View: 3487|Reply: 22
|
Masalah hilang kepercayaan kepada mereka yang bergelar ustaz/ulama'
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Tongny at 13-1-2010 20:11
Assalamualaikum, saya sekarang sedang menghadapi masalah yg boleh dikatakan agak kronik. Saya sedang menghadapi masalah hilang kepercayaan kepada para ulama' ( terutamanya ulama' yang bergiat dalam politik ), walaupun mereka ini mempunyai ilmu dan amalan yang cukup tinggi. Contohnya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Saya tahu kadang2 tokoh2 seperti ini kebanyakan kenyataan mereka telah diputar-belitkan oleh akhbar yang cenderung kepada kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi kadang2 jika kita teliti memang ada kenyataan mengelirukan yg mereka sendiri secara sengaja telah mengeluarkannya.
Keduanya, ialah masalah kepercayaan dan hormat kepada para ulama' dan ilmuan agama yang riak dengan ilmu yang mereka miliki dan suka memandang rendah kepada golongan yang terjebak dalam maksiat. Kadang2 mereka ini lebih bersifat menghukum ahli maksiat / ahli masyarakat yang mempunyai sedikit masalah dari segi akhlak, bukannya bersifat mendakwah / berusaha untuk memulihkan golongan yang telah agak terkeluar dari cara hidup Islam yang sebenar. Ini terbukti dari sikap sesetengah mereka yang suka mengumpat, merendah-rendahkan dan menyebarkan aib golongan ahli maksiat tersebut. Adakah mereka ini pernah berusaha keras untuk mendakwahkan masyarakat seperti mana yg pernah dilakukan oleh Assyahid Imam Hasan Al-Banna kepada masyarakat Mesir? Adakah mereka ini sanggup mengorbankan seluruh keselesaan hidup mereka, jiwa dan raga dikorbankan, semata-mata untuk usaha dakwah kepada masyarakat Muslim sepertimana yang telah dilakukan oleh Assyahid Imam Hasan Al-Banna?
Ketiganya, jika kita perhatikan betul2, golongan ini antara yang paling banyak mencaci maki, menghamun dan me"MAHAFIRAUN" dan "MAHAZALIM" kan Tun Dr. Mahathir semasa Dr. M masih berkuasa, akan tetapi setelah Dr. M telah bersara dari menjadi ketua kerajaan, ada banyak bukti ( ini disahkan oleh golongan professional, academician dan pentadbir ) bahawa polisi, dasar2 dan amalan peribadi Dr. M terbukti amat bagus untuk negara Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya, terutama dari sudut pendidikan, perniagaan dan kemajuan. Sedangkan semasa masih berkuasa Dr. M telah dicaci maki oleh golongan ini seolah2 dia adalah seorang penjahat besar, kepala penyamun dan penjenayah dunia yang langsung tiada jasa dan hati budi kepada agama, bangsa dan negara. Kebencian golongan ini kepada Dr. M telah menyebabkan mereka telah menjadi pekak, buta dan tuli kepada sudut positif tokoh ini. Bukankah setiap tokoh ada bahagian baik dan buruknya? Bukankah ada ayat Al-Quran antara tafsirannya terkandung dalam petikan ini :
" Pemberi nasihat menepati ciri seorang pendakwah. Al-Quran memaparkan kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang dititah Allah supaya mendatangi Firaun dengan bahasa yang lunak dan sopan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Taha, ayat 43-44)
Begitu juga dengan kisah Khalifah al-Ma’mun ibn Harun al-Rashid,khalifah kerajaan Bani Umayyah, yang pernah didatangi seorang pendakwah mengkritik kepimpinannya dengan bahasa yang keras dan pedas.
Reaksi khalifah, “Nasihatilah aku dengan sopan kerana Firaun itu lebih jahat daripada aku dan Nabi Musa itu lebih baik daripada kamu,namun demikian Nabi Musa menggunakan bahasa yang lunak.”
Memberi nasihat tidak seharusnya diiringi dengan rasa benci dan dendam kesumat kerana nasihat sukar diterima jika elemen kebencian tersemat dalam diri pemberi nasihat. Malah nasihat dan benci amat bertentangan antara satu sama lain."
