View: 2848|Reply: 9
|
Pemimpin Palestin beri amaran"Al-Aqsa boleh runtuh bila2 masa"
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by OSMANLI at 20-1-2010 12:34
BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam.
Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).
Masjid al-Aqsa
agak2 apa tindakan pemimpin islam dalam isu ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tindakan kami akan buat miting.. miting.. cakap pung pang pung pang .. pastu balik claim.. masyukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak leh wat ape ape.. bleh tengok je la.. nak g serang kan die punye nuclear warhead beribu ribu lemon ade... nak gune diplomasi kan dorang tu pekak badak... dah memang tujuan asal dorang nak cari temple of solomon..
the secret society punye keje la ni.. bile runtuh masjidil adsa, maka pembinaan kuil solomon akan dibuat besar besaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
kes nak cari tongkat nabi sulaiman ler neh..
takpun tabut..
setau aku masjid sekarang bukan tapak asal..salah tolong betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by atai at 20-1-2010 15:33
berita lengkap..
Masjid al-Aqsa boleh roboh
Masjid al-Aqsa
Pemimpin Palestin beri amaran kesan buruk Israel gali bawah tanah
BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam.
Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).
Seorang aktivis Palestin, Raed Salah turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan al-Aqsa.
Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjidil Aqsa.
"Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada al-Aqsa," kata Raed.
"Kerajaan Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian," kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.
Beliau juga merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat al-Aqsa, terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Tayseer.
Oleh sebab itu, Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan.
Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah. Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.
Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku. Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu.
Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi, (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu. Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera.
(JCSER) menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
3# kucingblue
any excavation works memang ada high potential la nak kacau foundation..... |
|
|
|
|
|
|
|
tapak masjid al aqsa ni jadi rebutan 3 agama..islam kristian dan yahudi...apa kita nak buat?
kata pensyarah saya yang pernah melawat masjid ni...di tingkat bawah..underground ialah tempat sembahyang yahudi...kristian juga bertapak dari palestine...
di bawah underground ni juga terletaknya batu yang tergantung yg nak ikut nabi naik dlm peristiwa isra mikraj tu..mereka tau kewujudan batu ni dan tau dlm islam ada kisah mengenainya tapi hati memang tak kan terbuka utk terima hidayah allah...kerana pd mereka, mereka sahajalah bangsa yang mulia tiada bangsa or agama lain yg lebih mulia dari mrk... |
|
|
|
|
|
|
|
well whatever it is , there surely be the LAST HOUR and at that very moment ... they will realise something ...hmm... |
|
|
|
|
|
|
| |
|