CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9946|Reply: 94

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG

[Copy link]
Post time 12-1-2010 09:42 AM | Show all posts |Read mode
[SN202] Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Menurutnya lagi, Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menghalang gereja tersebut daripada menggunakan kalimah Allah [UM 1/1/2010]. Umat Islam yang berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi memberi hujah bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan agama lain tidak berhak menggunakannya. Sebahagian umat Islam yang membantah menyifatkan bahawa penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian tersebut boleh mengelirukan akidah umat Islam. Bagaimanapun, kebanyakan pihak yang berdemonstrasi dikatakan terdiri dari puak-puak yang pro-UMNO, kerana itulah mereka diberi liputan besar-besaran oleh media dan pihak polis pula langsung tidak mengambil tindakan atau menghalang para penunjuk perasaan yang melakukan ‘demonstrasi haram’ ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang sementara dia berjanji akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin di mana beliau akan mengadap Agong dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Di sebalik apa yang berlaku, tidak kurang juga pihak yang menyifatkan bahawa ada agenda politik di sebalik keputusan ini agar parti pemerintah dapat tampil sebagai jaguh dalam ‘mempertahankan’ Islam, di samping dapat menutup segala kemelut dalaman yang semakin banyak dan semakin parah. Apa pun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luar mahkamah terhadap isu ini dengan mencadangkan agar diadakan dialog di antara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan. Dengan kata lain, konsep ‘dialog antara agama’ telah kembali menjadi modal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelas merupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agama mereka yang sesat itu. Alih-alih ingin menyelesaikan masalah, umat Islam terus memasuki perangkap kuffar dengan konsep pluralisme [sila baca SN76 Dialog Antara Peradaban: Umat Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur].

Walaupun kekhuatiran sebahagian umat Islam bahawa penggunaan kalimah Allah oleh puak kuffar ini akan menyebabkan kekeliruan ada asasnya, namun ia hendaklah dijawab dengan nas, bukannya emosi atau akal semata-mata. Inilah pendirian yang harus diambil oleh kita sebagai seorang Muslim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2010 09:43 AM | Show all posts
Nama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?

Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan rasmi mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan ‘God’. Lantas apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam. ‘God’ diterjemah kepada ‘Allah’ supaya mudah difahami oleh anak-anak muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari dan dilawan adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri, bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan. Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan menjaga akidah umat Islam? Apakah jalan yang mereka tempuh apabila mereka melihat para pendakwah Kristian gencar menarik anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?

Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam, malah Daulah Islam sekaligus. Khilafah berjaya mereka runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri dan yang lebih utama, adanya ‘kerjasama’ dan ‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin. Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam. Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:24 AM | Show all posts
Nama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?

Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai Tuhan, baik di dal ...
OSMANLI Post at 12-1-2010 09:43


kajian?  tuh kes mahkamah dah menang...takkan hakim tu membabi buta bagi kes ni menang...betol tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:32 AM | Show all posts
"Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam, malah Daulah Islam sekaligus"

ni lagi putar belit....itu dikatakan BERDAKWAH namanya....aku nak tengok jugak mana2 muslim yg dah convert tu ada yg jadi setan ke? bakar masjid ke, ade? ...macam kamu juga gi kapong org asli lagi, ada tawaran lagi sape2 sangop kawin ngan org asli tu kena bagi duit!...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:42 AM | Show all posts
"Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luarmahkamah terhadap isu ini dengan mencadangkan agar diadakan dialog diantara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan.Dengan kata lain, konsep ‘dialog antara agama’ telah kembali menjadimodal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelasmerupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agamamereka yang sesat it..."


mmmm...awak terlalu negetif thinking...apa2 yg ke arah kebaikan pon tak nak terima...kan Islam kata berdialog tu jalan terbaik ke arah perdamaian...jadi ko nak cadangkan apa? tak kan nak berperang kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:45 AM | Show all posts
"Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam..."


apa2 pun tak betol la bagi awak....


sekian, tamat the end
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2010 12:28 PM | Show all posts
Nak tanya pada pembuka thread dan lain-lain forumer.

Ada tak dalam Al-quran atau hadith sahih yang sebut, "perangilah orang kafir atau mushriq yang menggunakan kalimah Allah"?  

Yang aku jumpa, Allah kata, tidak patut orang mushriq memakmurkan masjid kecuali orang beriman.

Dan bagi jawapan orang kafir yang guna kalimah Allah, yang aku jumpa, Allah dah bidas dalam surah Al-Ikhlas.