Adakah ulama' yg saya maksudkan ini merasakan diri mereka lebih baik dan lebih mulia dari Nabi Musa, dan Dr. M itu lebih jahat dari Firaun? ( Hence the nickname Mahafiraun & Mahazalim )
Kesannya kepada diri saya, sekarang saya lebih mempercayai ulama dan pendakwah bebas seperti Dr. Ridhuan Tee, Ustaz Ravi Abdullah dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kerana untuk mencari ulama' yang setaraf, atau setidak-tidaknya menghampiri tahap Assyahid Imam Hasan Al-Banna di Malaysia pada zaman ini adalah sesuatu yg saya anggap mustahil.
Soalannya, adakah pandangan saya ini salah? Adakah saya telah berpegang kepada satu pendirian yang bathil sejak dari awal lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
bende yang same aku hadapi... |
|
|
|
|
|
|
|
Pemberi, penerima nasihat perlu sifat terbuka
MEMBERI nasihat dalam erti kata memberikan teguran dan saranan adalah menepati sunnah Rasulullah SAW. Baginda mengamalkan sikap terbuka apabila ada di kalangan sahabat yang memberikan pandangan terutama dalam persoalan tidak membabitkan wahyu.
Dalam peperangan Badar, misalnya, menggambarkan ketelusan dan keterbukaan Baginda SAW menerima pandangan seorang sahabat supaya baginda mengubah strategi peperangan yang dirancang terutama dalam soal pemilihan lokasi peperangan.
Secara beradab, sahabat berkenaan inginkan kepastian adakah strategi yang dirancang Baginda SAW adalah wahyu daripada Allah. Baginda menyatakan strategi yang diatur bukan wahyu tetapi perancangannya sebagai ketua turus angkatan perang.
Mendengar jawapan Baginda SAW itu, sahabat berkenaan mencadangkan supaya dipilih lokasi lain yang lebih strategik. Baginda SAW menerima cadangan itu dengan hati terbuka demi kemaslahatan tentera Islam.Ini menunjukkan budaya memberi nasihat dan menerima nasihat, memerlukan keikhlasan, keterbukaan, berlapang dada terhadap kritikan dan teguran. Kesediaan menerima nasihat dalam bentuk teguran dan kritikan membina dilihat sebagai syarat pelantikan imam, raja atau ketua dalam tradisi politik Islam.
Dengan itu rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dan menyuarakan haknya tanpa ada rasa takut terhadap pemerintah. Malah, Islam sendiri menjanjikan suatu keadaan bebas daripada sifat takut dan lapar sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (iaitu Kaabah), Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.” (Surah Quraysh, ayat 3-4)
Inilah yang ditunjukkan pemimpin Islam selepas era pasca nabawi sebagai menterjemahkan amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar al-Siddiq umpamanya, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai khalifah meminta umat membetulkannya jika dia melakukan penyelewengan. Kata beliau, “andainya aku melakukan kebaikan, bantulah; tetapi andainya aku melakukan kesalahan, perbetulkanlah aku… patuhilah aku selama aku mentaati Allah, tetapi andainya aku sudah tidak mentaati Allah, kamu tidak perlu mematuhi aku lagi…”
Mengulas ucapan berkenaan, Imam Malik menegaskan antara syarat untuk menjadi pemimpin harus bersedia menerima teguran rakyat dan taat kepada Allah. Begitu juga dengan Saidina Umar al-Khattab dalam pidato pelantikannya sebagai khalifah menyampaikan mesej yang sama seperti khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
Pada ketika itu, seorang hadirin bangun memberikan maklum balas bahawa dia akan membetulkan Umar dengan pedang yang dihunusnya. Sebagai khalifah yang berjiwa besar dan tahu akan tanggungjawabnya, beliau tidak tersinggung dengan kata-kata itu.
Malah, beliau bersyukur kerana masih ada rakyat yang sanggup membetulkannya walaupun secara kekerasan melalui pedang. Ini isyarat jelas betapa Khalifah Umar al-Khattab terkenal seorang yang tegas masih sanggup menerima teguran rakyat dan diperbetul menggunakan pedang.
Pemimpin masa kini yang jauh mengatasi kepemimpinan Umar al-Khattab seharusnya tidak tersinggung, terkilan, merasa jauh hati apatah lagi rasa tercabar atau dimalukan jika ada rakyat dan rakan yang sama berjuang dalam wadah kepimpinan menegur cuma dengan kata-kata.
