CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24712|Reply: 142

Sejarah Donia Am - Kampoi Smua Skali!

[Copy link]
Post time 14-3-2010 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by genot at 14-3-2010 00:25

Aku baru jumpak buku sejarah donia LCE punya, Sijil Rendah Pelajaran.... kitab sejarah skolah2 besa berubah2 kan, ni kitab marican punya selenggaraan, ahahahahaha saja letak cenggini memandangkan ada mawas2 dr negara hebat yg x bedonia ngan orang, ntah2 kitab sejarah depa pon x thu ngaji apa... tu pasi beng2 ajah pala hotak kat dia punya bonggoi mata, macam sumanto makan dagin orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2010 12:34 AM | Show all posts
Ini kitab rujukan kita cetakan ketiga tahon 1964 har... bab perkataan2 kuno tu aku consult kat kawan aku dr Thailand n Cambodia. Bukan suka2 nyang aku buboh n bukan sebahagian drpd rujukan dalam satu kitab ajah.

Kurun Sebelom Masehi

1. 1,000 SM - 8, 000 SM Zaman Paleolitik atau Zaman Batu. Peralatan manusia mengguna batu sahajo.

2. 8, 000 SM - SM 2, 000 Zaman Mesolitik, manusia maju sikit, masih guna senjata batu, tp bentuk barang2 makin lama makin chun. Manosia dok dalam gua batu, dah tau cara nak dapat api, n reti memburu dah.

3. 2, 000 SM - 300 SM waktu ini panggil zaman Neolitik. Ini zaman manusia kat kawasan Asia Tenggara baru kenal penggunaan besi, gangsa, bagai. Manusia pon dok kat tebing2 sungai n wat kampong. Perkataan kampong asal dr basa Khemir maksud dia penempatan dekat pelabuhan n sungai2. Manusia wat umah, perahu, periok belanga, n cucuk tanam. Perkataan tanam asal dr bahasa Mon, maksud dia tumbuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 12:55 AM | Show all posts
Kependudukan di Semenanjung

Melayu Proto

Sejarawan smua stuju, tok nenek orang Semenanjung yg anak2 negri datang ke Semenanjung semasa zaman Neolitik (Besi). Dia orang masuk dengan beberapa gelombang. Gelombang yang pertama masok ke Semenanjung n seluruh kawasan Asia Tenggara dikenali secara umumnya sbg Proto Melayu atau Melayu Lama. Zaman sekarang ni, orang2 Melayu Proto ini dikenali di kawasan selatan Semenanjung sebagai orang Aslian Mon-Khemir. So, pak Hindun, jangan kecewa noh sebab Pulau Jowo khususnya, bukan tempat asal orang Melayu yg hangpa sayang bangetttt itu.

Hahahaha, dorang masih wujud lagik n sebahagiannya ada yg menganut ajaran Islam macam orang suku Semai. Kalo kengkawan compatriot kita penah dengar yg nama Abot dolu berasal dr Negri Sembilan. Abot, bukan Minang Sembilan, dia orang Semai suku Mon-Khemir Selatan n sub-kaum Melayu Proto.

Kalo di kawasan Utara Semenanjung, orang Melayu Proto diwakili oleh orang2 yang mengaku sebagai Melayu di Kelantan, Kedah, Perak Utara n Terengganu.

Tempat asal orang Proto Melayu yang sebetul2nya bukan dr China Selatan, tapi dr India Timur. Mereka masuk melalui kawasan Himalaya di Burma sana sejak sebelum Masehi n mereka ini termasuk dalam golongan Mongol India zaman purba di samping orang Kirata (Tibeto-Burma).

Kajian ni dijalankan oleh sejarawan2 India, Nepal, n x ketinggalan sejarawan dr Barat juga berdasarkan kitab2 Hindu Purba seperti Ramayana, Manusmarthi (Undang2 Kasta n Bangsa Hindu) n Mahabharata (bukan Mahabharata Jowo atau BharataJowoDvipam yg celup tu). Kepercayaan animisme orang2 Proto Melayu ini ada kelihatan dalam agama Hindu n Buddho masa kini. Ini orang2 jugak tidak identical dengan orang etnik Thai-Kradai atau etnik Laos.

