CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7786|Reply: 20

Showdown 2010 - Wakaka Crew JUARA!!

[Copy link]
Post time 29-12-2009 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 15-7-2010 12:30

8TV anjurkan program realiti tarian Showdown   



8TV memulakan pencarian bakat baru dalam tarian untuk menyertai program realiti terbitannya, Showdown yang akan mula disiarkan pada Mac depan.

Sesi uji bakat akan diadakan bermula 9 hingga 31 Januari depan. Hadiah wang tunai RM50,000 menjadi ganjaran dan umpan untuk terus memastikan misi mencari bakat tarian ini berjalan. Tarian jalanan atau street dance menjadi genre tarian yang diutamakan dan setiap kumpulan diwakili lima hingga ketujuh orang penari.

Uji bakat terbuka tanpa ada batas usia, namun bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
        
Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, berkata idea menghasilkan program terbabit adalah susulan daripada kejayaan yang dilakar menerusi program So YouThink U Can Dance (SYTUCD).

“Ini peluang kepada mereka yang meminati bidang tarian mengetengahkan bakat yang ada ke pasaran lebih besar. Program ini menjadi pendedahan terbaik untuk mencuri perhatian dan ruang kerjaya profesional pada masa mendatang.

“Kami tak membataskan untuk peserta amatur semata-mata. Peserta profesional juga dialu-alukan,” katanya ketika sidang media program terbabit diadakan baru-baru ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail.

Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, undian SMS juga dipraktikkan. Bagaimanapun peranan juri profesional yang dipilih akan membantu peserta berbakat yang kurang undian untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Joe Flizzow dan Maple Loo diberi tanggungjawab sebagai jur ikerana kelayakan bidang mereka bukan satu persoalan lagi.
Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim pula sebagai pengacara. Dengan keupayaan Hafiz berbahasa Inggeris dan Melayu serta kelincahannya, dia calon terbaik mengemudi program ini,” kata Kim lagi sambil ditemani penerbit Showdown 2010, Zebedee De Costa.

Sementara itu, Joe Flizzow yang ditemui berkata, usaha yang dilakukan 8TV ini wajar dipuji. Dia menafikan bahawa kerjaya tarian ini tidak mempunyai masa depan dan sekadar suka-suka.

Joe yang mula dikenali menerusi Too Phat, berkata persembahan tarian juga sudah mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini.


“Menerusi pengalaman dan pengamatan saya sendiri, ada daripada mereka yang menjadikan bidang tarian sebagai hobi sejak di bangku sekolah lagi. Malahan cabang ini juga dimanfaatkan untuk tujuan berfaedah seperti bekerjasama dengan organisasi tertentu dan penaja. Kalau dibuat dengan konsisten, bidang ini turut boleh jadi mata pencarian.

“Tapi untuk terus mendapat kerjaya yang stabil, mereka perlu berorientasikan bisnes. Saya ada kawan yang sudah boleh membuka studio tarian. Bukan bidang ini saja, bidang lain pun kalau kena gayanya memang akan ada masa depan. Negara kita juga sudah ada wakil penari yang diamanahkan bertanding ke peringkat luar negara.

“Jika dulu bidang ini lebih dikuasai Korea, Jepun dan Filipina. Tapi sekarang, negara kita juga boleh bersaing dan mencapai kejayaan yang sama seperti negara terbabit. Kita sebenarnya ada bakat mentah yang tercicir dan selalunya saya nampak di pertandingan tarian. Harapnya dengan wujudnya program ini mereka boleh mencuri peluang,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2009 04:37 PM | Show all posts
SHOWDOWN 2010
SHOWDOWN 2010
Pertandingan ‘Street Dance’ yang paling GEMPAK!!

“Krumping”, “Popping”, “Locking” , “Break Dancing” dan banyak lagi gerak tari yang menjadi elemen penting dalam  Showdown 2010.  Showdown 2010 merupakan program realiti ‘battle dance’  terbaru yang akan menemui anda setiap hari Rabu jam 9.30pm bermula 31 Mac, 2010 di saluran hip 8TV.

