View: 16554|Reply: 80
|
Camner korg nak markup harga?
[Copy link]
|
|
Saya berniaga kecil2an, cam kat pasar malam, 3x seminggu. Barangan aksesori wanita & kanak2. Saja nak tau, pd siapa yg involve dlm perniagaan pasar malam, cam ner nak mark up harga utk jualan?
Saya buat ikut barang- ada markup sekali ganda, ada yg sampai 5x ganda dr harga kos brg. Sebenarnya, nak letak tinggi sgt pun, rasa kesian gak ngan pembeli. Tapi if letak harga rendah lak, peniaga lain yg jual benda yg hampir sama, tak suka lak. Macam saya dah mainkan harga barang camtu. Masalahnya, diorg mark up tinggi sgt. Contoh, spek yg beli harga rm5 jual sampai rm30-40. Saya jual rm15 jer. So bila diorg dah sound, terpaksa gak ikut harga diorg.
So camner korang letak harga ni?
Thanks for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
wow tak sangka ek margin keuntungan besar mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu direct importer, makup 120% keuntungan.. untuk selaraskan harga dengan supplier lain... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm, cam tu, untung best la. Maybe betul la kata org (member chinese yg bagi falsafah ni) if nak berniaga, takleh kesian kat org, sembelih jer... |
|
|
|
|
|
|
|
1# happydot
if you cannot beat them, join them!
Kalau dah harga pasaran kat pasar malam mcm tu terpaksa lah ikut. Hubungan baik dengan peniaga2 lain perlu dijaga. |
|
|
|
|
|
|
|
jual la barang2 online. orang pun suka dapat murah. |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga yg sentiasa bersaing harga hingga dropkan harga gila2 akan menjatuhkan perniagaan org lain, kebiasaan perniagaan macam tu sekejap jerk bertahan, lepas tu, bungkus la perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut harga pasaran...jgn ikut rege suka ati coz leh condem market yg dah mmg gitu...
or maybe spec yg u kata tu lain gred kot coz setahu saya spec ada byk gred (ada geng jual kat uptown ni ha) & tgk dia jual ada yg rm10,rm15,rm25,rm100 & etc...
apepun its better jgn langgar rege peniaga lama sekitar situ...takut jd gaduh je...
tp kadang2 itu semua taktik peniaga juga...letak rege mahal tp rege bisik2 lain so kena pandai2 la... |
|
|
|
|
|
|
|
10# mamanelly
saya pun biasanya ikut harga pasaran sbb harga pakaian nie tak kekal lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by happydot at 10-3-2010 17:34
Post Last Edit by happydot at 10-3-2010 17:30
mamanelly... ya, if perhatikan betul2, mmg ada beza dr segi kualiti brg tu tapi still diorg nak harga sama jer. so ikut jer la. if ctmr tawar, saya turun harga if not saya buka harga lebih kurang je ngan peniaga lain. Contoh, spek tu. Saya beli harga rm2 je. Mula2 sya jual rm10... tapi peniaga lain tak senang, takut ctmr tak beli stok diorg ( Maybe coz kadang ctmr tak perhati sgt kualiti, yg penting murah...) Diorg advise sya jual rm20 above. Coz stock diorg harga average ialah rm5-7. Beza pd spek tu, yg sya punya, tertulis Nama brand je.. diorg nyer ada logo... Tapi diorg takde argue dr segi design or kualiti, so saya pun diamkan je la.
vandergoh, setuju gak. tapi sebenarnya saya baru lagi so tak reti sgt nak letak harga, bukan intention nak rosakkan market. lagipun brg sya dpt stok harga murah. so ingatkan if markup 2x ganda or 200% dah memadai. But now, mmg dah ikut harga pasaran.
Tapi ada beberapa jenis barang yg saya jual, peniaga lain mmg takde jual. so saya letak harga tu ikut suka la. Tu yg wondering cam na nak markup price tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah mark up sampai 700% |
|
|
|
|
|
|
|
orang jual air, mark up 1000% |
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la |
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48
yer ker?1st time dgr...
utk TT, ikut jer market value....selain utk elakkan pergaduhan..bleh juga maintainkan kuasa menjualll.... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48
dalil ada ? |
|
|
|
|
|
|
|
klu untung 100% je mcm mana plak ngn kos2 lain mcm ngn pengangkutan, pekerja dsb...mmg ada panduan dlm islam mengenai mengira keuntungan ni tp aku sdr pun tak pnah baca...cuma sepanjang aku berniaga ni biasa 200% ke atas...sbb selain dr kira harga modal aku kira gak penat lelah aku cr brg, minyak kete aku, gaji pekerja, sewa kedai lg, api, air, dll.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lafamilia at 11-3-2010 09:55
Ni aku jumpa di http://www.pakdi.my/blog/had-keuntungan-perniagaan-dalam-islam/
Sesungguhnya dalam Islam tiada ditetapkan peratusan keuntungan tertentu yang dihadkan kepada peniaga. Boleh untung 100% sahaja, atau mungkin tidak lebih 200%. Ia perlu ditentukan sendiri oleh peniaga.
