View: 3256|Reply: 3
|
Artis Realiti Sertai Uji Bakat AF8
[Copy link]
|
|
![](http://media.mit.net.my/photo/59/1182010_artisaf8(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 4 FEB 2010: Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selamanya. Itulah falsafah hidup yang dipegang oleh 3 bekas program realiti TV yang dijumpai sewaktu menjalani uji bakat Akademi Fantasia 8 (AF8) yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Mereka adalah Afif daripada MyStar LG1, Alfie (Top 6 Mentor 2006) dan Shiha (Prelude AF3).
Sungguhpun mereka tidak berjaya melepasi program realiti yang disertai sebelum ini, namun ketiga-tiga mereka mengakui tetap tidak berputus asa untuk mencuba serta mencipta nama dalam industri hiburan. Malah, ada di antara mereka yang sudah pun mempunyai perancangan untuk mengeluarkan single masing-masing.
Ikuti apa kata mereka:
Afif (MyStar LG1)
Sekalipun gagal melepasi cabaran MyStar LG1, Ahmad Aliff Afif atau Afif yang dilaporkan sedang hangat bercinta dengan bintang AF4, Salima mengakui tidak pernah serik untuk menyertai mana-mana program realiti TV yang lain.
"Ini kali ketiga saya menyertai uji bakat AF. Tahun lepas, saya lepas sehingga peringkat ke-3. Terus-terang Salima dan ibulah yang banyak mendorong saya menyertai uji bakat. Malah, sehari sebelum datang audition, saya ada berlatih dengan Salima.
"Walaupun saya dah masuk Mystar LG, tapi saya rasa AF jauh berbeza dengan Mystar. Sebab itulah saya nak cuba nasib," katanya yang bakal menyanyikan lagu untuk drama Cikgu Kemisah Kirkby di RTM.
Alfie (Top 6 Mentor 2006)
Selain menjadi peserta Mentor, Syed Alfrizal Syed Alwi atau Alfie yang pernah menjadi peserta Top 20 One In A Million (OIAM) berkata, penyertaannya kali ini hanya mencuba nasib saja.
"Ini adalah percubaan terakhir Alfie setelah gagal dalam Mentor dan One In A Million. Alfie akan berhenti menyanyi jika sekiranya tidak dipilih masuk menyertai AF8.
"Malah, Alfie juga sudah ambil keputusan untuk beralih ke bidang penyiaran dan belakang tabir berdasarkan latar belakang pengajian sedia ada", kata Alfie yang baru menamatkan pengajian di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) dalam bidang penyiaran.
Shiha (Prelude AF3)
Wajah Shiha pernah menghiasi konsert prelude AF3. Malah, wajah dan kelibat gadis manis ini sentiasa kelihatan dalam setiap musim uji bakat AF. Malah, nama Shiha sekali lagi tersenarai sebagai pelajar Top 26 AF pada tahun lalu.
"Saya tak pernah serik untuk mencuba. Saya harap sangat supaya dapat menjadi pelajar AF8. Sekiranya saya tak berjaya, saya akan terus menjadi penyanyi di Hotel Zone, Kuala Lumpur, " ujarnya.
*credit Murai.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
usaha tangga kejayaan..he he he |
|
|
|
|
|
|
|
Afif MyStarz neh digosip bf Salima kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|