CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2478|Reply: 4

Artis Lama dan Baru Berentap di AIM17 [18.3.2010]

[Copy link]
Post time 18-3-2010 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 18-3-2010 14:05


(Gambar: Dato' Siti Nurhaliza tercalon untuk empat kategori di AIM17)

Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) semakin hampir dan semalam satu sidang media telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengumumkan senarai lima calon akhir yang layak bertanding untuk acara berpestij itu. Anugerah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga industri muzik ini akan mempertandingkan 24 kategori kesemuanya dan semua yang layak dicalonkan adalah album dan single yang diterbitkan pada 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.


Faizal Tahir tercalon dalam dua kategori

Setiap tahun pasti ada perubahan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur AIM untuk selari dengan perubahan industri muzik sekarang ini. Jika tahun dahulu AIM buat julung kalinya memperkenalkan 12 kategori khusus untuk mengiktraf single-single yang diterbitkan, tahun ini AIM telah memutuskan untuk membenarkan penyertaan album-album daripada genre hip hop dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk bertanding dalam kategori ‘Album Hip Hop Terbaik’.

Kalau tahun lalu, kumpulan-kumpulan indie yang mendominasi, tetapi senarai pencalonan AIM17 kali ini sudah bertukar corak. Jika diperhatikan, ramai juga artis lama yang turut tersenarai. Seperti biasa, Dato’ Siti Nurhaliza berjaya menempatkan diri. Diva popular ini layak bertanding bagi empat kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) menerusi lagu "Ku Percaya Ada Cinta", Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu "Amarah" (duet dengan Krisdayanti), Album Pop Terbaik melalui album 'Tahajjud Cinta' dan 'CTKD' serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu "Sebagai Teman".

Jamal Abdillah memberi persaingan kepada artis-baru

Tidak ketinggalan, Jamal Abdillah, Hattan, Noraniza Idris, Flop Poppy dan Jay Jay. Masing-masing berjaya tercalon dalam satu kategori. Jamal misalnya, tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki) menerusi lagu "Tak Hilang Cinta Di Dunia" dan Jay Jay dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu "Permaisuriku", ciptaan Omar K dan Azlan Abu Hassan.

Bagaimana pula dengan artis baru? Azlan & The Typewriter, Bunkface, Yuna, Prema Yin dan Tomok tersenarai sebagai calon Artis Baru Terbaik. Walaupun ada di antara mereka ini bukanlah benar-benar baru tetapi nama mereka tercalon kerana muncul dengan menggunakan nama baru.

Faizal Tahir juga mampu tersenyum apabila lagu dendangannya "Bencinta" tersenarai dalam dua kategori iaitu Lagu Rock Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki). Kalau tahun lepas, kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain tercalon untuk Artis Baru Terbaik, kali ini mereka tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik pula. Malah, album ‘Mencari Konklusi’ dari Hujan turut dicalonkan untuk Album Rock Terbaik.

Album 'Aku Stacy' tercalon di dalam album pop terbaik

Lain-lain artis yang turut tercalon dalam AIM17 Vince Chong , Mawi, Hazami, InTeam, Rabbani, Disagree, Ahli Fiqir, Ayu OIAM, Pop Shuvit, Saujana, Aizat dan Maximus.

Secara keseluruhan, jumlah pencalonan yang diterima oleh Akademi pada tahun ini meningkat seiring dengan peningkatan pasaran muzik dengan jumlah 925 pencalonan, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan paling ketara dilihat dalam pencalonan untuk 12 kategori single.

AIM17 akan menemui anda secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 Mei mulai jam 8.30 malam di saluran ntv7. Siaran langsung ini dibawakan bersama oleh Celcom, sebagai penaja utama serta rangkaian radio rasmi, Hot dan Fly FM.

Azlan & The Typewriter tercalon dalam artis baru terbaik


Sumber: Gua.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 02:32 PM | Show all posts
adakah stacy mampu beri kujutan dgn muzik fresh pembawaannya? sama2 kita nantikan.. atau aimssss terus dikuasi TokTIE? mm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 03:28 PM | Show all posts
Ralat:
Faizal Tahir tercalon dalam tiga kategori!!!!

wah gitewwww saja aku nak bagi tahu .... press suka suki potong 1 kategori or nak cepat!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:40 PM | Show all posts
adakah stacy mampu beri kujutan dgn muzik fresh pembawaannya? sama2 kita nantikan.. atau aimssss terus dikuasi TokTIE? mm
pinguin Post at 18-3-2010 14:32


hope terus dikuasai tokti

gud luck to faizal!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 09:48 AM | Show all posts
ku rasa saingan FT thn ni tak sengit sangat..harap2 rezeki berpihak pada dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.104206 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list