View: 2682|Reply: 5
|
Lelaki Nigeria cuba letup pesawat AS pada Krismas
[Copy link]
|
|
Lelaki Nigeria cuba letup pesawat AS pada Krismas
DETROIT, Michigan: Lelaki Nigeria yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda cuba meletupkan pesawat penumpang Amerika Syarikat dengan bahan letupan baru sebelum diterpa penumpang dalam insiden yang disifatkan sebagai cubaan serangan keganasan pada Hari Krismas.
Beberapa penumpang Penerbangan 253 Northwest Airlines dari Amsterdam ke Detroit panik tetapi beberapa yang lain menerpa lelaki itu ketika ia sedang menyalakan peranti berkenaan yang dilaporkan menghasilkan bunyi dan terbakar.
Pakaian suspek disambar api dan beliau mengalami kecederaan serius.
Pegawai Rumah Putih berkata insiden itu adalah serangan keganasan dan Presiden Barack Obama yang bercuti dengan keluarga di Hawaii, mengarahkan langkah keselamatan ditingkatkan selepas diberi taklimat berhubung cubaan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
{:1_126:}
lagi ketat la keselamatan dkt sana lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sikit al-qaeda..bosan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja nak bunoh orang je geng2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni tak habis training lagi ni ... sebab tu agaknya terkial2 dia nak nyalakan
tak de militan lain ke yg nak dikaitkan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau noordin Mat Top ada kan best
terus meleTop |
|
|
|
|
|
|
| |
|