Dijangka menjadi pertandingan tarian yang terhebat dalam sejarah program telivisyen Malaysia, Showdown 2010 sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri berbanding program realiti yang sedia ada.

Program ini merupakan sebuah rancangan menarik penuh aksi yang akan mengetengahkan ‘street dancing’.  Tarian ‘street dancing’ ini adalah tarian gaya bebas yang membolehkan setiap krew-krew tarian menari mengikut rentak dengan cara mereka tersendiri. Seperti genre-genre tarian yang lain, ‘street dancing’ ini semakin diterima sebagai salah satu cabang seni tari.

Dengan adanya Showdown 2010, pihak penerbitan berharap program ini dapat menarik perhatian orang ramai mengetahui dan mempelajari mengenai tarian ‘street’ ini dan sudah tiba masanya seni ini diberi penghormatan.

Antara keunikan rancangan Showdown 2010 ini ialah penonton juga dapat melihat segmen di belakang tabir yang akan memberi anda gambaran sebenar tarian ‘street’ ini. Dari mencari ilham untuk menghasilkan lenggok dan ‘style’ tarian yang asli hingga ke mempersembahkan tarian secara langsung di hadapan khalayak umum yang menonton, semestinya penonton bakal melihat pelbagai ragam, aksi dan drama  dari peserta-peserta yang bertanding di dalam Showdown 2010 yang akan membuat anda semua melekat di kaca TV masing-masing. Di samping itu, untuk menghangatkan lagi rancangan tersebut, gabungan tarian hip hop dan fusion serta sesi latihan dari penari profesional turut diselitkan.

    Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata “Rancangan Showdown 2010 ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat penari-penari ‘street’ atau ‘freestyle’ yang sudah lama bertapak di Malaysia. Industri tarian di Malaysia ini semakin berkembang dan ia seiringan dengan industri muzik kita,”

    Tambahnya lagi, “Saya percaya penari-penari  ini mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing, malah  Showdown 2010 ini bertujuan untuk mencungkil bakat mereka sekaligus memberi peluang dan platform kepada mereka untuk menunjukkan bakat masing-masing.”

    “Ujibakat yang diadakan akan menentukan siapakah penari yang berbakat di Malaysia. Kita bukan saja mahu mencari pemenang tetapi mereka yang terbaik di dalam industri,” kata Kim lagi.

Showdown 2010  bakal melahirkan bakat-bakat seni jalanan yang tidak pernah diketengahkan dan tidak pernah diendahkan selama ini. Lebih menarik lagi antara golongan mereka inilah yang bakal memenangi gelaran juara. Seperti rancangan realiti yang lain, ujubakat  Showdown 2010 akan diadakan di lima buah negeri iaitu  Johor Bahru, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula Januari 2010.

BUTIR-BUTIR SESI UJIBAKAT :

JB – Fun ZON @ The Zon
South Zone Audition
9/1/10
Sabtu

South Zone Battle
10/1/10
Ahad

Penang – Open Plaza, Penang Time Square
North Zone Audition
16/1/10
Sabtu

North Zone Battle
17/1/10
Ahad

Kota Kinabalu – Tingkat 8, Hotel Imperial International
East Zone Audition
*Krew yang berjaya akan beradu di KL

23 /1/10
Sabtu
Kuching – Sarawak Tourism Centre (Old Court House)

East Zone Audition
*Krew yang berjaya akan beradu di KL
23 /1/10
Sabtu

KL – Grd Flr, Main Entrance One Utama New Wing, Petaling Jaya
Central Zone Audition
30/1/10
Sabtu

Central Zone Battle
31/1/10
Ahad

Semasa sesi ujibakat, para penari akan menari mengikut rentak dan ‘style’ mereka sendiri untuk menarik perhatian juri. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 hingga 7 penari. Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat akan bertanding terus pada keesokan harinya dalam pentas ‘battle’ dimana mereka akan bertanding antara satu sama lain  dan mereka yang layak akan mara ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.

Ujibakat adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.

Pada penghujung ujibakat tersebut, 14 kumpulan yang terpilih akan bertanding di sesi ‘Show Off’ untuk menentukan tempat  ke Top 12.

