CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10500|Reply: 46

Stesen TV kurang bermaya kerana 'sindrom Ahad'

[Copy link]
Post time 23-12-2009 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Zainuri Misfar
[email protected]MUNGKIN sudah menjadi kebiasaan, semua stesen percuma seperti TV1, TV2, TV3, TV9, 8TV dan ntv7 seolah-olah sudah 'pancit' dalam menyediakan program menarik kepada penontonnya. Barangkali selepas enam hari berhempas pulas menyajikan pelbagai kandungan hebat menyebabkan stamina itu tidak dapat dikekalkan hingga ke hari Ahad.

Ini menyebabkan program TV pada hari Ahad agak membosankan. Selalunya, program pada hujung minggu dikhususkan untuk acara yang disiarkan secara langsung. Tidak kiralah sama ada program sukan atau hiburan. Atas sebab itulah, apabila tiada program siaran langsung, maka kualiti persembahan program alternatif yang disiarkan seperti tidak sama dengan program yang disiarkan pada hari-hari biasa.

Mujurlah ada Astro, sekurang-kurangnya memberi sedikit pilihan kepada penonton. Tapi tidak program yang disiarkan menerusi Astro Ria, Prima dan Oasis pada hari Ahad, tidak banyak beza dengan saluran TV percuma lain.


Kadang-kadang secara kebetulan, program dalam semua saluran Astro juga membosankan. Daripada filem, drama, dokumentari atau program hiburannya agak menjemukan. Peminat sukan mungkin ada kelebihan sikit kerana boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak atau acara sukan lain di luar negara.

Mungkin tidak semua, tetapi inilah tanggapan penonton secara umum terhadap program TV yang disiarkan pada hari Ahad. Boleh jadi inilah yang dinamakan ‘sindrom hari Ahad’ apabila stesen TV menyiarkan program kurang bermaya. Mungkin juga ini disebabkan pihak stesen TV beranggapan, pada hari Ahad tidak ramai menonton TV kerana ketika itu ramai yang sibuk balik dari kampung, kenduri kendara, bercuti, sibuk berkemas membuat persiapan untuk kerja atau menyediakan keperluan sekolah anak-anak pada hari esoknya, iaitu Isnin.

Dalam hal ini, sama ada program TV yang disiarkan menjemukan atau sebaliknya bergantung kepada cita rasa penonton secara individu. Mungkin tanggapan itu betul kerana pada hari Ahad, penonton tidak ‘menemui’ sebuah program daripada mana-mana stesen TV yang dirasakan benar-benar ‘meletup’ dan menjadi bualan hangat.
Bagaimanapun, pada Ahad lalu, kita menonton program hiburan di TV2 iaitu Konsert Diraja Pahang. Program ini adalah rakaman sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang. Ia program hiburan yang formal kerana tetamunya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dengan pengacara lelakinya yang bersuara ‘control macho’, program ini berlangsung hampir dua jam. Tidaklah membosankan tapi biasa saja. Antara penyanyi yang membuat persembahan ialah Datuk Yusni Hamid, R Ismail, Muslee, Azharina Azhar, Dayang Nurfaizah, Farawahida dan Alya dan beberapa penyanyi yang dicungkil daripada Bintang RTM.

Konsert itu seperti ‘malam untuk bintang RTM’ apabila semua penyanyi yang membuat persembahan adalah bakat-bakat yang digilap daripada pelbagai pertandingan anjuran stesen penyiaran itu.

Persembahan mereka diiringi oleh Orkestra RTM. Memang tidak mudah untuk menyaksikan persembahan penyanyi yang diiringi oleh sebuah kumpulan pemuzik orkestra. Hanya RTM boleh melakukannya. Bagi kita segmen paling menarik ialah persembahan jazz secara solo daripada pemimpin Orkestra RTM iaitu Datuk Mokhzani Ismail. Irama jazz digabungkan atau fussion dengan lagu-lagu rakyat (folk song) seperti Ikan Kekek dan diikuti dengan rangkaian muzik yang dipetik daripada lagu-lagu nyanyian P Ramlee.
Ternyata apabila mengambil kira hal seperti ini, muzik di negara kita sebenarnya luas. Kita juga mempunyai koleksi lagu-lagu yang cukup baik. Tapi kita asyik diperdengarkan atau dijamu dengan lagu-lagu sama saja, lagu-lagu yang kononnya kontemporari tetapi datang dan pergi begitu saja. Ia tidak kekal malar segar.

Buat masa ini, memang hanya RTM saja yang masing bertahan mempopularkan lagu-lagu tradisional. Ini kewajipan nasional. Mempertahankan, melindungi, memulihara dan mempopularkan lagu atau muzik warisan bangsa juga boleh dianggap sebagai tanggungjawab negara.

Walaupun sekadar lagu atau muzik, tetapi setiap nada mencerminkan nilai dan budaya sesebuah bangsa. Ia adalah budaya. Budaya dan bangsa tidak boleh dipisahkan.

Bukanlah mustahil kalau suatu masa nanti, pendengar radio atau penonton TV akan beralih ke RTM apabila hendak mencari lagu-lagu bersifat warisan bangsa. Akan ada suatu hari nanti, pendengar dan penonton yang mahu mencari lagu-lagu atau muzik yang memberi perlambangan mengenai identiti dan jati diri bangsa.

RTM akan menjadi sumber rujukan.