Sekiranya ada ketetapan contohnya boleh untung sampai 200% sahaja, andaikan anda sudah balik modal, dari RM 1000 yang dijadikan modal, maksudnya anda boleh cari untung hanya sampai RM 2000? Lepas tu kena tambah modal baru, penuhkan limit untung 200% dan ulang-ulang tindakan yang sama. Begitukah?
Tidak, bukan begitu. Tidak boleh hidup kalau berniaga dalam Islam begitu. Tiada had untuk profit margin & pricing dalam Islam.
Pricing memang satu isu yang kritikal dalam sesuatu perniagaan. Bila ia terlalu murah atau terlalu mahal, pelanggan tidak akan datang ke kedai kita. Harga perlu diletak within market price.
Macam mana nak tentukan market price?
Untuk perniagaan, ini perkara yang subjektif. Anda perlu cuba beberapa harga dari masa ke masa hinggalah sampai ke harga yang diterima oleh majoriti pelanggan. Tetapi dalam jual beli saham, ia menjadi mudah kerana sudah ditentukan oleh stock exchange. Tapi Warren Buffet beli saham guna fair value buy something on discount, remember?
Harga yang kita letak juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor selain supply & demand. Contohnya, Mat Burger Tepi Jalan paling tinggi pun boleh jual burger sampai RM 4, itu pun burger super special. Tapi McDonald’s jual burger sampai RM 10 pun orang masih nak beli lagi.
Justeru, walaupun produknya adalah sama iaitu burger, tetapi market price bagi burger tepi jalan dan burger fast food restaurant tidak sama.
Sama juga yang berlaku dalam hartanah, rumah 4br/3ba yang dijual di Pajam, NS hanya berharga RM 140,000. Tetapi rumah 4br/3ba di Cheras boleh mencecah RM 700,000. Apakah yang membezakannya?
Jadi peniaga dibolehkan cekik darah dalam Islam?
Kalau dah peniaga kedai makan jual air suam RM 0.50, anda janganlah beli. Semudah itu. Gunakan hak anda sebagai konsumer. Kalau dia bagi air laici masam, jangan bayar. Anda kan order air laici manis. Dalam istilah fiqh ia disebut khiyar. Maksudnya, urusniaga tersebut boleh dibatalkan mengikut kaedah & syarat tertentu.
Memang ada yang ambik kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati. Ajarlah mereka dengan kuasa anda sebagai pengguna. Tetapi perlu diingat, keadilan dalam Islam diberi kepada kedua-dua belah pihak, peniaga dan penjual.
Penjual kuih tepi jalan tu pun ada anak-anak yang masih bersekolah, ada mulut yang perlu disuapkan susu, nasi dan dipakaikan baju. Harga barang mentah bukan dalam kawalan mereka. Jadi, kalau dihadkan keuntungan peniaga semata-mata nak puaskan hati pembeli, itu boleh jadi zalim kepada peniaga pula.
Sesungguhnya adil itu hanya Allah swt sahaja yang tahu pengiraannya yang sebenar. Dia yang melapangkan, Dia juga yang menyempitkan. Itu semua dalam kekuasaan Allah swt.
Tetapi kalau kita boleh faham konsep semulajadil supply & demand serta kesannya kepada harga di pasaran, kita akan segera mengakui kebesaran Allah swt dalam mentadbir alam ini.
Wallahua’lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48
dr pg tadi saya search cari dalil siap call org bijak pandai....xde pula kata gini...
saya assume awak lebih mengetahui jd leh x sertakan dalil sekali...kalau x bagi mane2 ayat2 al-quran yg betul2 ada sahkan..
bahaya tulis ayat mcm ni kalau xde bukti coz aniaya org lain je...terutama org mcm TT yg sedang cari info...
pemahaman saya setelah saya bertanya & search pendek cerita saya boleh tulis ISLAM ITU ADIL & TIDAK PERNAH MENGANIAYA umatnya..
amin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|