Melayu Deutro

Ini orang Melayu gelombang kedua yang masuk selepas orang Melayu Proto. Nenek moyang mereka ini baru masok dr kawasan Yunnan di China Selatan masa kini selepas orang2 Melayu Proto sudah establish n sudah ada kerajaan2 n penempatan. Pulau Jowo pasti dah ada penempatan manusia pon sebelom itu, sebab Java Man sudah ada dolu sejak zaman sebelom nabi Adam, so pasti tiada kaitan dengan kemasukan bangsa2 Mongol dr Utara

Orang Melayu Deutro ini jugak nenek moyang kepada orang Thai n orang Laos. Jugak mereka ni nenek moyang orang Tai-Shan di Burma sana, serta nenek moyang kpd orang2 Austronesia yg dok belayar di sekeliling pulau2. Cuma bezanya, yang kekal di Nan Chao n Yunnan sana, mereka dah diserang oleh orang Han. Bahasa mereka dah sedikit sebanyak terpengaruh dengan puak Han, n stengah mereka mengaku jadi orang Han Selatan walaupon asalnya nenek moyang sama dengan Melayu Deutro I have several proves concerning Thai-Kadai language n Malay language nowadays n yg x sama langsong dgn perkataan orang2 Proto Malay sb Proto Malay banyak terpengaruh dgn Hindu words. Thai-Kadai people still have similar feature with colloquil Malay today bukan sebab perhubungan zaman penjajahan Sukhothai di utara ajah masa kurun ke-12 M, tp sebab persamaan nenek moyang... malas nak letak ajah sb banyak sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 01:13 AM | Show all posts
Budaya Semenanjung Purbo

Walopon masa zaman Neolitik, orang Semenanjung Purbo (Mongol) di Tanah Besar Asia Tenggara x smua pakai barang logam, tp tamadun dorang hampir nak setaraf dengan tamadun2 kat benua India sana sebelom kawasan2 dalam benua India ditakluki orang Arya sekitar 2,500 SM. Kepercayaan mereka banyaknya berkait dengan roh2 alam sekitar (animism).

Dorang dh reti wat umah nak berteduh, bercucuk tanam, tangkap ikan, jerat burung, n duduk dalam kampung2 tepi sungai, ada jugak datok2 penghulu yg jaga hal ehwal kampong2 dorang. Kerajaan2 banyaknya mula nak wujud pada sekitar kuron ketiga sebelom masehi di kawasan Kelantan, Utara Semenanjung n Segenting Kra serta Tengganu. Zaman peralihan sekitar kurun ke-3 SM tu, orang India Purba n Cina Purba dah mula sampai berdagang di pantai2 di Semenanjung. Lepas tu barulah besi n gangsa diperkenalkan masuk dengan meluas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 01:43 AM | Show all posts
Semenanjung abad pertama masehi

- Orang2 tempatan yg dolu2 masok tinggal di kawasan Semenanjung berniaga dengan orang2 luar di pantai2.
- Ada orang2 meniaga India yg kaya2 datang berniaga n menikah sekali dengan anak2 pembesar tempatan.
- Hasil perkahwinan orang2 India ni dengan anak2 perempuan pembesar2 tempatan, menimbulkan kerajaan2 bercorak Hindu di Tanah Besar Asia Tenggara termasuk Semenanjung.
- Zaman dolu n skang neh beza la kowt, zaman dolu agaknya orang2 x ramai mcm skarang n tempat2 penempatan terletak kat sekitar kawasan sungai atau dalam utan2 yg x ditebang, kenderaan moden pon x ada macam skang.  

Pengaruh Hindu (India)

- Semenanjung terletak di jalan laut menghubongkan India dengan China serta Asia Tenggara kepulauan melalui jalan laut.
- Satu pihak, org2 kawasan Semenanjung akan berdagang dgn pedagang2 Indu, n satu pihak lain, dorang berniaga dengan orang2 dr China, hubungan perniagaan ini sbenarnya dh wujud sejak kurun ke-3 SM.
- Kurun ke-3 SM dolu, orang2 India n China berdagang dengan jalan darat masuk dr Utara (Burma n kawasan negara Thai hari ini). Kurun ke-3 SM ni Brahmin2 Indu mula masuk dengan jalan darat jugak sb Brahmin2 Indu x leh lintas laut.
- Kurun ke-2 SM, orang ramai mola guna jalan laut lak. Dua2 tamadun India (Indu) n China memang ada tinggalkan kesan kat orang2 dalam Semenanjung.
- Pengaruh orang dr China cuma terhad kat bab2 perniagaan n hal2 tertentu aja.
- Tapi pengaruh besar tu dr India (Hindu). Stengah2 orang berniaga Hindu tu bukan aja meniaga barang2 tp jugak ajarkan agama dia mcm agama Indu n Buddho (dalam Tarikh Riwayat Patani pon ada).  
- Kalo dh ada yg kawen dgn pembesar2 tempatan, dorang tentulah boleh kuasa memerintah jugak. Jadik isi2 dr kitab Dharmmasastra (undang2 kenegaraan) smua pon diangkut bawak masuk sama.