Sila betulkan kalau ada salah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:55 PM | Show all posts
takde2....itu dah clear.

org Islam Melayu je yg sensitif....sensitif itu baguih, melambangkan mahabbah pada Tuhan.

tapi.............tak kene.

mengikut Islam ahli sunnah wa jamaah yg sebenar, bukan setakat niat saja kena baik, tp cara pun mesti mengikut cara yg betul
yakni tauladan RAsul dan sahabah....

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 02:22 PM | Show all posts
7# ibnur

Ada tak dalam Al-quran atau hadith sahih yang sebut, "perangilah orang kafir atau mushriq yang menggunakan kalimah Allah"?  


Yang ini teman belum jumpe.....tp yang ini memang ada
"walillaahi al-asmaau alhusnaa faud'uuhu bihaa wadzaruu alladziina yulhiduuna fii asmaa-ihi sayujzawna maa kaanuu ya'maluuna"
Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.(surah Al A'raf: 180)

Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa,
"Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya."
(riwayat Imam Bukhari)


Dan bagi jawapan orang kafir yang guna kalimah Allah, yang aku jumpa, Allah dah bidas dalam surah Al-Ikhlas.


"laqad kafara alladziina qaaluu inna allaaha tsaalitsu tsalaatsatin wamaa min ilaahin illaa ilaahun waahidun wa-in lam yantahuu 'ammaa yaquuluuna layamassanna alladziina kafaruu minhum 'adzaabun aliimun"
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih."(surah Al Maidah:73)

Firman allah bermaksud:
"Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" (surah Maryam: 65)

Pendapat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.

ALLAH itu nama KHAS bg Allah. Ar-Rahman Ar-Rahim nama sifat bg Allah. Yang meletakkan nama 'ALLAH' itu adalah zat-Nya sendiri. Penggunaan itu mmg tak boleh digunapakai selain daripada orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 02:55 PM | Show all posts
7# ibnur



Yang ini teman belum jumpe.....tp yang ini memang ada
"walillaahi al-asmaau alhusnaa faud'uuhu bihaa wadzaruu alladziina yulhiduuna fii asmaa-ihi sayujzawna maa kaanuu ya'maluuna"
...
salikin Post at 13-1-2010 14:22


Dalam ayat-ayat tersebut, aku masih tak nampak ayat-ayat yang suruh perangi, lawan, demonstrasi atau bakar gereja!  Yang jelas, Allah lah yang akan menghukum dan memberi siksa kepada dia orang.  Yang dok bakar gereja, siapa punya anak buah?

TAPI.....  menarik sekali, ini nampak pertembungan antara ulamak khalaf dan salaf.  Kat sini tak boleh nak elaborate lebih-lebih....  tunggu...  nanti akan ku buka thread di bod mazhab.  Insha Allah.  Harap-harap dalam beberapa hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 06:45 PM | Show all posts
Dalam ayat-ayat tersebut, aku masih tak nampak ayat-ayat yang suruh perangi, lawan, demonstrasi atau bakar gereja.....
ibnur Post at 13-1-2010 14:55

Salam Tuan Ibnur,
Memang Ayat tu Allah tak suruh perang, demonstrasi dsb..akan tetapi pengunaan NAMA tu jelas xbole...sebagai muslim kite seharusnya menjelaskan perkara tersebut.

Yang dok bakar gereja, siapa punya anak buah?


Disini kite harus pertimbangkan byk kemungkinan, propaganda dari berbagai pihak. Kadang-kadang Tuan rumah juga berkemungkinaan.....(ank buah kat sini sami'na wa'ato'na bertindak mengikut arahan insya allah ta'ala)

ini nampak pertembungan antara ulamak khalaf dan salaf


saya sebenarnya kagum dgn ilmu Tuan, dan sesungguhnya Tuan seorg yang berilmu, Cuma pertembungan antara Ulama' salaf dan khalaf tidak harusnya terjadi sbb ulama' salaf menjadi ikutan ulama' khalaf. betulkan saya kalau saya silap, turutan nya Zaman begini Para Sahabat, Tab'in, Tab'in-tab'in. Ulama' Salaf dan Ulama' Khalaf sehingga hari kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 06:54 PM | Show all posts
org Islam Melayu je yg sensitif....sensitif itu baguih, melambangkan mahabbah pada Tuhan.
tapi.............tak kene.
ussopp Post at 13-1-2010 12:55


Salam Tuan Ussopp....