12 krew atau kumpulan akan mula beradu nasib dan disinilah bermulanya proses  penyingkiran mingguan.

Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan  penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu diakhir rancangan di mana 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah sekali akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

4 kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat akhir akan ke “Final Countdown” di mana mereka akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’  “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara Showdown 2010.

Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim telah diberi tanggungjawab mengacarakan Showdown 2010 .

Mana-mana program realiti tidak lengkap tanpa para juri. Showdown 2010 mengalu-alukan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow (Too Phat) yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan Maple Loo (koreografer / penari)  sebagai juri tetap program ini.

Pakaian rasmi peserta Showdown 2010 ditaja oleh Echo Park dan Flyfm sebagai stesen radio rasmi.  Manakala, Snips pula berbesar hati menaja untuk make-up dan rambut para peserta. Bagi penonton yang tidak puas menonton rancangan siaran langsung itu nanti, program  Diari khas bakal keudara setiap hari Selasa bermula 11 Mei 2010.

Program Diari ini akan memuatkan pelbagai aksi-aksi spontan peserta, rutin latihan dan persiapan mingguan serta cerita belakang tabir. Selain dari itu penonton juga dapat mengenal lebih dekat personaliti peserta-peserta yang bertanding.

Kepada penonton yang tidak berpeluang menonton siaran langsung setiap minggu, siaran ulangan bakal menjengah ruang TV anda setiap minggu pada hari Selasa bermula 6 April 2010 jam 11.45 malam atau anda juga boleh melayari laman sesawang www.8tv.com.my  atau www.facebook.com/8TV showdown 2010 untuk melihat episod kegemaran dan juga video eksklusif.

Untuk keterangan lanjut akan rancangan menarik yang lain, anda boleh layari di laman web www.8tv.com.my

Anda juga boleh menonton rancangan 8TV di saluran Astro 708.

Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dimana sahaja dengan hanya layari laman web telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!




* kredit : budiey
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 09:29 AM | Show all posts
Apakah ia bertindih ngan Piala Dunia 2010 kelak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 11:29 AM | Show all posts
Apakah ia bertindih ngan Piala Dunia 2010 kelak?
hayrin86 Post at 1-1-2010 09:29


off course lah....

abis laaa citer yg lain konfem berbalah suami isteri kakak ngan adik @ abang nanti......

mari pakat kekah tv belaka!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 02:04 PM | Show all posts
4# logy
Kalau gitu, terus boikot saja Showdown.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2010 03:21 PM | Show all posts
bkn ke umah nie dah ade tok rancangan realiti punyer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 10:11 AM | Show all posts
tengok date..
dan tengok bod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2010 09:38 AM | Show all posts
ada 2-3 group hebat minggu lepas...
tak puas bergoyang katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:13 AM | Show all posts
Demam rentak MJ landa peserta Showdown 2010
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2010/06/01

MINGGU yang paling menggamatkan bukan saja buat peserta, malah penonton yang hadir bagi menyaksikan program pencarian bakat baru Showdown 2010 Minggu lalu tidak pulang hampa.

Biarpun sudah berlalu tiga episod bagi persaingan ‘battles’ namun 10 kumpulan yang membuat persembahan begitu ghairah apabila tema A Tribute To The King Of Pop, Michael Jackson cukup sengit.

Siapa yang tidak mengenali Raja Pop Michael Jackson yang begitu sinonim dengan tarian bertenaga sehingga program pencarian kumpulan penari terhebat tanah air ini memilih mereka.

Dimulai dengan kumpulan HMC Phlow yang membawa tarian menerusi lagu The Way You Make Me Feel mendapat pujian tiga juri iaitu Maple, Pat Wahid dan Joe Flizzow.

Satu-satunya kumpulan tunggal yang dianggotai lima wanita, Soul Krazy dengan tarian menerusi lagu Beat It turut tidak ketinggalan mendapat pujian tiga juri berpengalaman ini.

Malangnya kumpulan dari Johor Bahru, Return Crew dengan tarian lagu mereka berjudul Bad sedikit menghampakan bukan saja daripada peminat mereka, malah juri juga tidak berpuas hati dengan gaya mereka.

