View: 16701|Reply: 36
|
Rangka Manusia Zaman Mesolitik Di Gua Bewah (Terengganu)
[Copy link]
|
|
Rangka manusia zaman Mesolitik ditemui di Gua Bewah
HULU TERENGGANU: Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, yang menjalankan kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir, sejak tiga bulan lalu, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.
Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
"Rangka pra sejarah itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (sm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.
"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan," katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, dan media melawat ke gua berkenaan di sini hari ini.
Nik Hasan Shuhaimi berkata, penemuan rangka manusia pra sejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.
Beliau yang mengetuai kerja ekskavasi bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah, dan 33 anggota cari gali lain berkata ia adalah penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.
"Selain rangka manusia turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah yang dipercayai dari zaman Neolitik.
"Di antara serpihan tembikar itu terdapat serpihan yang tertulis corak seakan-akan tulisan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha cari gali bagi mencari artifak bersejarah lain.
Katanya, artifak yang ditemui di Gua Bewah tidak akan ditempatkan di muzium, sebaliknya dikekalkan dan diletakkan dalam bingkai kaca untuk tatapan pengunjung.
"Kita tak bercadang untuk bawa pulang artifak yang ditemui dan kita akan kekalkan ia di sini dalam usaha kita menarik kedatangan pelancong ke negeri ini dan ke Tasik Kenyir," katanya.
Bagi meneruskan usaha cari gali artifak bersejarah di gua berkenaan, Ahmad berkata gua itu akan ditutup sementara mulai hari ini kepada orang ramai.
- Bernama
*************************************************************
...kalau ikut dari segi sejarah (rasanya ada dalam syllabus Tingkatan 4 Sejarah tak silap saya)
zaman mesolitik ni lepas neolitik - dan dalam buku sejarah form 4 tu mentioned malaysia tak pernah melalui
zaman mesolitik....
...nampaknya that's about to change, eh.... sebab dah dikesan kat Gua Bewah di Terengganu ni -
interesting finding nevertheless untuk historian - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah, nampaknya boleh dikaitkan dgn teori atlantis |
|
|
|
|
|
|
|
kalau "perak man" rangka manusia zaman paleolitik yg ditemui di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak disemadikan dengan kulit2 siput yg banyak dan kerana itulah tulang rangka dia bertahan sampai hari ini......
bagaimana pula dgn rangka manusia yang baru ditemui di Gua Bewah? adakah dalam keadaan yang sama? |
|
|
|
|
|
|
|
di msia ni, rngka2 tertua yg dijumpai ialah perak man di perak, rangka di gua kat gua musang kelantan dan terbaru di terengganu ni
-nampaknya betul la ada manusia sebelum adam
-dexa, bukan selepas neolitik, tp sebelum neolitik
paleolitik>mesolitik>neolitik |
|
|
|
|
|
|
|
di msia ni, rngka2 tertua yg dijumpai ialah perak man di perak, rangka di gua kat gua musang kelantan dan terbaru di terengganu ni
-nampaknya betul la ada manusia sebelum adam
-dexa, bukan selepas n ...
sekngucing Post at 6-2-2010 21:04
adam tetap manusia pertama ........
.... yg elok dipertikaikan adalah cara kiraan usia tulang2 or barang2 lama tu ... byk yg mengarut je |
|
|
|
|
|
|
|
banyak teori sejarah yg kita belajar bercanggah dengan penemuan demi penemuan
kalau berminat tentang kajian sejarah melayu/nusantara boleh lawat
blog ni http://mistisfiles.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
kalau benar mereka umat nabi nuh, kenapa masih hidup tak bertamadun? bukankah nabi nuh pakar haiwan, mcmana pakar haiwan ada umat yg perangai mcm haiwan, duduk dlm gua? |
|
|
|
|
|
|
|
klaka la, tempat nak kena bah banjir besar bleh lagi duk dlm gua. ada x kesan fosil hidupan laut cam cengkerang or batu karang?
dijumpai dlm keadaan merengkok dlm kedalaman 40 - 60 cm? so, lapisan tanah tu adakah bemakna dia ditanam? atau lapisan tanah tu asal dari bah besar? mana satu? kalu ya (termasuk ada fosil hidupan laut kat sekitar gua), baru la rangka tu ada kaitan ngn bah banjir besar. kalu x, faham2 je la... |
|
|
|
|
|
|
|
1# dexa
eh, apasal pulak tak de?
ada ler..
memula zaman mesolitik, --- zaman batu awal
kendian paleolitik --- zaman batu pertengahan
then neolitik --- zaman batu akhir (baru)
zaman logam --- masa nih org dah pandai buat perabot dan senjata drpd besi.