Ada benarnya kata-kata Tuan....tetapi kite juga harus memikirkan generasi yang akan datang....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 07:29 PM | Show all posts

tunggu...  nanti akan ku buka thread di bod mazhab.  Insha Allah.  Harap-harap dalam beberapa hari ini.


Saya pun menunggu.
Jangan mcm janji melayu dah ler Heheh.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 07:49 PM | Show all posts
Saya pun menunggu.
Jangan mcm janji melayu dah ler Heheh.
sirrikhafi Post at 13-1-2010 19:29


kalo dah dibukak nti jgn plak putar belit bahasa ye....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 09:40 PM | Show all posts
12# salikin

INsyaAllah2.....yer samer2 la....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 01:03 PM | Show all posts
Salam Tuan Ibnur,
Memang Ayat tu Allah tak suruh perang, demonstrasi dsb..akan tetapi pengunaan NAMA tu jelas xbole...sebagai muslim kite seharusnya menjelaskan perkara tersebut.

Disini kit ...
salikin Post at 13-1-2010 18:45


wassalam sheikh salikin,

ye, memang betul nama tu tak boleh digunakan.   Selain dari tak jumpa ayat yang suruh perangi, demonstrasi dan lain-lain keganasan, ada tak Allah tetapkan hukuman di dunia ini kalau orang kafir dan musyrik tetap juga gunakan nama ALLAH?

Saya buka mukadimah salaf dan khalaf di sini.  Pedulikan saja orang yang nak kondem ajer pandai.

Ringkas sahaja, kebanyakan yang menentang kafirun dan musyrikun menggunakan nama Allah ini ialah yang berpegang pada mazhab Asy-ariah (sifat 20).  Dan yang mengharuskan ialah dari golongan yang orang suka panggil wahabi.  Ramai juga yang dok tengah-tengah.

Sifat 20 ni kalau dari pandangan piawai adalah takwilan dan tafsiran.  sementara yang lagi satu tu berpegang pada al-quran dan sunnah (contoh: asma ul husna).

Iru saja dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2010 04:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum

saya memetik pandangan peribadi dari Ust Zaharuddin:

Saya menasihatkan diri saya, dan rakan-rakan pencinta ilmu Islam agar menjauhi fenomena mengutarakan pendirian dalam bidang agama sedang diri ilmu sekerat-sekerat dalam sesuatu bidang.

Saya menyatakan ini kerana bimbang melihat fenomena kebebasan bersuara hasil kewujudan blog, forum serta facebook hari ini, kelihatan begitu terbuka. Ya ia menyediakan ruang untuk semua orang memberi komentar, pandangan dan kritikan.

Agak bimbang melihat, sebahagian orang yang masih berilmu sekerat-sekerat dalam pengajian ilmu asas-asas agama, khususnya dalam bidang yang ingin dikritik, dibantah dan diulasnya. Namun dia tetap ghairah melontarkan pandangan dan pendirian kepada umum. Akhirnya, dia tidak lain kecuali membawa fitnah dan kesesatan berbanding kebaikan dan keselamatan.

Lihat sahaja dalam isu nama Allah, ramai benar yang cuba berfatwa tanpa sebarang latarbelakang pengajian ilmu fatwa, fiqh dan Usul Fiqh serta Maqasid Shariah.

Mereka mengulas ayat-ayat tanpa sebarang pengajian khusus di dalam bahasa arab, tafsir, ulum tafsir dan hadis.

Saya faham, ada mungkin yang teringin menuding jari kepada saya lalu berkata

"Eeh, ustaz pun apa kurangnya, ustaz ingat ilmu ustaz dah tak sekerat-sekerat ke?"

Saya akui, saya tidak terlepas dari nasihat dari artikel ini, kerana itu setiap pendirian dan pandangan yang saya lontarkan akan hanya diberikan setelah kajian dan rujukan dilakukan. Pun begitu, saya juga tidak terlepas dari kesilapan. Ilmu boleh bertambah dan pindaan boleh dilakukan apabila kesilapan dikenalpasti.

"Saya faham ustaz nak kata apa, ustaz nak sebut, isu agama ini exclusive untuk ulasan para ustaz saja, betul tak..orang macam kami tak layak?" cebik seorang petugas professional.

"Tidak dan Ya" jawab saya.