Bagaimanapun, untuk memastikan ia diterima dan popular, lagu dan muzik tradisional ini mestilah ditampilkan dengan kaedah yang lebih baik dan popular supaya tidak menjemukan penonton, terutama generasi sekarang. Memang lagu dan muzik tradisional ini dianggap kurang komersial atau tak boleh jual, tapi apa salahnya kalau terus diberi ruang iaitu berselang-seli dengan muzik moden.

Apabila kena dengan caranya, ia boleh menjadi program menarik untuk mengisi slot siaran pada hari Ahad. - [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 01:05 PM | Show all posts
Stesen TV percuma malaysia lagi baik dari negara jepun yg mana tiap2 hari cerita pasal makan...makan...makan..makan...
Tapi kalo berbayar punya tak leh nak celen laaa...xxx punya cerita 24jam pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:26 PM | Show all posts
siaran hari jumaat-ahad amat membosankan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 01:32 PM | Show all posts
siaran hari jumaat-ahad amat membosankan
honey_dew Post at 23-12-2009 13:26

Kalau tiada anime DIGIMON atau GASH BELL!! pd hari Jumaat-Ahad jam 9.00 pagi la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 01:33 PM | Show all posts
Haku pun langsung tak tgk TV kecuali rancangan pilihanku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:57 PM | Show all posts
tukar semua bos kat tv tu abis ceriter....sekarang semua tv malaysia dah parah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 08:49 PM | Show all posts
jumaat-ahad.. semua citer merepek meraban je byk..
xpaham aku.. hindustan je kalo tv3..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:18 PM | Show all posts
Aku tengok Awan Dania & filem-filem komedi P.Ramlee jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 11:40 AM | Show all posts
eh hari ahad ade je citer best kat tv3.
tapi ceghite Merlin je la ak tgk hari Ahad.
haha.
slalu ak tgk drama ke filem kat lappy jaa.
lg byk pilihan dpd dkt tv yg  banyak citer mengaroooooooooot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 01:00 PM | Show all posts
jumaat-ahad.. semua citer merepek meraban je byk..
xpaham aku.. hindustan je kalo tv3..
fadzyjemi Post at 23-12-2009 20:49

Asalkan tidak disiarkan langsung anime Digimon dan Gash Bell kat TV hari Jumaat hingga Ahad.

Cuba kalau anime Digimon atau Gash Bell bersiaran di TV hari Jumaat jam 9.00 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:44 PM | Show all posts
aku ujung minggu gi jenjalan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 09:58 AM | Show all posts
hr ahad,,,bgun pg kul 8..pastu bekpes,,kemas2 umah...kul 11 gi pasar ke..tesco ke beli lauk tuk seminggu,,,blik umah kul 1..msk2..then mkn,,, kul 3-5 tdo hahah...pastu bangun..lipat kain,,iron baju keje tuk seminggu...mlm jelah pun kalo nk tgk tv,,tp kang kalo anak aku dh pegang remote tv...cite kartun 24 jam la dia tgk..aku pun tgk gak la...cuma skang ni...bru 2 minggu..kul 9 tgk raja lawak..abis cite..tdo zzzzzzzz...itulah rutin kehidupan aku setiap ahad,,,maybe sbb aku ni jarang nk tgk tv..siang2 keje,,mlm2 kang kalo dh baca majalah ke,,paper ke,,tk ingat dh nk tgk tv,,kalo cite tv tk best,,main game kt komputer jek
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 07:31 PM | Show all posts
bosan cter hari minggu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:59 PM | Show all posts
betol3 hari ahad mmg bosan...x de citer yg best langsung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 11:41 PM | Show all posts
betol3 hari ahad mmg bosan...x de citer yg best langsung..
onetrg Post at 18-1-2010 12:59

Anime One Piece pun dah lama takde, dah lama kena terminate.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 12:11 AM | Show all posts
kalu stesen tv percuma membosankan pd hr ahad ok jgk.. tp ni stesen BERBAYAR bkn saja membosankan malah di ulang tayang citer yg sama sampai rasa ndak muntah darah dah... arghhhh..say NO to ASTROK!!!!!!:geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 09:00 AM | Show all posts
16# ekselen
Betul tu.

Dulu...
Dragon Ball, Sailormoon dan One Piece serta Wedding Peach

Sekarang...
Dah tak ada cite best lagik ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 10:12 AM | Show all posts
hari sabtu&ahad mang boring gle...cite dr pagi lagi dh x best. kartun pon ntah pape... huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 12:30 PM | Show all posts
18# shyca
Saint Seiya pun tak ada langsung kat TV Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 12:31 PM | Show all posts
hr ahad,,,bgun pg kul 8..pastu bekpes,,kemas2 umah...kul 11 gi pasarke..tesco ke beli lauk tuk seminggu,,,blik umah kul 1..msk2..thenmkn,,, kul 3-5 tdo hahah...pastu bangun..lipat kain,,iron baju keje tukseminggu...mlm jelah pun kalo nk tgk tv,,tp kang kalo anak aku dhpegang remote tv...cite kartun 24 jam la dia tgk..aku pun tgk gakla...cuma skang ni...bru 2 minggu..kul 9 tgk raja lawak..abis cite..tdozzzzzzzz...itulah rutin kehidupan aku setiap ahad,,,maybe sbb aku nijarang nk tgk tv..siang2 keje,,mlm2 kang kalo dh baca majalah ke,,paperke,,tk ingat dh nk tgk tv,,kalo cite tv tk best,,main game kt komputerjek
annorr_maira Post at 13-1-2010 09:58

Tgk Raja Lawak ok la tu. Hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Prima.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.078099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list