Kerajaan2 Berpengaruh Hindu Tanah Besar Asia Tenggara

Funan (Phnuem)

- Kerajaan dibangunkan pada sekitar kurun pertama Masehi dalam kawasan Kemboja hari ini.
- Kerajaan ini diasaskan oleh puak Kambujas yg masuk dr Pan Pan (Patani).
- Hasil pertembungan bangsa Naga (Mon-Khmer) atau nenek moyang Melayu Proto dgn puak Kambujas.
- Boleh baca lagenda Nang Neak n Preah Thong.
- Kerajaan ni merupakan antara kerajaan yg kuat menjajah n mempunyai negara2 yg bayar ufti kepadanya di kawasan tanah besar Asia Tenggara.
- Kawasan yg tunduk bakti kepada Maharaja dolu meliputi kawasan tanah besar Asia Tenggara dari Kemboja, Laos, Selatan Burma, Semenanjung Malaysia, n Siam hari ini.
- Jadi ia menguasai jalan laut Timor-Barat, musoh luar x berani nak serang.
- Bahasa rasmi negara adalah basa Senskrit sebab batu2 bersurat smua dalam basa Sesnkrit, x ada dalam basa orang tempatan.
- Kuron ke-6 M, negri naungan dia iaitu Chenla menyerang n menggantikan kerajaan Funan.
- Chenla pakai smua istiadat Funan jugak gunakan tulisan orang Funan.
- Tulisan Funan ni jugak katanya dicilok oleh orang Thailand, kalau ikot cara cakap orang otak sempit yg masih bukit.

Langkasuka

- Kerajaan ni dibangunkan oleh orang dari India Purba yg kahwin dengan anak2 pembesar2 atau datu2 tempatan sekitar hujong abad pertama masehi jugak.
- Kawasan liputan kerajaan ini adalah dr Kedah hari ini sampai ke kawasan sempadan negri Thai selatan dengan Bangkok hari ini.

Kedah

- Asalnya sebuah pelabuhan sahaja bg kerajaan Langkasuka, tapi menjelang abad ke-6 M ia pecah jadi satu kerajaan dgn raja baru.
- Ia maju sekali sekitar abad ke-3 M.
- Jugak jadi kawasan pertembungan pedagang India n China dengan orang2 tempatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 02:20 AM | Show all posts
India Purbo

Kemasukan Arya

- Sebelom kemasukan puak2 Arya ke India, India dah ada tamadun sniri.
- Tamadun lembah Indus ada disumbangkan oleh orang2 Dravidas, Kiratas, n Nagas.
- Kiratas n Nagas adalah sama2 puak Mongol tapi orang Nagas dikira masuk bawah Suryawangsa (Solar Dynasty).
- Suryawangsa adalah gotra (suku utama) bagi orang2 yg keturunan pertamanya datang dr Asia Tengah.

Arya sapa?

- Kata sejarawan orang2 ni masok dr kawasan Iran n Asia Tengah, walopon banyak gak puak2 Indu x mo percaya ini sebab depa xmo ngaku diri depa orang Daravid (Dravidia) n x cerah,
- Ada stengah puak sejarawan kata, Arya masuk dr Tenggara Europa, yg len kata depa ni asal dr Asia Tengah.

Arya India

- Katanya stengah mereka masok dalam tahon 2,000 - 1, 200 SM.
- Mola2 skali masok mereka dikatakan tinggal di sekitar Punjab tp kendian merebak ke lembangan sungai Indus n ke hulu lembah sungai Gangga lepas pukul kalah bangsa Dravidia, dorang panggil orang Dravidia yg kalah sebagai Dasyah (Slaves), bukan smua Dravidia yg jadik Dasyah ar.
- Lepas tu baru mula tamadun Arya di kawasan Arya Vartta (India Utara).

Punca Tamadun Arya

- dr kitab2 suci Veda, orang Arya ada kitab suci.
- lain2 mereka ada jugak kitab2 macam upanishad, n brahmanas yg bercakap mengenai hal2 keagamaan mereka.
- kitab ni pon org2 Indu satu dunia pakai x kira bangsa apa pown.
- stengahnya pakai kitab bhagavadgita, ni mcm gospel bg stengah org Indu.
- orang Arya ada rishi2 n guru2 dia sniri untuk puak2 dia, kata orang Islam, nabi2 lar.

Dasar Masharakat Arya

- smua aspek idop dorang diamik dari kitab2 Veda, Upanishad, n Brahmanas.

Politik

- raja2 dipilih jadi ketua negara.
- kadang2 raja dipilih oleh rakyat.
- raja2 dibantu oleh ahli2 agama, panglima tentera (kesatria) juga ahli2 jawatankuasa kampong.