Menurut Maple, keseragaman tarian tidak kemas, namun gaya yang dipersembahkan hanya membantu pada penutup saja.
Bagi Pat, kreografi harus diperbaiki dari semasa ke semasa memandangkan persembahan kurang bertenaga dan tidak kemas.

Lain pula bagi Joe yang memberi semangat kepada mereka dengan mengatakan kumpulan ini berani mencuba sesuatu yang sukar untuk dilakukan kumpulan amatur seperti mereka.

Kumpulan lain yang membuat persembahan menerusi koleksi lagu terbaik Michael Jackson seperti Giller Battle Crew (Billie Jean 2008), Funky Ux Force (Remember The Time), Borneo Soul Breakerz (Rock With You), Wakaka (Jam), Floor Fever (Don’t Stop Till You Get Enough), Feasible Crew (Scream) dan Famous Crew (Smooth Criminal).

Pada persaingan yang turut disiarkan secara langsung menerusi 8TV bermula jam 9.30 malam itu, empat kumpulan mendapat undian terendah terpaksa bersaingan kembali untuk menyingkirkan salah satu kumpulan yang gagal kekal minggu seterusnya.

Empat kumpulan yang terpaksa bersaingan kembali seperti Borneo Soul Breakerz, Soul Krazy, Feasible Crew dan Famous Crew.

Selepas kesemua juri bersepakat mengadili kali kedua persembahan mereka, cabaran kumpulan dari Kuching, Sarawak, Feasible Crew berakhir .

Showdown 2010 disiarkan setiap Rabu bermula jam 9.30 malam yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV meneruskan persaingan hebat mereka pada Rabu ini dengan tema The 70’s.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:13 AM | Show all posts
70's?
berambut kembang kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 11:45 AM | Show all posts
BSB terima kekalahan
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

2010/06/25

SAINGAN empat kumpulan yang memungut markah terendah dalam segmen Battle Showdown 2010, hampir mencetuskan pergaduhan apabila ada yang cuba menunjukkan kehebatan selain berusaha memenangi penilaian juri dengan gerak tari masing-masing.
Akibatnya, penonton dapat melihat aksi tolak-menolak berlaku membabitkan persaingan antara Borneo Soul Breakerz (BSB) dan Famous Crew (FC). Ada di antara ahli kumpulan BSB bertikam lidah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lawan memonopoli pentas seperti langsung tidak memberi ruang kepada BSB untuk mempamerkan persembahan. Keadaan tegang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan kecekapan pengacaranya, Hafiz.


Begitupun, juri tetap terdiri daripada koreografer terkenal, Mapple Loo; penyanyi rap, Joe Flizzow dan Mizz Nina sebagai juri jemputan, memilih FC sebagai pemenang aksi Battle itu.


Saingan Battle antara Floor Fever (FF) bertemu Giller Battle Crew (GBC) pula memihak kepada GBC yang mempamerkan skil individu dan gerak tari menarik. Dua kumpulan yang gagal dalam pertarungan Battle iaitu BSB dan FF.


Pada penghujung rancangan, juri sebulat suara mengumumkan penyingkiran BSB, sekali gus berakhirnya saingan wakil Borneo itu daripada pertandingan mencungkil bakat tarian berkumpulan, Showdown di KL Live Center, kelmarin.


Ketua kumpulan BSB, Shahreen Tahir, 27, atau Gaban berkata, mereka menerima keputusan penyingkiran itu dengan hati terbuka, malah menganggap pengalaman menyertai pertandingan berkenaan meninggalkan banyak kenangan menarik.


"Kami tidak pernah menyangka dapat mara sehingga ke tahap ini (Top 6). Apa yang lebih penting, kami melakukan aksi terbaik setiap kali berada di pentas. Kami gembira menyertai pertandingan ini.


"Banyak benda yang kami belajar sepanjang menyertai pertandingan ini termasuk daripada rakan-rakan yang berpengalaman seperti GBC. Terlalu banyak cabaran yang kami terpaksa tempuhi.


