 dia sampai laa cite dia dpt title Datuk... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah twist lagu siti haidar dengan abang din masa company nyer annual dinner |
|
|
|
|
|
|
| |
|