"Tidak kerana fatwa, ulasan hukum sebenarnya agama tidak ekslusif buat para ustaz atau kata lainnya yang mengaji agama secara formal"

"Ya, ia memang exclusive tetapi bukan exclusive kerana hanya title ‘ustaz', namun ia adalah exclusive bagi sesiapa sahaja yang telah mempelajari secara khatam silibus asas ilmu alat berkaitan bahasa arab, fiqh, usul fiqh, tafsir, usul tafsir, hadis dan usul Hadis, tidak kiralah mereka ustaz atau tidak, jika mereka SUDAH mempelajari itu, mereka diberikan hak ekslusif oleh agama untuk  mengulas."

Apa yang perlu dipelikkan dengan hak ekslusif, doktor, engineer, akauntan dan lainnya juga punyai hak ekslusif dalam bidang masing-masing.

Dengan itu, berhati-hatilah dalam membuat pendirian dan menetapkan pendapat, lebih perlu berhati-hati jika ingin disebar luaskan. Nasihat ini terpakai untuk saya dan semua pembaca.



Cuma jangan dilupa, seorang ulama juga perlu elak memberi fatwa berbekalkan ilmu sekerat-sekerat dalam hal ehwal yang berkait dengan  ilmu-ilmu luaran yang lain seperti kewangan moden, perubatan, geografi, kosmetik, sains, biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Ilmuan ini walau dirinya telah mendalami ilmu fiqh, usul Fiqh, tafsir dan hadisnya, ia masih memerlukan bantuan pakar di bidang berkaitan tersebut sebelum mampu memberi pandauan dengan tepat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:23 PM | Show all posts
Seterusnya Dipetik dari Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan:

Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.

Jika kita tidak berhati² kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

DAN

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-82:

1. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

2. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur² penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang² yang telah termaktub dengan Perlembagaan Persekutuan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 01:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 15-1-2010 01:56

16# ibnur

ye, memang betul nama tu tak boleh digunakan.   Selain dari tak jumpa ayat yang suruh perangi, demonstrasi dan lain-lain keganasan,


Salam sekali lg Tuan,

Firman Allah SWT:
"(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (surah Al Hajj: 40)

Izinkan saya nak tambah lagi sikit jer bab ni, Pada dasarnya, kita sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah wajib percaya bahawa Allah SWT bukan sahaja Tuhan kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam malah segala kejadian di langit, bumi, angkasa dll adalah ciptaanNya. Cuma iktikad kita adalah berdasarkan

firman Allah SWT (Surah Al-Ikhlas)

"qul huwa allaahu ahadun"  Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

"allaahu alshshamadu" Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

"am yalid walam yuuladu" Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

"walam yakun lahu kufuwan ahadun" dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Pada asalnya, terutamanya dalam Kitab Injil dan Taurat (yang asal - bukan yang telah diubah), Nama Tuhan dikenali sebagai 'Elah', 'Alaha', 'Aloho', 'Elohim (YWYH - atau Yahweh) - bahasa Aramaik, Semitik, Ibrani/Suryani (Hebrew) dsb.)

Tetapi terjemahan yang ASAL telah jelas iaitu 'Tuhan yang Esa' atau 'Satu' (monoteisma) dan bukan seperti terjemahan masakini.

Antara terjemahan asal (ahli kitab - agama samawi) antara lain :

1. Heteros - "oudeis theos heteros ei me heis" secara harfiahnya bermaksud "tiada/tiada lagi-Tuhan-lain/yang lain-selain/kecuali/hanyalah-satu (esa)"

2. Ibrani - "ein elohim zulati ekhad" bermaksud "tiada Elohim kecuali satu (esa)"

Pada masakini, terjemahan asal telah diubah. Apabila disebut sebagai 'aleha' pada orang BUKAN Islam masakini maka dengan sendirinya tafsirannya dan iktikad mereka merujuk kepada :

1. Kepercayaan penyembahan dan pendewaan Tuhan (Dewa) Lelaki ( dan Tuhan (Dewi) Perempuan (aleha - Goddess (kepercayaan salah satu ajaran agama Yahudi) yang telah diubah,

2. Ianya juga dikaitkan dengan kepercayaan Arab Jahiliyah iaitu 'Al-Latta', 'Manat' dan 'Al-Uzza' di mana kepercayaan ini yang telah dipinda-pinda atau dirungkai-rungkai serta jelas merosakkan ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. yang asal - di mana nama-nama berhala ini dikaitkan dengan 'Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak Perempuan'

3. Tafsiran Kristian (bukan Nasrani agama samawi asal) - Allâh al-ab bermakna Tuhan yang Bapa, Allah al-ibn bermakna Tuhan yang Anak, dan Allah al-ruh al qudus.