Struktur Masyarakat Arya

- Bapa jadik ketua keluarga.
- Isteri seorang diadatkan sahaja, tp kalo nak beristeri beratus2 juta pon tidak apa.
- Janda2 leh kawin lagik tp rasanya lepas tu timbol amalan yg janda x leh kawin lagik atau kena mati dengan suami jika suami mati.
- Perkahwinan kanak2 awalnya x diamalkan pon awalnya2 tp kemudian jadi disukai n popular pulak.
- Adat mas kahwin sebenarnya diperkenalkan dalam Hinduisme oleh orang Arya.
- Masyarakat Arya terbahagi kepada empat kumpulan masyarakat iaitu:

a) para Brahman menjaga hal ehwal keagamaan
b) masyarakat Kesatria menjaga keselamatan negara, hal ehwal negara n masyarakat
c) masarakat Vaisya menjadi kaum saudagar dan golongan petani
d) golongan Sudra menjadi golongan berkhidmat

Perkahwinan sesama ahli keluarga selalu terjadi dalam tiga golongan masyarakat atasan n dorang x leh bergaulan dengan orang2 dr golongan masyarakat bawahan. Di India sbenarnya masih wujud lagik keadaan begini smpai hari ini, kalo angpa tengok gambaq Tamil pon dh cukop leh tahu, kalu rajin bc, leh bukak Manusmarthi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2010 02:37 AM | Show all posts
Politaik Indo-Arya (Arya India)

- asalnya orang Arya yg masuk ke lembah Indus n lembah sungai Gangga bernomad sahaja.
- kemudian mereka belajar ilmu pertanian, samak kulit, ukir kayu, tenunan, tukang logam, n buat periuk drpd orang2 kalah yg kena tawan.
- orang Arya India berniaga dengan sistem barter, satu mata tukaran ditentukan dengan sekor lembu betina.

Agama Arya di India

- banyak orang keliru, ingat agama Indu tu agama Arya, ahahahahahahahaahahaa
- agama Indu means agama kebudayaan masyarakat n bangsa2 dalam benua India, x semesti agama Arya.
- Arya bukan saja ada dalam India, depa ada jugak di negara2 lain macam Iran, mau ka Zoroastrian Iran yg sembah bg api suci ngaku depa tu Indu?
- Orang2 Arya di India mula2 hanya menyembah ke unsur2 alam yg didewatakan macam Varuna (dewa langit), Indra (dewa perang), Agni (dewa api, utusan Tuhan).   
- kemudian baru wujud penyembahan kat trimurti (tiga dewa), iaitu Brahma, Vishnu, n Siva.
- Siva tu dewa orang Kirata (Tibeto-Burma), bukan dewa puak Arya



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 03:04 AM | Show all posts
Gautama Buddho

- hidup sekitar 565-485 SM zaman kucar kacir seluruh dunia sebelah benua sebelah sini.
- Siddhartha lahir dalam kalangan puak Shakya n nama keluarga dia Gautama.
- Dia anak raja Suddhodhana lahir sekitar tahon 565 SM.
- Brahman dalam istana dia nama Kaundinya beritau, dia x leh keluar istana, sb nanti dia x akan balik istana lg.
- Smpai umor 30 tahon jah, dia terlepas kuar dr istana bapak dia n terlihat penderitaan n kesan pusingan sengsara dunia.
- Jadik dia kemudian tinggalkan anak bini dia tapa sambil merenung cara nak cr jalan bebaskan manusia dr sengsara.
- Dia belajar falsafah n tapas tp masih x jumpak penyelesaian sampai satu ari dia bertapa di bawah pokok bodhi, dia dapat pencerahan (buddho).
- Lepas itu, dia g bersyarah asas2 agama selama 40 tahon lebih kurang sampai tahon 485 SM n ninggal pada umor 80 tahon.  

Ajaran Buddho

- cattari ariyasajjaani atau empat kebenaran mulia

a) dukkho - kedukaan
b) dukkho samudayo - punca duka
c) dukkho nirodha - lenyap kedukaan
d) dukkho nirodha gamini patipada makka - jalan pemusnahan kedukaan

Jalan pemusnahan kedukaan terbahagi tiga bahagian n ada lapan cara smuanya dipanggil atthangika ariyo margg (Jalan Mulia Lapan)... masa aku berfahaman ni dolu, aku hari2 cara diam2 akan ucapkan ni pagi2 bila bangon skarang pon masih ingat lagik, ada lagik beberapa bhrom montr (brahma mantra) pon masih ingat lg dh terhafal susah nak lupa

