CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7181|Reply: 7

kapal korek bijih timah pupus lagik 6 bulan!!

[Copy link]
Post time 9-11-2009 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Sabtu November 7, 2009

Kapal Pengorek Timah Negara Akan Pupus Dalam Tempoh 6 Bulan

Oleh FOONG THIM LENG



Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) mendakwa satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan. -Foto THE STAR oleh LEW YONG KAN



SATU-SATUNYA kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.

Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu.
Kapal itu yang dikenali sebagai 'T.T. No 5' telah senget 18 peratus ke arah air di sebelah kanan bahagian bawahnya.

Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB), berkata kecondongan itu berlaku pada November tahun lalu.
OCSB bertanggungjawab menguruskan kapal tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan.

"Bil elektrik untuk dua pam yang mengepam air keluar sudah mencecah RM1,800 sebulan sejak Disember.
"Sekiranya tiada usaha memperbaiki pontun yang menyokong pengorek timah itu, ia akan sekali gus tenggelam," kata Ng dalam satu temuramah.

Ng berkata negara ini akan kehilangan satu tarikan pelancong bahkan warisan sekiranya tiada usaha memulihara T.T. No 5.






"Orang ramai juga berkemungkinan tidak berpeluang untuk melawat pengorek itu dan mempelajari sejarah Lembah Kinta.
"Lebih-lebih lagi, Lembah Kinta pernah menjadi daerah paling kaya dengan bijih timah di seluruh dunia pada suatu ketika," katanya.

Semasa zaman kegemilangan pelombongan timah di Perak, Ng berkata, terdapat 40 kapal pengorek timah yang beroperasi di Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

T.T. No 5 dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd.
Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd, kapal pengorek timah itu telah beroperasi mengorek timah di Lembah Kelang selama 44 tahun.

Ia berhenti beroperasi pada 1983 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah.






Orang ramai berpeluang melawat kapal itu sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan negeri Perak membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk membangunkannya menjadi satu daya tarikan.

Ng mendakwa pengorek itu tidak mendapat sokongan promosi daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

"Kami perlu membuat segala usaha promosi dengan inisiatif tersendiri. Kami mempunyai kira-kira 500 pelawat pada musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.

"Bagi lain-lain bulan, kami hanya mempunyai kira-kira 50 pelawat," katanya.
Untuk bayaran masuk, sebanyak RM5 dikenakan untuk orang dewasa manakala kanak-kanak, RM3. Bayaran masuk itu termasuk persembahan dan lawatan yang berpandukan pemandu pelancongan.

Kata Ng, lawatan sekarang dihadkan di bahagian bawah dek kapal atas faktor keselamatan.

"Kami berharap kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan warisan negeri itu (T. T. No 5).
"Ia akan memberikan imej yang negatif kepada negeri Perak sekiranya tragedi berlaku ketika melawat kapal pengorek timah tersebut," katanya.

Ng juga merayu bekas pelombong-pelombong timah agar tampil untuk menyelamatkan kapal tersebut.
Katanya, syarikat itu merancang untuk membina satu replika palung untuk menggambarkan bagaimana pelombongan timah dilaksanakan.

Palung ialah sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain.
Ng memberitahu Osborne & Chappel telah menghantarkan satu kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperbaiki pontun dan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan yang bernilai RM360,000.



tingat belajar ilmu alam masa sekolah rendah :  bijih timah di lembah kinta!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 01:53 AM | Show all posts
sayang kalau mesin tu rosak mcm tu je....lepas ni memang tak kenal la mesin bijih timah yang original...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:12 AM | Show all posts
tmpat ni terpencil,
tp klau terpencil,
kne wat promosi skit tmpat ni,
ade la dlam 20km dr umah aku,
even org perak pun xrmai tau tmpat kapal korek ni,
promosi kureng......
dlamsenarai pelancongan negara, aku xsure kapal korek ni ade ke x dlam list,
kne mntk tlong ng yen yen ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 01:00 AM | Show all posts
buat la jadi muzium ke, restoran ke..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 11:45 PM | Show all posts
saya dan keluarga ada pergi kat sini...pada saya tempat ni dah mmg kategori sejarah...sayang lah kalu terus tenggelam...tapi mmg pun nak tenggelam sbb bila masuk kesitu mmg rasa cam nak terjunam jer mula2 ingat kenapa pas tu tengok2 sebhg dah masuk air......boleh tengok kat blog saya ada skit saya masukkan citer lawatan ke situ...sebenarnya bukan nak gi situ ...nak ke kellie castle tapi terjumpa lak kapal korek ni so singgah lah jugak...


http://sweetlovelydreamsmemories.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 08:47 PM | Show all posts
tmpt terletak di Tanjung Tualang... dekat ngan umah aku .... mmg terpencil ... tapi laluan sibuk .... dari kampar ke batu gajah mesti lalui tg tualang ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2009 10:34 PM | Show all posts
attee...ade jugak orang tg tualang yer..kapei korek nih dekat chenderong...memang teman dulu rajin main2 area tuh..naik beskal bmx kat area lombong2 mase kecik2 dulu...
memang sekarang udoh daif bebeno...sayang kalo idak dibaik kapei tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:37 PM | Show all posts
tapi di dengkil ade sebijik kan..tepi hiway tuh, sebeblum exit klia..ade sebijik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053819 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list