CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 6

Adakah AC Mizal Kekal Sebagai Hos AF8?

[Copy link]
Post time 29-12-2009 03:46 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2009:  Baru saja pengumuman uji bakat Akademi Fantasia 8 (AF8) dibuat oleh pihak Astro, pelbagai spekulasi telah mula diajukan termasuklah siapakah hos, pengetua serta tenaga pengajar yang akan membarisi 'kabinet' dalam musim ini.

Bagi Murai Batu, ini adalah simptom-simpton biasa setiap kali virus AF mula menyerang rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Dalam memperkatakan tentang hos AF8 kelak, sudah timbul gosip-gosip di belakang tabir adakah AC Mizal akan kekal atau digantikan oleh pengacara lain.


Kalau ikutkan pencapaian dan populariti, AC Mizal tahun ini lebih gah daripada AC Mizal tahun sebelumnya. Ini terbukti apabila program AC telah berjaya menewaskan program Aznil atau Pak Nil dalam ASk2009, baru-baru ini.


Tapi perkara itu pun masih belum cukup kukuh untuk Murai Batu mengesahkan sekarang sama ada AC kekal atau disingkirkan. Atau mungkin AC terbabit dalam bentuk lain dalam team AF8 kali ini?

Ketika ini beberapa nama telah disebut-sebut untuk menjadi hos antaranya Reza Mohamed, Zainal Alam Kadir, Awal Ashaari, Fahrin Ahmad, Jimmy Shanley dan Linda Onn. Tidak ketinggalan pengacara baru dari Astro Awani iaitu Syed Faradino atau Dino yang mengendalikan program In Person dan Perkspektif Kita.


Tapi kalau tanya Murai Batu, for a change, apa kata memberikan tugas hos itu kepada Fauziah Dato Ahmad Daud atau kak Ogy kita. Sebagai seorang aktres terbaik, tentunya Kak Ogy sangat bijak mengendalikan pelbagai mood ceria atau sedih apabila drama-drama AF berlaku di pentas. Setuju?


Bagaimana pula dengan Pak Nil? Adakah dia akan kembali membuat kejutan? Atau mungkin Pak Nil boleh jadi pengkritik tetap pula. Nampaknya semua masih lagi rahsia dan rahsia!

MURAI BATU: Team produksi AF8 kena kerja keras sebab demam bola sepak Piala Dunia akan kembali merebak tahun depan. Apa agaknya kegemilangan hiburan pada 2010 kelak? Sama-sama kita doakan yang terbaik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 04:03 PM | Show all posts
ahkak ogy?? what???
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 04:37 PM | Show all posts
ally iskandar tak nak ke? haha choi sgt nanti kene pakai heels and seluar besar dia tuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 04:54 PM | Show all posts
1# Nadia90
Bagusnya org Murai.com.my ambil tahu pasal Piala Dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 07:52 PM | Show all posts
tukauuuuuuuuu
aq suka Aznil
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 03:18 PM | Show all posts
Aku suka ngan AC Mizal, Pak Nil ni tua skit dan lembut/sopan sesangat.  AC Mizal motivate the program, suara dia yg kuat dengan jenaka2 yg.  lucu buat program tu jadi meriah.  Masalah peribadi dia aku tak mahu amik tahu, above all he is a good to me.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2009 03:27 PM | Show all posts
amboiiiiiiiiiiiiiiiiii nadia...dah bukak thread erk:pompom:

iol x ska oGY boleyh???:geram: drpada ogy baek pilih jepar onn....

klu boleh kekalkan lah AC...huhu..ac pong dah pndai jd host af nie..dah meningkat kekdahnya:pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.171688 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list