CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30251|Reply: 129

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah (Mayat Orang Islam)

[Copy link]
Post time 26-1-2010 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by siawraet at 9-2-2010 15:53

Assalamualaikum WBT, muslimin & Muslimat...

Baru-baru ni saya ada menghadiri satu kursus jenazah di sebuah masjid di tempat saya.
Saya tidak berhajat untuk meng'teori'kan kursus jenazah tersebut di sini, cuma saya nak berkongsi sedikit
dengan pembaca budiman sekalian tentang pengalaman penceramah yang mengendalikan kursus tersebut di sini,
agar mana yang baik dan boleh diambil manfaat, kita jadikan tauladan. Jika sebaliknya, jadikanlah ia sempadan, dan hindarilah daripada perkara-perkara yang kita fikir boleh mendatangkan sebarang kemurkaan Allah SWT dalam hidup ini. Sebab, setiap peristiwa yang telah ditentukan Allah untuk disaksikan itu berlaku, mesti ada sebab dam musabbabnya. Kita diberi akal fikiran perlulah menilainya dengan hati terbuka.

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Segala permasalahan serta pro kontra yang timbul kesan daripada kisah yang dipaparkan, kita berbincanglah secara ilmiah
dan sihat serta penuh kematangan.

Kisah ini saya cerita secara umum. Nama, tarikh, lokasi kejadian dan apa-apa yang berkaitan dengan peristiwa ini tidak akan dinyatakan secara terperinci. Saya hanya nak bercerita secara umum sahaja. Sebab yang penting, ialah manfaat yang nak diambil dari kejadian itu. Sebarang soal-jawab tentang perkara ini awal-awal lagi saya nyatakan, TIDAK AKAN DILAYAN.

Baik, saya akan mulakan.....

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,
kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari
bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan
pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)
di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu....



Bersambung pada posting ke-13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 02:14 PM | Show all posts
Tengah syok-syok baca tetiba ada iklan tak pe nanti sambung ya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 02:42 PM | Show all posts
Tengah syok-syok baca tetiba ada iklan tak pe nanti sambung ya...
melati00 Post at 26-1-2010 14:14



hehe...tau xper...
xsbr nk tgu smbgan nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 02:58 PM | Show all posts
lorr tak ade sambungan lagi

lepas asar ler jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:00 PM | Show all posts
tak payah sambung pun takper
aku dah tau ending
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:01 PM | Show all posts
5# gigitbite


ko sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2010 03:05 PM | Show all posts
tak payah sambung pun takper
aku dah tau ending
gigitbite Post at 26-1-2010 15:00



aper ending nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:12 PM | Show all posts
Mne smbungannye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 03:18 PM | Show all posts
aper ending nyer...
lamometomemeto Post at 26-1-2010 15:05

tunggu jer owner yg sambung

kalo aku sambung bkn ada org bayar pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:22 PM | Show all posts
Samada dia sedang berzikir lama, tertidur, tempat dia bersolat dan PC jauh, sedang berfikir tambahan cerita selanjutnya, .....  dan lain lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:51 PM | Show all posts
La, macam ASTRO la pulok.

Takpe, aku buleh cerita lain punya. Seorang ustaz, masa kuliyahnya, pernah dia memandikan mayat, bawah mayat ada ular. Ada mayat yang berubah muka seolah2 muka binatang. Pengajaran dari kisah tu, ustaz tu kata jangan kita rasa bahawa kita ni masih Islam, walhal Islam telah lama tercabut dari kita. Ada pelbagai perbuatan yang menyebabkan terbatal Islam kita, seperti menolak hukum al-Quran, mempersendakan agama, syirik pada Allah dan mengatakan ada yang lain yang berkuasa dari Allah, etc. Dan ada 400 lebih perkarayang menyebabkan terbatalnya Islam kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 04:04 PM | Show all posts
sambung plsssss!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by siawraet at 26-1-2010 16:19

Hahahahaha..macam-macam lar korang nie....
Sori lambat sambung. Biasa lar, yang tukang cerita ni pun ada masa nak mamam,
nak melepas, nak pakai spender, nak zip seluar, nak menjawab tepon, nak on balik kompiternya
di'off' sebelum solat tadi, nak pecah kapla nak buat ayat bagi korang tak boring baca....apa2
pun harap kowang semua terhiburlah hendaknya yerk.....yuckkss....



*****************
*****************
*****************


Voilaaa.....ni lah endingnya...........


Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.

“Hello, ustaz M ye?”... satu suara bertanya.

“Ya, ustaz M bercakap”.

“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.

“Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...”, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.

“Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ”, balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan...

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr....Seolah-olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya..



TAMMAT episod kali ini....





NOTA:

Episod akan datang:

IMAM MUDA BERUMUR 28 TAHUN MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.

.....Tunggguuuuuuuuuuuuu...........
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 04:16 PM | Show all posts
Hahahahaha..macam-macam lar korang nie....
Sori lambat sambung. Biasa lar, yang tukang cerita ni pun ada masa nak mamam,
nak melepas, nak pakai spender, nak zip seluar, nak menjawab tepon, nak on balik kompiternya
siawraet Post at 26-1-2010 16:09

bkn kompiter tp kampiuter
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 04:26 PM | Show all posts
interesting.... tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 05:19 PM | Show all posts
hmmm... susah tul nak bangun mlm nih!!!!! Ya Allah berikan lah kekuatan utk bangun solat mlm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 06:38 PM | Show all posts
heran gak kan....camana penulis boleh tau apa yang di katakan oleh pihak hospital tu semasa pebualan telepon tu... petik sikit apa yg ditulis...
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.

“Hello, ustaz M ye?”... satu suara bertanya.

“Ya, ustaz M bercakap”.

“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.

“Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...”, ustaz M memberi kepastian dalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 06:58 PM | Show all posts
13# siawraet

Macam-macam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 07:02 PM | Show all posts
13# siawraet

Bila nak sambung dgn ceta baru.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 08:12 PM | Show all posts
heran gak kan....camana penulis boleh tau apa yang di katakan oleh pihak hospital tu semasa pebualan telepon tu... petik sikit apa yg ditulis...
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
...
monorail Post at 26-1-2010 18:38


Macam dialog dalam cerpen la pulak kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078578 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list