View: 3139|Reply: 11
|
Faizal Tahir masuk hospital kerana muntah darah
[Copy link]
|
|
Faizal Tahir masuk hospital kerana muntah darah
| FAIZAL
|
KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.
Menurut Pengurus Label syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian yang dihubungi Kosmo! semalam, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.
"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah," kata Edris.
Kosmo 20 Nov
get well soon FT ... |
|
|
|
|
|
|
|
kena buatan orang ker?selisih..kesian lah korge kalau betul jadi macam ni ( buatan orang ) siapa yaang buat tu memang tak bertamadun...dengkikan kesenangan orang lain...
( adalah tuh mek2 bohsia yang jeles kot kaat bini faizal - hehehehe tohmahan semaata2 yer ) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase tekak dia yg berdarah kot
asyik nyanyi jerit2 aje....
ape2pon semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
moga cepat sembuh.....
kalau z, sapa nak nyanyi jerit2 lagi....
FT jer yg BOLEH.......:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tringat last sabtu dia nyayi lagu mJ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemeriksaan Awal Faizal Tahir Dapati 'Lung Infection'
by Li Ee Kee | 20 Nov 2009
(Gambar: Faizal Tahir ketika beraksi di Fly FM 4th Anniversary Sabtu lepas)
Panik seketika bila membaca 'headline' dalam KOSMO! hari ini - 'Faizal Tahir masuk hospital kerana muntah darah'. Penyanyi "Mahakarya Cinta" itu dilaporkan dimasukkan ke hospital awal pagi semalam selepas mengalami kesakitan di dada.
Menurut pengurus MonkeyBone Edris Adrian yang dihubungi GUA tadi, doktor belum lagi memberikan diagnosis tentang keadaan Faizal tetapi pemeriksaan awal mendapati dia menghidap jangkitan kuman pada paru-paru ('lung infection').
"His condition is kind of serious but he's recovering. At the same time, dia 'frust' juga sebab tak dapat membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik malam ini. Tempatnya akan diambil alih seorang artis di bawah MonkeyBone," katanya yang telah menziarah Faizal pada Rabu lalu.
Lagu terbaru Faizal, "Bencinta" berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik. Sama ada ia akan layak ke Anugerah Juara Lagu akan diketahui malam ini.
Bercerita tentang apa yang berlaku, Edris memberitahu GUA, Faizal sudah mengadu sakit dada sejak tengah hari Selasa lalu. Tetapi kerana diingatkannya bukan sesuatu yang serius, dia teruskan dengan perancangan untuk merakam lagu di studio.
Namun, bila kesakitan itu berterusan, Faizal telah ke hospital pada malam itu juga untuk membuat pemeriksaan. Di sana, dia ditahan doktor yang ingin membuat pemeriksaan lanjut. Ketika di hospital, dia telah memuntahkan darah.
"Kepada para peminat Faizal, jangan bimbang. Dia sedang berehat dan dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Jika ada apa-apa perkembangan terbaru, kami akan memaklumkan semua," ujar Edris. |
|
|
|
|
|
|
|
moga2 dia cepat sembuh:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
get well soon, Bro...
minat gak kt Faizal nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
terkedu baca pagi tadi.....terkejut gak.....
semoga cepat sembuh..... ikut nasihat doktor ye..... |
|
|
|
|
|
|
|
hello FT fans.. i'm newbie..sedeynye dengar berita ni. speedy recovery 2 FT. |
|
|
|
|
|
|
|
moga faizal cepat sembuh.. i doakan lagu bencinta tu dapat masuk final for him to perform.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|