"Kami sudah bersedia tersingkir sejak dari awal menyertai pertandingan ini. Mengenai persaingan Battle pula, kami tidak berpuas hati dengan cara lawan menutup ruang kami mempamerkan aksi tarian. Dalam pertandingan Battle, setiap peserta perlu menghormati lawan masing-masing. Malah, tidak boleh tersentuh lawan ketika membuat persembahan.


"Ikut peraturan pertandingan sebenar, pihak lawan boleh diisytiharkan tidak layak untuk bersaing kerana melanggar undang-undang pertandingan. Undang-undang dalam pertandingan ini memang kurang jelas pada kami. Begitupun, kami berserah kepada juri yang membuat penilaian. Malah, kami terima keputusan penyingkiran ini dengan hati terbuka," katanya.


Selain Gaban, BSB dianggotai Abdul Kadir Unding (KJ), 22, Mohd Afriz Shazwi Adut (Spoke), Mohd Safwan Muhd Suffian (Safwan), 20, Mohamed Adam Mohamed Ali (Bullet) dan Mohd Sezaly Hasgali (Heat), 18. Walaupun sudah dibentuk sejak tujuh bulan lalu, Gaban mengakui persembahan mereka masih belum mantap dan masih banyak yang perlu dipelajari. Saingan paling mencabar bagi mereka ketika persembahan bertemakan 70-an.

Mengenai perancangan masa depan, dia berkata, walaupun setiap ahlinya mempunyai komitmen masing-masing, namun BSB akan kekal sebagai satu kumpulan jika dipanggil untuk menjayakan persembahan pentas, selain majlis tertentu. Gaban turut menjangkakan GBC bakal memenangi pertandingan itu berdasarkan pengalaman dan bakat menarik setiap anggota itu.


Program yang disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam secara langsung menerusi 8TV ini buat julung kalinya menyaksikan kolaborasi membabitkan dua kumpulan, selain persembahan secara solo. Kumpulan yang meneruskan saingan mempamerkan aksi lasak dengan tema pilihan tarian masing-masing. Wakaka Crew (WC) bergandingan dengan HMC Phlow, BSB berpadu rentak tari bersama GBC sementara FF dan FC Dengan penyingkiran BSB, kumpulan yang meneruskan aksi tarian berkumpulan untuk tema runut bunyi pada minggu depan menyaksikan persaingan WC, HMC, GBC, FF dan FC.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 03:20 PM | Show all posts
wa sokong wakakaka ngan hmc!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 11:03 AM | Show all posts
Mencari juara Showdown 2010

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
[email protected]
Gambar: Nooradzrene Mohd Noor



PESERTA AKHIR... Kumpulan yang layak ke Showdown 2010 Grand Finale, Wakaka, Floor Fever dan Giler Battle Crew.

SETELAH sembilan minggu ke udara di 8TV, Showdown 2010 semakin sampai ke penghujung dengan tiga kumpulan diumumkan layak ke peringkat akhir yang bakal berlangsung malam ini di KL Live, Kuala Lumpur.

Kumpulan terbabit ialah Wakaka Crew, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF).

Satu-satunya rancangan pencarian kru tarian jalanan itu telah dimulakan sejak Januari lalu dan pada malam ini, juara sulung program tersebut bakal diumumkan yang akan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Pada persembahan minggu lepas, HMC Phlow (HMC) menjadi kumpulan terakhir yang terkandas .

Pada persaingan Showdown 2010 minggu lalu, kelompok empat pasukan terbaik bersaing untuk merebut tiga tempat yang disediakan di gelanggang akhir malam ini.

Namun, nasib HMC tidak sebaik tiga kru tarian lain iaitu Wakaka, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF) apabila mereka diumumkanlayak melangkah ke pentas akhir pencarian kru tarian jalanan terbaik itu.

Pada minggu lalu, dengan tema Tunjukkan Apa Kamu Ada, GBC yang memulakan saingan pada malam itu dilihat begitu kreatif tatkala menggabungkan tarian dan koreografi menjadi satu.

Aksi-aksi menarik daripada kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda itu mengundang teriakan bingit penyokong yang hadir.

Ketika FF mengambil alih pentas, mood setiap mereka yang hadir sekelip mata berubah tatkala menyaksikan seorang demi seorang anggota pasukan itu mengalirkan air mata.