Abu Dhar al-Giffari pernah menegur Mu`awiyah bin Abi Sufiyyan, yang pada ketika itu menjawat jawatan penguasa wilayah Syam, lantaran pembazirannya dalam projek pembinaan istana mewah Qasr al-Khadra’.
Abu Dhar berkata, “takutlah kepada Allah… sesungguhnya harta ini bukan harta kamu dan bukan harta ayah kamu. Andainya ia memang harta kamu sekalipun, ia adalah suatu lambang kemewahan dan pembaziran. Andainya ia diambil daripada harta rakyat maka ini adalah suatu pengkhianatan.”
Begitu juga al-`Izz bin `Abd al-Salam, yang digelar Sultan al-Ulama atau sultan bagi ulama, pernah bersuara dengan agak lantang membantah keputusan dan tindakan pemerintah yang memungut cukai khas daripada rakyat untuk membiayai kos peperangan.
Bagi beliau, rakyat tidak perlu mematuhi pekeliling yang dikeluarkan pemerintah di zaman al-Mamalik Mesir pada ketika itu, sebaliknya harta kekayaan yang dihimpun oleh pemerintah itulah yang sepatutnya membiayai kos peperangan berkenaan.
Begitu juga Mundhir bin Sa’id yang mengkritik Khalifah Abd al-Rahman al-Nasir membangunkan projek mewah di bandar al-Zahra, Sepanyol sebagai pembaziran yang nyata. Khalifah akhirnya menerima kritikan dengan lapang dada dan menyederhanakan projek pembangunan itu.
Walau bagaimanapun, cara memberi nasihat dalam bentuk teguran itu mesti beradab, penuh berhikmah, meyakinkan dan menyenangkan supaya mesej hendak disampaikan benar-benar didengari oleh penerima.
Pemberi nasihat menepati ciri seorang pendakwah. Al-Quran memaparkan kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang dititah Allah supaya mendatangi Firaun dengan bahasa yang lunak dan sopan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Taha, ayat 43-44)
Begitu juga dengan kisah Khalifah al-Ma’mun ibn Harun al-Rashid, khalifah kerajaan Bani Umayyah, yang pernah didatangi seorang pendakwah mengkritik kepimpinannya dengan bahasa yang keras dan pedas.
Reaksi khalifah, “Nasihatilah aku dengan sopan kerana Firaun itu lebih jahat daripada aku dan Nabi Musa itu lebih baik daripada kamu, namun demikian Nabi Musa menggunakan bahasa yang lunak.”
Memberi nasihat tidak seharusnya diiringi dengan rasa benci dan dendam kesumat kerana nasihat sukar diterima jika elemen kebencian tersemat dalam diri pemberi nasihat. Malah nasihat dan benci amat bertentangan antara satu sama lain.
Sehubungan itu, al-Marhum al-Shaykh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Dustur al-Wahdah al-Thaqafiyyah Bayna al-Muslimin mendedahkan pengalamannya berdialog dengan Almarhum al-Imam Hasan al-Banna.
Sebagai orang muda yang masih menuntut pada ketika itu mempamerkan semangat pemudanya dengan bertanya kepada al-Imam Hasan al-Banna, “Kenapa kita tidak membenci si polan dan si polan.”
Dengan tegas al-Imam Hasan al-Banna menjawab, “Jangan sekali-kali menaruh kebencian terhadap seseorang! Kamu boleh membenci perbuatan mereka tetapi mintalah petunjuk buat mereka. Bukankah sebaik-baik saja terjadinya musibah dalam peperangan Uhud, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Begitulah budaya nasihat menasihati akan terus berlangsung selagi manusia memerlukan manusia lain untuk membantu kehidupannya. Manusia berakal waras akan mematuhi nasihat baik yang memandu kehidupannya di dunia dan di akhirat tanpa melihat siapa yang memberi nasihat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang perlu kita percaya ialah apa yang dibawanya. Kalau bertepatan dengan hukum, patut kita ikut. Kalau salah, tak perlu ikut. Kalau Ketua paderi datang baca surah al-Ihklas, wajib kita percaya apa yang dibacanya, bukan orangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by niceghost2005 at 14-1-2010 09:54
Post Last Edit by Tongny at 13-1-2010 20:11
Assalamualaikum, saya sekarang sedang menghadapi masalah yg boleh dikatakan agak kronik. Saya sedang menghadapi masalah hilang kepercayaan kepada para ul ...