Bahagian pertamo ada bahagian Pannya maksud dia Kebijaksanaan Akal:
1. samma ditthi (pandangan atau pemahaman yg baik)
2. samma sangkappa (niat yg baik)

Bahagian dua bahagian Sila maksud dia Perilaku:
3. samma vaccaa (pengucapan yg baik2)
4. samma kammanta (amalan yg baik n betol)
5. samma achivaa (kehidupan yg baik2 n betol)

Bahagian ketiga, Semadhi maksud dia Tumpuan Akal
6. samma vayamaa (usaha yg betul2 n baik)
7. samma sati (ingatan yg betul n baik2)
8. samma semadhi (tumpuan yg baik n betul2)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2010 03:29 AM | Show all posts
Perkembangan ajaran Buddho

- awalnya x ada kasta2 atau kasta2 dalam ajaran Buddho ni x kuat sangat macam dalam Hinduisme.
- banyak gak orang kasta2 rendah ikot ajaran Buddho, tp ada gak golongan Brahmin ikot.
- keluarga2 diraja pon banyak ikot ajaran Buddho sebab Siddartha Gautamo ni pon orang Kesatria maksud dia orang raja2.
- awalnya Buddho x ajar pon soh orang sembahyang kat dia n memang org x sembahyang pon kat dia.
- dia hanya jadik tokoh agama sahaja n rupam (berhala) dia hanya sebagai model bg orang2 dia supaya ingat untuk mencontohi dia.
- orang Mahaiyanna ada buatkan rupa2 untuk Buddho n dorang letakkan dalam kuil2 dorang.
- orang Hinayanna atau skang neh Theravada x ikot sembahan pada patung Buddho, tp skarang nih tradisi dah bercampur baur.

aku dolu pon hanya simpan gambar Buddho dalam beg duit n dalam catitan2. x tampal di dalam bilik takot org tahu, jugak x da pon berhala2. Tp lepas aku balik ke ajaran Islam, aku bakarkan smua gambar2 yg aku simpan. catatan2 montra n gatha smua pon aku bakar n dispose kat atas bukit belakang umah ai dolu tp yg dh simpan dalam ingatan x leh bakar la mampos la ai nanti. ni my experience x kena mengena dengan sejarah ajaran Buddho n tamadun India (Hindu), sembang ringkas2 ajah la just nak letak sikit fakta2. adik2 yg amik periksa pon leh la baca wat pengetahuan tambahan, x da la kena marah ngan emak ka abah ka dok melayari intenet kosong2.

Kerajaan Maurya

- kurun ke-6 SM sampai kuron ke-6 M, tiga kerajaan naik dalam benua India iaitu Kushan, Magadha, n Gupta.
- kerajaan Maurya ni kecik jah kalu nak banding dengan kerajaan Magadha.
- dibangunkan Chandragupta Maurya n menjadi maharaja Magadha tahon 324 SM.
- kemudian dia mengalahkan saki baki askar orang Greek di Punjab n Sind.
- tahon 305 SM, dia meluaskan jajahan dengan mengalahkan Selucus yg jaga jajahan Greek di sebelah Timor.
- kemudian dia pon dapatkan semula Balochistan, Kabul, Qandahar, n Herat daripda orang Greek.
- kerajaan dia memanjang sampai ke sempadan Parsi sebelah Barat Laut n ke Mysore sebelah Selatan India.

Maharaja Asoka

- lahir tahon 274 SM n memerintah sampai tahon 234 SM.
- kemuncak dinasti Maurya adalah dalam zaman Asoga.
- asalnya dia ni beragama Hindu, n dia menakluki kawasan lain sampai ke Kalinga sebelah selatan.
- tp ms dia sampai di Kalinga, dia nampak peperangan banyak bawak kerosakan n dia x sangka kemusnahan besar berlaku dengan sebab itu maka dia berubah n ikot ajaran Buddho.
- kemudian dia antar bhikku2 (sami2 Buddha) untuk bg syarahan agama kat luar sampai ke Tamrapanni (Sri Lanka).
- dr Sri Lanka, utusan2 yg ajar agama pon belayar lagik ke Siam, Burma, Utara Semenanjung, Sumatera, China, Tibet, Burmo.
- anak2 dia yg laki2 n pompuan pon dihantar le Tamrapanni untuk ajarkan ajaran Buddho.
- dia sangat amik berat akan ilmu2 lukisan, n ilmu senibina bangunan.
- habis saja peemrintahan Asoga, dinasti Maurya jadi mundur n keturunan2 atau dinasti lain seperti Sunga, Kanva, n Andhra amik peluang memberontak n perintah kerajaan.
- zaman pemerintahan Gupta dalam benua India, kerajaan Magadha naik balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 03:40 AM | Show all posts
Yunani (Greece)

- nenek moyang orang2 ni pindah ke kawasan Greece sekarang ini dari Asia Tengah, masa yg hampir nak sama ngan kemasukan orang2 yg dipanggil Arya ke dalam India.
- lepas pindah masuk ke Greece, negeri tu jadi la negri asal dorang n tamadun dorang diperkenalkan dr sana.