Dengan diiringi muzik lagu Bencinta dendangan Faizal Tahir, FF masih lagi mampu menghayunkan gerak langkah tarian syahdu mereka sekali gus meruntun perasaan penonton termasuklah juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo.

Berlatar belakang klip video sorotan perjalanan kumpulan itu sejak melangkah keluar dari rumah menyahut cabaran Showdown 2010, ia nyata meninggalkan impak mendalam kepada setiap seorang dari mereka.

Tamatnya persembahan FF, suhu di KL Live hangat kembali apabila HMC membuka gerak tarian mereka.

Ternyata, meskipun sering berada di kedudukan empat tercorot sebelum ini, HMC tidak mudah mengaku kalah apabila mendapat pujian dari kedua-dua juri.

Paling ditunggu-tunggu, Wakaka tampil menguasai pentas dengan kostum pesakit mental menari dan beraksi diiringi lagu nyanyian Muse, Stockholm Syndrome.

Kehebatan Wakaka tidak perlu dipertikaikan lagi kerana saban minggu, aksi mereka pasti memukau mata penonton yang hadir.

Juri tetap pertandingan, Joe Flizzow berkata, secara tidak langsung, kesemua peserta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu baru bersama penonton yang mengikuti siri ini.

"Dalam masa yang singkat, tugasan-tugasan yang diberikan mampu dilaksanakan bukan setakat baik, tetapi terbaik," kata anggota kumpulan Too Phat itu.

Kata-kata Joe Flizzow itu turut dipersetujui koreografer terkenal, Maple Loo.

Menurut Maple, tugas juri di gelanggang Showdown 2010 menjadi semakin rumit apabila cabaran yang diberikan kepada peserta disahut baik oleh mereka.

"Juri dicabar semula kredibiliti untuk menilai pencapaian mereka. Penilaian tidak hanya fokus kepada tarian, malah personaliti, kerja berpasukan dan penguasaan pentas turut dititikberatkan," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:32 PM | Show all posts
go giller battle crew..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 05:06 PM | Show all posts
malam nie final!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply 16# sosimple

Wakaka Crew Juara Showdown 2010



Semalam telah berlangsung Final Showdown 2010 di KL Live dan bersiaran langsung di stesen 8TV. Maka, peminat telah pun memilih juara melalui undian SMS yang menobatkan juara pertama Showdown 2010 yang dikatakan pertandingan battle tarian hip terbesar di Asia Tenggara.

Keputusan Showdown 2010 nampaknya berpihak kepada Wakaka Crew yang menjadi Juara apabila menewaskan Floor Fever dan Giller Battle bagi bersaing merebut wang tunai RM50,000 yang ditonton live melalui 8tv.

Tahniah buat Wakaka Crew! Sememangnya layak atau tidak sebenarnya, ini pilihan undian majoriti. Giller Battle pun rasanya setanding juga dengan Wakakak Crew. Cuma nasib tak menyebelahi mereka.

Program ini merupakan sebuah rancangan menarik penuh aksi yang mengetengahkan ‘street dancing’. Tarian ‘street dancing’ ini adalah tarian gaya bebas yang membolehkan setiap krew-krew tarian menari mengikut rentak dengan cara mereka tersendiri. Seperti genre-genre tarian yang lain, ‘street dancing’ ini semakin diterima sebagai salah satu cabang seni tari.

Showdown 2010 dihoskan oleh Hafiz Hatim. Penyampak FlyFm ini dilihat begitu lancar dan sangat berkaliber untuk memikul tugas berat untuk mengawal segala situasi. Tahniah Hafiz. Karakter Hafiz yang berjiwa muda, fresh dan bertenaga sangat sesuai dengan program realiti seperti ini.


/- budiey.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 04:11 PM | Show all posts
yeah ~~!! mmg layak pon..

best giler smlm..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 01:03 AM | Show all posts
wakaka mmg best!!!
love to see their style & showmanship.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 01:21 AM | Show all posts
wakaka memang best...ramai yang meroyan tak puas hati diorang menang...huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 1.179862 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list