Tongny Post at 13-1-2010 19:36
Assalamualaikum Tongny,
Seperti yang di tulis olih forumis di atas, ISI KANDUNGAN yang penting dan BUKAN siapa yang mengucapkannya.
Malangnya, SANJUNGAN yang tinggi terhadap seseorang akan MEMBUTERKAN MATA HATI penyanjung tersebut.
Sehingga tidak dapat membedakan yang HAQ dan yang BATHIL.
Seperti mana yang berlaku di Turki terhadap Kamal Artatuk.
PANCA SILA yang di tanam kpd Umat Indonesia telah mengatasi/lebey besar dari segala gala Rukun hatta Rukun Islam sekali pung semata mata kunonnya utkk menyatupadukan masyarakat Indonesia selepas era komunis. (melalui pengalaman penulis)
Islam itu LENGKAP hatta politik pung ada di dalamnya.
Ia tidak bley di pisahkan.
Hanyasanya, politik dewasa ini tersangat lah kotor.
Di perjuangkan semata mata utk kepentingan diri dan bukan utk berkhidmat kpd Allah dan Rasul.
Jangan lah kita terikut ikut dgn rentak ahli politik.
Sekiranya miker ingin mendalami Agama, teruskan lah NIAT SUCI itu.
Ada banyak bahagian di dalam Agama.
Dalami lah ia tanpa buruk sangka.
Pergi lah berguru dgn seberapa banyak Ustaz/Ustazah yang miker sanggupi.
JANGAN bertaklik kpd seorang dua Ustaz yang miker 'gemari' sahaja.
Itu adalah di antara 'kesalahan' yang sering di lakukan seseorang.
And one more thing, JANGAN TENGOK kesalahan Ustaz tersebut..............tengok lah KESALAHAN DIRI SENDIRI dahulu.
Adakah miker pernah berdakwah?
Apakah pengorbanan yang miker lakukan terhadap Agama?
Atau miker setakat mengkritik Ustaz2 tersebut??
Oghang tuer tuer ada mengatakan, "Satu jari menuding ke arah oghang............3 jari menuding kepada diri sendiri"
Pabila hilang nya kepercayaan terhadap para alim ulamak, maka Iblis akan mengangkat bendera kemenangannya terhadap kamu.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
lihat lah dengan mata hati... bukan dengan mata kepala.
Ulama' yang disebut atau dimaksudkan sekurang² pernah cuba membawakan sesuatu. tapi kita? apa yang penting, kita serahkan urusan ulama' tersebut kepada Allah. Kita maki ke, hamun ke kat sini tak dapat apa. Jika niat dia ikhlas, maka dia beroleh pahala. Kalau sebaliknya maka azab Allah menanti. Persoalannya, kita dapat apa?
Cari lah jalan bagaimana nak menyucikan hati. Cari juga jalan bagaimana nak mendapatkan 'tiang' yang sempurna iaitu solat. Perbaiki diri. Urusan org lain biar dia dengan Sang Pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS Penerus Perjuangan Nabi SAW - Yusof Qardawi
http://dunsura.blogspot.com/2009 ... nabi-saw-yusof.html
“Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.Di dalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :
1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.
2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.
3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.
4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini”.
HAJI MOHD TAUFEK ABD GHANI
AJK PAS Pusat
Dr Yusuf Qardawi: Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW"
http://muslimeen-united.blogspot ... 0&max-results=6 |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
sekadar nak bagi pendapat
saya rasa kalau nak selesai dalam perkara ni ... kena baca sejarah para ulamak le, ikut le mana jalur diaorang.... alam nusantara ni terlalu ramai ulama yang alim cuma kita jer yang tak jumpa
zaman kita ni dan di tempat kita ini masih ada orang alim yang dikatakan taraf wali dimana beliau sering dikunjungi oleh para-para ulama besar dari tanah arab untuk meminta doanya, walaupun demikian, orangnya amatlah zuhud....40 tahun x keluar dari rumah kerana beribadah... sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk umat islam
cuma kenyataannya ramai ulama2 yang alim telah kembali ke rahmatullah
[email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa bercakap berlandaskan nas dan dalil , maka dia bercakap apa yg rosul cakap.....
bila org cakap. kita minta dalil dari Quran dan hadis sahih. dan kita pun check sama....sbb semua masalah agama sudah pun ada situasi di zaman rosul, baik umum atau spesifik.....bab2 teknology(henfon, LCD) mmg lah takda, tp bab agama semua dah disampaikan....