Jadi ahli kitab (agama samawi terdahulu) atau mereka yang tidak sampai seruan Islam tidak lagi wujud kecuali yang tinggal kini dan dijamin Allah SWT lagi terpelihara isi kandungan kitabnya hanyalah Al-Qur'aanul Kariim - jadi walau apapun berlaku, nama Allah SWT hanyalah nama yang wujud di kalangan umat Islam sahaja kerana nama yang lain itu tidak sesempurna maksudnya dengan nama Allah SWT dalam bahasa Arab.

Jadi ahli kitab (agama samawi terdahulu) atau mereka yang tidak sampai seruan Islam tidak lagi wujud kecuali yang tinggal kini dan dijamin Allah SWT lagi terpelihara isi kandungan kitabnya hanyalah Al-Qur'aanul Kariim - jadi walau apapun berlaku, nama Allah SWT hanyalah nama yang wujud di kalangan umat Islam sahaja kerana nama yang lain itu tidak sesempurna maksudnya dengan nama Allah SWT dalam bahasa Arab.

Kitab yang bernama Al-Qur'an ini pula telah diturunkan dalam Bahasa Arab ini kepada seorang manusia sahaja yang berbangsa Arab iaitu Nabi Muhammad Ibnu Abdullah Rasulullah SAW dan baginda hanya membawa satu mesej sahaja iaitu ISLAM - bukan agama Nasrani, bukan agama Majusi dan bukan agama Yahudi (hanya Islam)

Firman Allah SWT mafhumnya :

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku telah REDHA (bahawa) Islam sebagai agama kamu.” (Al-Maidah: 3)

Ini dengan sendirinya menandakan sekalipun orang bukan Islam berhasrat untuk menerima tafsiran Islam bahawa "Allah itu Esa", masih tidak sah sekiranya mereka enggan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul - dengan sendirinya membatalkan apa juga pendapat mereka tentang Allah SWT samada Tuhan yang Esa atau yang berbilang-bilang mahupun mereka membaca syahadah dalam Bahasa Ibrani atau Heteros seperti yang tercatat di atas (kerana tiadanya nama MuhammadurRasulullah)

Mengenai kes 'elaha' ini- berbeza apabila kita terbaca perkataan 'kami' dalam Al-Qur'an. "Kami" tidak sekali-kali membawa maksud - "Allah SWT dan para malaikat" atau "Allah SWT dan pembantu-pembantunya" - naudzubillah.

"Kami" di sini bermaksud :

1. Keagungan, Kebesaran Allah SWT, Khalik/Pencipta dan seumpamanya,

2. Jamak kepada Ismul Zat, Sifat, Af'al tetapi tetap kekal pengertian keesaannya iaitu Esa pada ZatNya, SifatNya, AsmaNya, Af'alNya,

Jadi tidak timbul maksud "kami" itu itu boleh dinisbahkan dengan "aleha".

Contohnya dalam satu versi kitab Injil - percanggahan yang jelas :

1. Dalam beberapa ayat menyatakan Tuhan itu Esa.

2. Dalam beberapa ayat yang lain menyatakan Tuhan itu ada tiga - malah mereka berani menyatakan bahawa berlaku satu ittihad iaitu penyatuan ketiga-tiga (trinity) 'segmen' Tuhan ini sebenarnya membawa kepada satu (esa - pada tafsiran mereka)

Kita perlu faham bahawa salah asas utama untuk memperdebatkan kesahihan sesuatu kitabullah itu ialah:

- satu ayat tidak ada percanggahan dengan satu ayat yang lain.

Firman Allah SWT
“Sesungguhnya ada segolongan di antara mereka yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu mengira yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: ‘Ini (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah’, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.” (Ali ‘Imran: 78)

Dan golongan inilah yang sepatutnya memelihara kitab tetapi sebaliknya merosakkan isi kandungan dan tafsirannya :

Firman Allah,
"mereka diperintahkan untuk memelihara kitab-kitab Allah." (Al-Maidah:44)

Walaupun Islam berpecah kepada 73 firqah - tetapi 73 firqah ini masih berpegang kepada 1 kitabullah sahaja iaitu Al-Qur'an cuma tafsiran kita sahaja berbeza dan ASWJ adalah firqah yang diiktiraf.

Jadi tidak sama iktikad orang Islam apabila menyebut nama Allah SWT - orang Islam beriktikad bahawa Allah itu ESA (Satu) dibandingkan dengan iktikad orang bukan Islam apabila menyebut nama Allah SWT (Allah itu pada mereka adalah ada 2 atau 3).

