CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7955|Reply: 17

Program Siswazah Perantis PUNB (MENTOR)

[Copy link]
Post time 26-12-2009 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bladexp at 28-12-2009 01:17

Post Last Edit by bladexp at 26-12-2009 10:40

Program Siswazah Perantis PUNB(Across Malaysia)

Program Siswazah Perantis ini bertujuan untuk meningkatkan pembabitan golongan muda dalam bidang perniagaan dengan memberikan pendekatan dalam dunia perniagaan melalui program latihan sangkut.

SYARAT KELAYAKAN
1. Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa memohon
2. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
3. Tidak mempunyai perkerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
4. Menjalani latihan sepenuh masa

FAEDAH KEPADA SISWAZAH
1. Pelatih akan diberi elaun sara diri sebanyak RM800-00 sebulan sepanjang Program Siswazah Perantis
2. Pelatih berpeluang mendalami selok belok perniagaan melalui program ini
3. Pelatih akan diberi latihan teori dan amali keusahawanan dan kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
4. Jika memenuhi syarat, pelatih layak mendapat pembiayaan khususnya Skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri

SYARIKAT PENEMPATAN LATIHAN (MENTOR)
1. PUNB akan menggunakan sebahagian besar daripada 1,600 perniagaan dibawah naungannya yang sedang beroperasi sebagai Mentor
2. Syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB
3. Tempoh latihan ialah 6 bulan atau setahun bergantung kepada bidang perniagaan

SEKTOR YANG BOLEH DICEBURI
    * Restoran, Konfeksi & Bakeri    * Kedai Runcit, kedai serbaneka dan Pasar Basah    * Automotif – Kereta    * Automotif – Motosikal & Basikal    * Telekomunikasi dan Peralatan Komputer    * Pendidikan & Pusat Asuhan    * Perkhidmatan Profesional seperti Perakaunan & Kajitanah    * Perhiasan & Kelengkapan Rumah    * Hadiah, Cenderahati dan Bunga    * Buku dan Alatulis    * Barangan Kemas    * Pakaian, Tekstil & Aksesori    * Kosmetik & Khidmat Kecantikkan    * Khidmat Kesihatan    * Sukan dan Rekreasi    * Percetakan & Automasi Pejabat    * Peralatan logam & Bahan binaan    * Khidmat Pembersihan & Sanitari    * Farmasi    * Optikal    * Pengedaran    * Lain-lain (Asas tani, Pengurusan Acara, Lanskap, Pengiklanan) Calon yang berminat adalah digalakkan untuk memohon secara online.



http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_pros&pg=bm_prog_siswa_per&ac=151
INFOLINE : 03 - 2785 1477
Tel : 03 - 2785 1515

sesiapa yg berminat boleh apply online kat website punb tu.

Saya sendiri sudah dilantik untuk menjadi mentor kepada seorang siswazah mekanikal. awal bulan 1 ni masuk. saya masih lagi mencari beberapa org siswazah (diploma/degree) dalam bidang business management, customer service, marketing, akaun or automotif untuk diserap masuk ikut program ni. saya menjalankan bisnes menjual kereta baru n terpakai. kalo ada yg berminat nak attach dgn my company dan belajar selok belok berniaga kereta boleh email resume ke [email protected] atau call 0133333822 (Z&Z AUTO). kalo nak belajar lain2 bidang kene refer dgn punb sendiri.
ini boleh dikira fast track kepada siswazah untuk berniaga.
kalo ada yg berminat/berpengalaman dgn bisness bengkel/ sparepart n kedai cat di alu2kan juga kerana 2010 ni mmg kawe ada plan nak buka. used car kawe akan jadi payung kepada bisness bengkel n kedai cat. bole kite jv nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2009 11:14 AM | Show all posts
bagus jugak untuk cari pengalaman untuk siswazah kita yg belum bekerja...
exposed kan suwoh buat sales..
develop  EQ.. human skill..
hard skill dah ada.. soft skill nie good for their future...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 05:07 PM | Show all posts
mana borang nyer eh? tgk taklimat semua je dah lepas tarikh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 05:08 PM | Show all posts
ni kalo takde diploma bole masuk ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2009 01:09 AM | Show all posts
sijil kemahiran 2 paling kurang. cuba cek kat website die pasal detail. yg masuk nex week budak degree. die kate die apply pun online. kawe sendiri tak tau pasal program ni. alih2 die yg call kata punb suruh training and attach kat company kawe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2009 01:12 AM | Show all posts
sales and marketing bidang yg bagus untuk belajar. peluang bekerja n berniaga sng kalo dah power. almost all bisnes perlukan sales n marketing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2009 10:30 AM | Show all posts
yg technical tak suka buat sales..
yg buat sales pulak tak technical...

selaunya mcm tu laaa....

kalau bleh master dua2... great future...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 02:47 PM | Show all posts
siswazah sekarang ramai tak minat nak buat sales...derang nak dok kat opis ber aircond je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2010 11:26 AM | Show all posts
siswazah lebih suka play safe. pilih comfort zone daripada taking any risk.
the truth is biznes is about taking risk. dgn pengalaman n ilmu yg ada tu kita cuba calculate n minimize that risk. itu yg punb cuba buat rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 06:22 PM | Show all posts
aku budak teknikal..tapi minat marketing...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 12:01 PM | Show all posts
mana borang nyer eh? tgk taklimat semua je dah lepas tarikh
dolpin Post at 26-12-2009 17:07


call je punb and tnya pasal program ni... nanti dia suruh dtg office for test and interview...
diaorg pnya target, nak bagi peluang tu 2000 people but only 400 je yg akan di approve utk dapat loan utk start business...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 05:29 PM | Show all posts
i minat tp la ni dh kerja tetap skang ni. punb ni mesti nk full time ye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:42 PM | Show all posts
utk skim ni mmg PUNB nak full time la....
if minat nak mintak loan, bole la apply for skim PROSPER Runcit or skim PROSPER Siswazah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 03:40 AM | Show all posts
15hb ni ada PUNB hantar 2 studennya utk jadi mantee di kedai aku.. jadinya aku jd mentor kepada mereka.. walaupun aku tak de kena mengena ngan PUNB.. Belum amik loan ngan PUNB lagi.

agak2 peluang baik ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 10:37 AM | Show all posts
agak2 peluang baik ke nih?

sinar_inspirasi Post at 9-5-2010 03:40

budi yang baik, akan dibalas baik...inshaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 05:50 PM | Show all posts
Allhamdulillah..pagi tadi hadir ke taklimat punb kat Seremban...
INsyaAllah next week aku nak join kursus RP yg dia buat kat Melaka plak..
ramai gak  tadi...esp yg nak amik proram perintis dan siswazah...
aku insyaAllah nak amik yg Prosper Rumcit...nak bukak farmasi..
ada member aku yg under PUNB ni yg berjaya...so dia willing utk jadi mentor aku..alhamdulillah...
taklimat tadi free...cuba hujung2 tu ada dia buat questionaire.kena bayar RM20...penilaian aptitude dan attitude...
sapa2 yg takde modal utk bukak bisnes, boleh try punb ni...bagus sbb dia akan bimbing sampai kita stabil..
blh tgk jadual taklimat dan kursus yg dia buat kat www.punb.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2010 08:35 PM | Show all posts
Ujian psikometrik yang aku amik 3 tahun lepas ada lagi rupanya...

Aku dapat LRA. Apa nak dibuat seterusnya ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 02:58 PM | Show all posts
bnda nh mcam mna..ak xpham g r..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.399871 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list