Negara2 Kota Yunani

- negri dorang bergunong ganang.
- ada banyak negara2 kota kecik, sama la macam dalam semenanjung, siam, india n china yg skang ni dipanggil wilayah atau negeri.
- tiap2 negara kota ni bebas n ada kerajaan pemerintahan sniri ada raja sniri.
- negara kota terkenal sekalik macam Athens, Sparta, Thebes, n Corinth.

Struktur Kerajaan

- asalnya kerajaan beraja tp kemudian kuasa politaik jatuh dalam tangan pembesar.
- pembesar menindas orang awam.
- dalam kuron ke-7 SM, kerajaan bercorak demokrasi dibangunkan.

Demokrasi di Athens

- demokrasi secara terus, orang awam amik bahagian terus dalam kerajaan.
- sidang kerajaan terdiri drpd smua warganegara jumlahnya lebih korang 40, 000 orang n umor atas 20 tahon.
- macam2 hal dibincang dalam sidang kerajaan n ada keputusan akhir diambil.
- ada satu lagi majlis iaitu majlis lima ratus ditubuhkan bg melicinkan urusan di sidang kerajaan.
- ada lima ratus ahli yg menjalankan perintah2 sidang kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 01:15 PM | Show all posts
kitab lce mak aku pun aku suka baca
-lagi detail drpd kitab pmr sekarang pasal mak aku belajar sejarah jerman, hitler, WW2 semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 02:54 PM | Show all posts
kitab lce mak aku pun aku suka baca
-lagi detail drpd kitab pmr sekarang pasal mak aku belajar sejarah jerman, hitler, WW2 semua
sekngucing Post at 14-3-2010 13:15


kenh.... aku dok korek balik kitab2 LCE lama... kitab2 STPM lama pown banyak detail gak... kalu aku jumpak aku taip tepek mai... hahahahahaa...... leh gak angpa pelupoh bonggoi jakarata yg x reti apa tp dok nosy hal org len
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 08:43 PM | Show all posts
Keadaan di tanah Greece zaman dolu2

Pericles (442-449 SM)

- Kemuncak pemerintahan demokrasi orang2 Yunani di Athens adalah pd zaman Pericles.
- Dia banyak tanah jajahan
- Perdagangan n perniagaan pon maju.
- Ilmu pengetahuan pon meingkat n ada bidang2 macam sejarah, falsafah, sastra, drama, pahat patung, seni lukis n teater.
- Zaman ni kira zaman keemasan orang Yunani (Greek).

Negara Kota Sparta

- Terletak kat ujung skalik semenanjung Greece.
- Kerajaan ni beza dengan di Athens yg demokrasi, Sparta ada raja.
- Tapi raja x kuasa mutlak, sb ada majlis mesyuarat orang2 tua seramai 25 orang ahli dilantik dalam kalangan bangsawan.
- Orang2 Sparta bersemangat patriotik n pandang negri dia ajah la baik kat mana2 pown.
- Laki2 n pompuan usia atas tujoh tahon smua pon jalani latihan askar untuk pertahan negara.
- Dorang ada gak sumbangan dalam kesenian orang Yunani secara keseluruhannya, tp dorang jarang guna otak jugak.

Keruntuhan Athens

- Sparta menjatuhkan Athens dalam satu perang dipanggil perang Peloponesia.

Alexander The Great

- Anak laki2 raja Filipo dr Makadunia.
- Makadunia terletak di utara Greece.
- Zaman Filipo, Makadunia jadik kuat.
- Dalam masa beberapa tahon, seluruh Greece dimasukkan dalam taklukan Makadunia oleh Alex.
- Kemudian, Alex cuba nak menawan Farsi.
- Macam dalam movie, sblom dia sempat nak takluki sluroh Farsi, dia ninggal.

