CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 6

Tanggugjawab sama hebat lelaki dan wanita

[Copy link]
Post time 4-2-2010 10:53 PM | Show all posts |Read mode
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi

menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang

ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya

diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 12:33 AM | Show all posts
nasib bek org laki xhamil!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:35 PM | Show all posts
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perem ...
seksyen323 Post at 4-2-2010 22:53


Betul kan jika saya salah..apa yang tahu setiap lelaki dan perempuan yang sudah baligh akan menanggung dosa masing2, tapi bapa akan menanggung dosa  sekiranya dia tidak mendidik isteri dan anak2 lelaki dan anak2 perempuannya ke jalan Allah dan membiarkan mereka2 itu melakukan maksiat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 01:45 PM | Show all posts
Betul kan jika saya salah..apa yang tahu setiap lelaki dan perempuan yang sudah baligh akan menanggung dosa masing2, tapi bapa akan menanggung dosa  sekiranya dia tidak mendidik isteri dan anak2 l ...
abbyhoney Post at 5-2-2010 15:35


Yup2...so far...W pun dpt info mcm u jgk..setahu W la...ade mmber len yg kata..dosa yg ayah tanggung thadap isteri & anak perempuan yg dh baligh tu..ade percentage..means..contohnye la..anak prempuan yg dah baligh mayb 60% dosa die buat die tanggung..and mayb yg 40% lagi tu dad die tanggung..something like that..kalu info ni salah/xtepat..ke pe2..member2 yg arif psl ni tlg betul kan yea??...

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil)


Thanx 4 t info TT...W sblum ni x tau pulak ade syahid besar & syahid kecil...nnt kalu sesape tahu psl ni bleh la share info ngan W & mmber2 semua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 01:57 PM | Show all posts
ada untung n rugi jadi wanita ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:08 PM | Show all posts
Juzz nk add info skit...about "berjihad fisabilillah"

Sbb..jihad..yg angkat2 senjata ni kira x brape relevan kt M'sia ni..ehehehe...

Jihad fisabilillah yang paling berat adalah berjuang memerangi hawa nafsu, bagaimana kita memerangi syetan yang ada dalam tubuh ini. Justru nafsu inilah yang sangat sulit untuk diperangi karena teramat halusnya syetan ini bersemayam dan lalu menghembuskan bisikan-bisikan manis tetapi penuh racun. ...

Nafsu kesombongan, amarah, merasa dirinya mampu, merasa lebih pintar, merasa lebih kaya, merasa lebih khusyuk. Perang melawan hawa nafsu inilah perang yang sangat besar dalam sejarah manusia, karena perang ini hanya berakhir ketika ruh ini lepas dari tubuh yang fana ini...

simple xplanation..tp full of meaning...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2010 09:40 PM | Show all posts
2# benjamin91
tp tanggungjawab lelaki besar bro..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.669249 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list