CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6712|Reply: 23

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

[Copy link]
Post time 18-1-2010 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fantaghero1818 at 18-1-2010 11:02

salam..
di sini sy ingin berkongsi dengan kawan2...semoga dapat membantu..carilah kebahagian di akhirat.. semoga kita sama istiqamah membacanya..amin... (dipeetik dari http://nuursyifa.blogspot.com/20 ... -surah-al-mulk.html)

KELEBIHAN SURAH AL-MULKKelebihan Surah Al-Mulk

SurahAl Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkanpembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan sepertiyang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. IbnuAbbas menceritakan:

" Pernahsuatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Merekasebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapaketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orangmembaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnyadari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah diatas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulkadalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azabneraka."

Meskipunbegitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Disini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi manalelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya.Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Akusungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulksehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapamembaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalamkuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkarNakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnyadi dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah ituialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantubersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalamSyurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagiansurah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yangmengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepadaorang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka danmemasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "SesungguhnyaRasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkansetelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnyasurah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Iaakan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntutkelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapamengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atassayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnyasurah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsiadan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapatrahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semuamanusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapamembaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya iamendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala didalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satuseruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surahAl Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:26 AM | Show all posts
terima kasih TT..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:30 AM | Show all posts
InsyaAllah! Semuga kita sama2 dpt amalkan. My kids, bila dah pandai baca Quran, surah Al Mulk n Waqiah adalah surah wajib utk dibaca setiap hari. Ibu2 patut galakkan anak2 baca surah ni. Jadikan amalan dr kecil. Semuga amalan ini dibuat hingga ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:38 AM | Show all posts
Bagus surah al-mulk ni... Bila rasa takut pada azab kubur, surah ni yg dapat lindungi kita...
Jangan asyik hafal lirik lagu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:41 AM | Show all posts
Apalagi kalo Mishari Ar-Rasyid yg membacanya.Fuh!Sayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2010 11:53 AM | Show all posts
Hadis berkenaan surah al-Mulk adalah hadis sahih. Manakala hadis berkenaan surah al-Waqiah adalah hadis dhoif, sesiapa yang nak beramal pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:06 PM | Show all posts
6# jzzz

tulahhh... mmg sedap sgt dia baca surah Al Mulk nih!!!! mmg terlalu byk kelebihan surah nih kan...

apa2 pun nak tanya lah sesiapa kalau mlm sblm tidur kita baca surah nih waktu tengah baring, takpe ekk kalau kita cuma pakai pyjama atau tshirt jekk tak pakai tudung?? sbb masa baca tu sambil baring nak tidooo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 12:09 PM | Show all posts
8# zamnie

tu la trans pon selalu baca macam ni...takpa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:08 PM | Show all posts
I pun sambil baring je buka phone bc. Apa kt masuk dlm comforter tu tutup skt Surat kan hehe. Tp ustazh penah kt ok bc tk tutup aurat sepenuhnya cuma pahala kurang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 07:36 PM | Show all posts
Kat rumah bintang baca surah surah yang bintang da hafal sejak kecil semasa cuci pinggan, kemas bilik, goreng cokodok ..etc... pakai short berbaju T jek....

Takde nas yang menyuruh kita tutup aurat dengan sempurna kalo nak baca quran :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 08:33 PM | Show all posts
Tak tutup aurat tu ada syaratnya iaitu tak ada bukan mahram nampak.   
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 08:34 PM | Show all posts
Tak tutup aurat tu ada syaratnya iaitu tak ada bukan mahram nampak.   
ibnur Post at 18-1-2010 20:33


Duk umah sorang sorang jek antu pun tak berani jenguk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:23 PM | Show all posts
Kalau bc adab membaca Quran memang kena tutup aurat. But x berdosa lah x tutup aurat sepenuhnya. It's like bc Quran tanpa wuduk juga less pahala dgn yg berwuduk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 03:03 PM | Show all posts
gud info
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 06:41 PM | Show all posts
Duk umah sorang sorang jek antu pun tak berani jenguk
bintang Post at 18-1-2010 20:34


mana tau hantu dan jin tak jenguk.  entah-entah tengah tengok TV sama-sama.  tak tau ler kot jin kapir ke jin islam....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2010 08:29 PM | Show all posts
mana tau hantu dan jin tak jenguk.  entah-entah tengah tengok TV sama-sama.  tak tau ler kot jin kapir ke jin islam....  
ibnur Post at 19-1-2010 18:41


Tengah duk baca surah AL Mulk takde nya jin berani nak dekat..

Kalo tengah tengok pingu gamaknya duk sebelah, tumpang gelak sekaki

Jin Islam tak kaco manusia laa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 08:34 PM | Show all posts
Thanks......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 09:21 PM | Show all posts
jin islam pun ada yg kacau manusia...biasanya orang yang baik2 dia berkenan sgt...ada kes kawan saya punya adik diganggu jin islam sbb b erkenan dgn budi perketinya...ikut kemana saja dia pergi..ust yg datang nak halau dia pun siap bersilat tak pegi2 juga.nak halau dgn ayat quran pun dia memang baca so how?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 09:39 PM | Show all posts
Masa bintang belajar tafsir surah Al Jin... jin Islam dan beriman macam orang Islam yang baik baik dan beriman la... kalo yang kaco orang tu bukan jin Islam yang baik la... jenis rempit gak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.118475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list