Penaklukan Alex

- Lepas masukkan sluroh Greece dalam kuasa dia, dia mula pandang ke timor.
- Dia cuba nak takluki Farsi, Asia Minor, n bawak askar2 dia ke Syria menakluki Sidon, Tyre, n Gazah.
- Kemudian dia berjaya takluki Mesir.
- Dia hantar askar nak masok ke India n dalam perjalanan askar2 dia pon diarahkan menakluki Herat, Qandahar, n Kabul dalam Afghanistan skarang ni.
- Sampai di India, banyak gak raja2 negara kota dalam benua itu mengaku takluk tanak perang.
- Sampai di Jhelum, kat Punjab, dorang berjaya mengalahkan raja Paurava (Porus) yg perang ngan dorang.
- Kat Punjab tu, Alex rasa rindu kat negeri dia, dia nak balik.
- Jadi dia pecahkan dua askar2 dia, satu di laut n satu ikot jalan darat balik negri asal.
- Tahon 323 SM, dia sampai di Babilon n ninggal kat sana sebab demam.

p/s: askar2 greek ni ada yg kendian nikah kawin ngan anak2 orang Brahmin Indu. stengah depa jadi orang Indu, kepercayaan orang Greek pon sm ngan orang Indu, depa percaya re-incarnation (jelmaan semula roh).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 04:56 PM | Show all posts
Roma

- dibangunkan sekitar tahon 753 SM di tebing sungai Tiber oleh Romulus.
- Asalnya kubu yang kecik ajah tp pastu jadik kerajaan besar.
- lepas Romulus, ada lagi 6 orang raja memerintah sampai tahon 510 SM.
- raja terakhir dorang nama Tarquin, terlampau zalim sangat, jadi dorang memberontak n gulingkan raja.
- wujud pastu kerajaan republik.
- nama sahaja republik Roma, tp pentadbiran dijalankan oleh pembesar2 yg dipanggil Patrikia (bapak2).
- orang2 awam n Patrikia x leh bekerja jadi ahli politaik, jugak x da hak politaik.
- depa jugak awal2nya x leh mengundi.
- orang2 besar dapat macam2 kemudahan n pengaruh besar, orang2 biasa lak miskin derita.
- jadi orang2 biasa berjuang dapatkan hak yg sama macam orang2 besar, akhirnya berjaya setaraf dalam politaik.

Kerajaan republik Roma

- dijalankan dua majlis n ada ketua republik dipilih tiap2 tahon.
- majlis2 kemudian dibantu senate terpilih yg ada 300 ahli.
- dewan senate akan melantik hakim, gobenor, n lain2 pegawai mentadbir.
- 510 sampai 265 SM, Roma jadi berpengaruh besar sampai dapat mengawal seluruh semenanjung Italia.
- mula2 Roma masukkan negri2 Latin di selatan Italia masuk dalam lingkungan pemerintahan republik.
- kendian lepas 50 tahon perang, Samnium dijajah lak jadi sebahagian drpd Roma.  
- puak Gaul (Gallia) dihalau dalam tahon 283 SM, orang Gaul ni adalah bangsa Celtic yg mcm kat Ireland n Scotland di UK.
- 275 SM, Roma menang lepas mengalahkan raja Greek bernama Epirous.
- tiga tahon kendian, Roma menawan Tarentum n sampailah semua semenanjung Italia masok dalam lingkungan pengaruh Roma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 05:09 PM | Show all posts
Perang Punic

- Punic ni penduduk Carthage, kemungkinan campuran orang Berber ngan orang Phoenecian (orang semitic tp sembah berhala).
- lepas orang Roma menawan seluruh Italia, dia mula nak melangkah menakluki dunia!
- mula2 sekali depa kena hadapi halangan iaitu negeri Carthage di utara Afrika.
- kat kawasan barat Meditteranea, negri Carthage ni yg terkuat.
- mula2 Roma n Carthage dok berlumba belayar n berniaga sahaja, tp pastu melarat sampai jadi perang.
- dalam 3 kali peperangan, negeri Carthage ni kalah n jatuh terus.
- Roma rampas semua kawasan jajahan Punic.

Perang Punic I (264-241 SM)

- Roma menang n berjaya tawan Sicilia sekitar tahon 241 SM.
- Roma berjaya menawan Corsica n Sardinia gak.

Perang Punic II (218-202 SM)

- Carthage nak balas dendam balik atas sebab Roma kacau dia.
- Panglima orang Carthage, Hannibal mengetuai askar seberang pergunungan Alps nak ke Roma.
- awalnya Carthage menang, tapi terkalah balik.
- depa terpaksa berdamai dengan Roma, n dalam perjanjian damai, kawasan Iberia iaitu sekarang ni Sepanyol n Portugal milik Carthage, terpaksa diserahkan kpd Roma (Latin).
- depa kena bagi kelengkapan kapal depa jugak bayar wang ganti rugi sebab serang Roma.