jgn asyik2 kata, ustaz tu kata mcm nie, ustaz nie kata mcm tue, dalil tiada....takleh camtu.
sbb sifat manusia nie akan menanggap org yg kita percaya suma betul dan org yg kita tak percaya semua salah...
ini bahaya....
kalau berlandas nas dan hadis, itu insyaAllah paling slamat. |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa bercakap berlandaskan nas dan dalil , maka dia bercakap apa yg rosul cakap.....
bila org cakap. kita minta dalil dari Quran dan hadis sahih. dan kita pun check sama....sbb semua masalah aga ...
ussopp Post at 25-1-2010 15:05
manyak butut... lu olang jangan main itut aja... tatak bule itut maciam itu lumbu itut lia punya tuan... ada mata bule baca apapasat tatak mau baca sendili? lu tatak paham balu lu tanyia itu ustad... haiyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang perlu kita percaya ialah apa yang dibawanya. Kalau bertepatan dengan hukum, patut kita ikut. Kalau salah, tak perlu ikut. Kalau Ketua paderi datang baca surah al-Ihklas, wajib kita percaya apa ya ...
alien7749 Post at 14-1-2010 08:44
Dah memang resmi manusia, suka judge the book by its cover.
Nasi kosong dgn kuah kicap aje tapi dihidangkan dgn berhemah akan menambat hati org utk menjamahnya juga sedikit sebanyak. Tapi ayam panggang yg lazat kalau dihidangkan dgn main lempar (kasar) aje berkemungkinan besar takkan dijamah langsung.
PR (public relations), selain kebenaran yg dibawa, sangat2lah penting.
Bukan sikit org yg diIslamkan Rasulullah SAW hanya dgn akhlak terpuji Banginda saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang perlu kita percaya ialah apa yang dibawanya. Kalau bertepatan dengan hukum, patut kita ikut. Kalau salah, tak perlu ikut. Kalau Ketua paderi datang baca surah al-Ihklas, wajib kita percaya apa ya ...
alien7749 Post at 14-1-2010 08:44
menilai ketepatan dgn hukum tu pun dah jadi masalah orang kita. Yang membawa nampak lebih alim, yg nak menerima baru nak belajar. kalau ketua paderi baca surah tu, pasti ada tafsirannya sendiri dan bukan boleh angguk sebarang. |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak bagi contoh iblis ajo abu hurairah ayat kursi? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Tongny at 13-1-2010 20:11
Assalamualaikum, saya sekarang sedang menghadapi masalah yg boleh dikatakan agak kronik. Saya sedang menghadapi masalah hilang kepercayaan kepada para ul ...
Tongny Post at 13-1-2010 19:36
kalau sedara nak bertaklid dgn ulama sekarang, memang lar menghadapi masalah. Dah akhir zaman, maka banyak lar rantingnya. semoga sdr tak putus asa. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 27-1-2010 15:11
Hilang kepercayaan terhadap ulama... hmm.. berat neh.. hilang kepercayaan kepada ustaz ok lagi.. ye la, ustaz Akhil Hayy pun ustaz gak kan...
OK la, ada perkara elok gak berhati hati dengan ulama ni, lebih lebih lagi ulama su' - ulama jahat...
Sabda Rasul saw bermaksud : ''Ingatlah, sejelek-jelek keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama.'' (HR ad-Darimi).
Abu Muslim al-Khaulani berkata, ulama ada tiga jenis.
Pertama: seseorang yang hidup dalam ilmunya dan orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya itu.
Kedua: seseorang yang hidup dalam ilmunya, tetapi tidak seorang pun hidup bersamanya dalam ilmunya itu.
Ketiga: seseorang yang orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya, tetapi hal itu menjadi bencana baginya.
Anas bin Malik ra. menuturkan sebuah hadis: ''Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su' ; mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu. (HR al-Hakim).
Menurut adz-Dzhabi ; ulama su' adalah ulama yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa, ulama yang memutarbalikan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam saja (di hadapan penguasa) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran.
Anas meriwayatkan: ''Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Kerana itu, jauhilah mereka. (HR Al-Hakim). |
|
|
|
|
|
|
|
astora jabat kategori ape ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Kategori gitu gitu la... :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
ulama' or hullamak or ular maa or..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|