jadi, tapak tersebut melalui beberapa zaman lah
kalu ada tembikar yg berukir bermakna itu dah zaman neolitik -- sebab manusia purba zaman tuh, dah mula kenal batu kawi, menghias tembikar, buat anting2 and so on.
nih sejarah tingkatan 1 masa sara sekolah dulu
fakta yg fresh drpd buku teks... kalu buku teks tuh tipu, maka sara pun tertipu lerrr |
|
|
|
|
|
|
|
7# aizverus
ha'ah.
masa zaman ais cairlah terbentuknya pentas sunda skrg
dulu kepulauan melayu nih bersambung ngan benua asia tuh
lepas zaman ais cair, banjir besar, then wujud gugusan kepulauan melayu
masa tu mula turunnya melayu deutro (generasi kedua)
yg kemudiannya push melayu pruto ke kawasan pedalaman sbb mereka ingin menguasai perairan dan pantai |
|
|
|
|
|
|
|
11# aizverus
kena ingat org zaman purba menjadikan kawasan gunung, bukit dan gua sbg tempat kediaman
gunung pulak tempat suci utk munajat kpd dewa dewi dan menyimpan mayat / sama ada dikebumi atau diletak atas para (mcm adat org indian pun ada gak) |
|
|
|
|
|
|
|
aiz, duk kat atas gunung pun bahaya gak. sasaran mudah kena kilat...huhu
Pada Masa Nan Lalu.
Paleolitik
Mesolitik
Neolitik
Logam |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya buku teks akan ada perubahan nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang x reconstruct lagi kan rupa org purba tu? |
|
|
|
|
|
|
|
-adakah bangsa melayu sekarang ni adalah keturunan melayu deutro?
-mcmana dgn empayar2 klasik melayu-hindu-buddha? adakah dibina melayu proto?
-mcmana dgn perpindahan penduduk dari indoadakah org asli sekarang ni keturunan melayu proto? |
|
|
|
|
|
|
|
Rangka remaja 11,000 tahun di Gua Bewah
INILAH rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik yang ditemui
di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU - Selepas dua dekad penemuan rangka manusia purba Perak Man di Lenggong, Perak, kini wilayah Pantai Timur Semenanjung pula menjadi perhatian dengan kejayaan menggali rangka manusia dipercayai masih di peringkat umur remaja yang hidup 11,000 tahun lalu.
Rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik itu ditemui dalam keadaan mengerekot seperti bayi di Gua Bewah, Tasik Kenyir dekat sini November tahun lalu dan dipercayai antara kelompok manusia terawal di Terengganu.
Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku penyelia ekskavasi tapak, Profesor Datuk Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, ia ditemui dikebumikan dekat sebuah batu besar, tempat pilihan untuk kubur bagi manusia zaman itu atas kepercayaan ia menjadi pelindung mayat. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap saya , ramai orang asli menetap di sana sblm Tasik Kenyir diwujudkan..
sekngucing : bangsa melayu sekarang dah banyak mix.. nak cari yg original?? kena selidik.. hehehe dan juga Adam adalah manusia pertama yang diturunkan ke bumi.. kena rujuk kitab2 & sebagainya sblm membicarakan sesuatu berdasarkan andaian kerana ianya melibatkan akidah kita...maaf kalau tersalah bahasa & kurang tepat..saya manusia biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sekngucing at 8-2-2010 01:02
bngsa melayu belah2 selatan ja bnyak mix dan cmpur sunda, batak, jawa, mandailing, minakabau semua tp belah2 utara, kalau mix pun mungkin mix dgn mon-khmer, siam dan campa saja
-maksud saya manusia sebelum adam ialah, bukan betul2 manusia, tp makhluk berkaki dua yg menyerupai manusia
-mustahil adam yg dibuang dari syurga menjadi begitu tak bertamadun sehingga mengguanakan kulit haiwan jadi pakaian, memburu guna batu, baru jumpa api, dan duduk dlm gua |
|
|
|
|
|
|
|
Penemuan yang menarik, tak sangka kat Terengganu ada penemuan sebegini. Mungkin ada lagi yang sedang dalam kajian para penyelidik. Hanya tunggu masa sebelum pengumuman rasmi. Perlu selidik susur galur DNA tulang ini, dan cuba cari kaitan antara penemuan2 lain di Benua Australasia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bngsa melayu belah2 selatan ja bnyak mix dan cmpur sunda, batak, jawa, mandailing, minakabau semua tp belah2 uatar, kalau mix pun mungkin mix dgn mon-khmer, siam dan campa saja
-maksud saya manusia s ...
sekngucing Post at 7-2-2010 17:33
Betoi tu.Aku mix dari Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu.Makanan dari Kedah,Terengganu,Kelantan ,Pattani semua masuk dengan jiwa aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|