Perang Punic III (149-146 SM)

- Roma saja2 tanpa sebarang sebab musabab masuk menyerang negeri Carthage.
- Lepas empat tahon mengepong negeri Carthage, Roma memusnahkan negeri Carthage.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 05:23 PM | Show all posts
Penjajahan Roma atas Macedonia, Asia Kecil n Greece

- lepas takluki kawasan Mediteranea, Roma mula merancang nak jajah Greece.
- tujoh tahon lamanya perang, Macedonia dapat jugak ditakluki Roma pada 148 SM.
- 146 SM, Roma berjaya menawan negeri Corinthus, ini kubu orang Yunani (Greek) yg terkuat sebelah selatan semenanjung Greece.
- negeri2 beraja lain di Asia Kecil pon berjaya ditawan Roma.
- tahon 66 SM, orang Roma mengalahkan raja Mithridatos Pontous dari negeri Parthia di Nikoupoulis.
- negeri Pontous ni terletak dalam rantau Anatolia.

Kejatuhan pemerintahan republik Romawi

- walaupon berkembang n jadi empayar, Roma menghadapi masalah gak.
- susah nak menjalankan pemerintahan n pentadbiran dalam tanah jajahan dia.
- askar2 upahan x ada rasa patriotik lepas habis perang.
- terjadi pengangguran n perselisihan dengan peladang2 yg masuk sertai askar.
- rusuhan mula terjadi.
- kemudiannya membawa kepada pemerintahan kuku besi Julios Ceasar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 05:43 PM | Show all posts
Rajin Genot taip .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 05:46 PM | Show all posts
Julios Caesar

- dia seorang panglima tentera.
- tahon 59 SM dia dilantik jd wakil negri atau gabenor.
- jadi gabenor di Gallia (Gaul) selama beberapa tahon.
- tahon 54 SM, dia menyerang n menakluki tanah Britain (asal Britain ni adalah negeri orang Gaelic, bukan Inggeris).
- kerajaan Romawi rasa bahawa tindakan Julios Caesar ni nampak mcm nak rampas kuasa sahaja tambahan ramai suka pemerintahan dia.
- jadi kerajaan pusat romawi di Roma memaksa Julios pecahkan askar2 dia.
- Julios degil tidak mahu turut perintah sebaliknya dia mara ke Roma dengan askar2 dia.
- Pompeii yang ada menjalankan pemerintahan kuku besi di Roma lari ke Mesir n dia dikejar oleh Julios.
- Mesir ditakluki oleh Julios, Cleopatra dilantik jadik pemerintah.
- Julios balik semula ke Roma n memerintah cara rejim tentera.
- dewan negara dihaposkan, dia gantikan dengan majlis tertinggi.
- ahli2 majlis tertinggi tu banyaknya kenalan Julios.
- orang2 yg menyebelah dia diberikan peluang mentadbir tanah jajahan.

Perubahan dibawa Caesar

- meluaskan hak warganegara seperti hak mengundi kepada rakyat yang berada dalam empayar Romawi.
- memasukkan wilayah wakil2 senat dalam lingkungan pengaruhnya.
- undang2 dipinda, cukai dikurang, wat jalan2 raya, wat kalendar Julianos gantikan kalendar Gregorios, n meninggikan taraf kehidupan rakyat dalam jajahan Romawi.
- x pakai gelaran raja walaupon ada banyak jajahan sniri.
- dibunoh kawan bek dia sniri, Brutos n Cassivos.

Perpecahan empayar Romawi

- lepas matinya Ceasar, empayar Romawi terbahagi dua.
- Marc Antonios memerintah empayar sebelah timor.
- Octavios, anak menakan Ceasar memerintah sebelah empayar sebelah barat.
- empayar Roma timor n Roma barat bertelingkah.
- dalam perang Activum (31 SM), Octavios mengalahkan Marc Antonios.
- Octavios jadi maharaja Romawi pertama.

Zaman Octavios

- empayar Romawi mencapai saat gemilang zaman mo'azzam dia.
- zaman ni idop Virgilos, Livyos, n Ovidos.
- zaman ni jugak kelahiran tokoh Kristian jugak agama Kristos, Yasou'ol Masih (Jesus).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 05:47 PM | Show all posts
Rajin Genot taip .
sayapghaib Post at 15-3-2010 17:43


ni nota2 lama jah... bukan taip pon tp mmg dok ada dlm file save dah, edit2 sikit jah bg kita punya remark skit...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 07:55 PM | Show all posts
buku skolah skrg ni mmg kaw2 edited version yg smpai xde isi...last year when i'm in upper 6, buat presentation sume cari kt internet and sumber2 lain..personally phiyya xrefer pun buku skola tu cz xde isi ape pun..lepas tu kitorg yg xbrape tau ni pun actually lagi tau dari cikgu yg mengajar..cne la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.134317 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list