Jadi rasanya, kita tidak boleh menyokong malah kita perlu menentang penggunaan nama Allah SWT digunakan oleh orang bukan Islam kerana disebabkan :

1. Terjemahan asal ahli kitab telah dirubah,

2. Iktikad orang bukan Islam adalah cukup berbeza dengan iktikad orang Islam,

3. Nama Allah SWT dalam bahasa Arab jauh lebih sempurna dan jelas pengertiannya dalam Al-Qur'an berbanding dengan nama-nama lain yang digunakan oleh ahli kitab - dengan sendirinya membawa maksud nama ALLAH SWT adalah nama Tuhan yang rasmi bagi orang Islam,

4. Al-Qur'an adalah Kitab yang terakhir dan telah menjelaskan ringkasan dari kitab-kitab yang terdahulu.

5. Kita masih wajib beriman kepada kitab-kitab/suhuf yang terdahulu - Taurat, Injil, Zabur tetapi Taurat, Injil, Zabur yang ASAL bukannya yang ada masakini yang mungkin telah dirungkai-rungkai maksudnya.

Firman Allah SWT (Surah Al-Kafirun)
"1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:01 AM | Show all posts
16# ibnur

Saya buka mukadimah salaf dan khalaf di sini.............


Ringkas sahaja, kebanyakan yang menentang kafirun dan musyrikun menggunakan nama Allah ini ialah yang berpegang pada mazhab Asy-ariah (sifat 20).  


Kita lihat sejarah perkembangan Islam. Dengan pengetahuan yang amat terhad ini saya cuba lirikkan, sebelum kita pergi jauh lagi segala kekurangan ini saya dahului dgn ucapan jutaan maaf. Memang ada di antara saudara yang berpengetahuan, sudi-sudikanlah berkongsi ilmu disini.

Aqidah Islam di zaman Rasulullah, Para Sahabat, Tabi'in, Tab'in Tabi'in sehingga ke kurun kelima Hijrah dipanggil Aqidah Salaf. Mrk2 yang beraqidah salaf tidak menghuraikan isu-isu ketuhanan mengunakan akal fikiran mrk, malah mengetahui secara terus dalam erti kata " Kami dengar Kami patuh"

Setelah pemerintahan Islam berkembang, tamadun intelek sekaligus berkembang dan pengaruh pemikiran daripada pelbagai budaya meresap ke dalam pemikiran Umat Islam dan Ulama' maka pada kurun ke5 Hijrah timbul berbagai pendapat Ulama' yang memperkatakan bab aqidah dalam suasana pendebatan yang hebat. Daripada berbagai Ulama' aqidah, dua aliran fahaman aqidah yang serupa dgn fahaman salaf, iaitu aliran Abu Mansur Al Maturidi dan Abu Hassan As Sya'ari,yg menjadi dua aliran mazhab aqidah ASWJ yang diputuskan dan diijma'kan oleh seluruh Ulama'. betulkan kalau saya silap. Aqidah pada kurun kelima hingga kiamat dipanggil Aqidah Khalaf.

Tauhid terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan begitu juga syirik, Syirik Rububiyah dan Syirik Uluhiyah.

Tauhid rububiyah, iaitu tauhid yang menyakini bahawa hanya Allah swt pencipta sekelian alam atau Al Kaun adalah semua ciptaan Allah dan bersifat baharu, iaitu ada permulaannya. Ada sebahagian drpd Al Kaun yg ada permulaan dan ada akhirnya (baqa') seperti surga, neraka dan roh manusia.

Org2 yang bertauhid rububiyah menyakini alam ini dicipta oleh Allah swt yang esa zat, sifat dan Af'al Nya. Malah penganut2 kbykkan kepercayaan seperti kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi meyakini seperti demikian.

Mafhum Firman Allah:
" dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kpd (org2 kapir) mrk " siapakah yang menjadikan langit dan bumi? tentu mrk menjawab, ALLAH." (surah luqman: 25)

Mafhum Firman Allah:
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?"Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" (surah mukminun ayat: 84-85)

Mrk memahami Allah sebagai "RAB" bagi sekelian Alam akan tetapi mrk tidak menyembah Allah dan memohon pertolongan drpd Allah seperti diisyariatkan Allah melalui Rasulnya. "RAB" merangkumi maksud pentadbiran dan pentarbiah secara mutlak bagi sekelian Alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.069762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list