View: 2143|Reply: 10
|
Aku.Muzik.Kamu 21/3/2010
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 21-3-2010 18:51
Aku.Muzik.Kamu: Saingan sengit muka baru dan lama
Oleh Faizal Tahir
Bipop
2010/03/21
ASSALAMUALAIKUM. Salam sejahtera kepada semua pembaca B*Pop. Tatkalasaya menulis artikel ini, saya baru saja pulang dari menghadiri sidangmedia Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC). Alhamdulillah, album terbaru saya, Adrenalin tercalonuntuk kategori Album Rock Terbaik.
Lagu Bencinta pula tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik danjuga Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Tahniah jugadiucapkan kepada semua rakan seperjuangan lain yang tercalon untukAIM17 ini. Secara keseluruhannya, pencalonan kali ini dilihat sebagaipaling sengit dan berkualiti.Seperti kelaziman, ramai nama baru mendominasi pencalonan bagisetiap kategori. Tidak kurang juga artis senior yang melakukan ‘comeback’ dan mendapat banyak pencalonan. Yang paling ketara ialahpenyertaan daripada Disagree dan Altimet. Tahniah diucapkan. Padapemerhatian dan pendapat saya, AIM kali ini menyaksikan satu perubahanyang sangat besar daripada segi kualiti hasil kerja artis yang tercalonbagi setiap kategori. Ini membuktikan industri muzik kita sudahmengambil satu langkah besar dalam memartabatkan hasil karya kreatiftanah air.
Saya teruja dan bergembira dengan pencapaian ini. Seperti yangsering saya katakan, saya cukup berbangga berada bersama kelompok baruartis berbakat tanah air. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih jugasaya ucapkan kepada pihak AIM17 dan panel juri profesional yang percayadengan bakat saya dan memilih hasil kerja saya untuk dicalonkan dalamAIM kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniahkepada teman baik saya, kumpulan Bunkface atas kejayaan pelancaranalbum pertama mereka, Phobia Phoney. Selepas setahun menggegarkanindustri hiburan dengan single seperti Situasi, Revolusi, Silly Lilly,Prom Queen dan yang terbaru, Extravaganza, mereka muncul juga denganalbum studio.
Justeru, kepada semua penggemar muzik , jangan lupa untuk membelialbum Bunkface ini. Pastikan yang asli dan terus menyokong bakat mudakita. Terbukti, anak muda ini adalah satu fenomena baru dalam mewarnaiindustri muzik Malaysia. Tahniah Bunkface dan keep up the good work!
Syukur pada Allah kerana dengan izinNya, saya juga baru sajamengeluarkan album terbaru, Adrenalin pada minggu lepas. Alhamdulillah,akhirnya selepas lebih dua tahun menunggu, album ini sudah berada dipasaran untuk dinikmati oleh peminat dan penggemar muzik tanah air.Adrenalin diterbitkan sepenuhnya oleh Audi Mok dan saya sendiri.
Album ini memuatkan lapan lagu termasuk satu lagu versi akustik.Lagu yang terkandung seperti Adrenalin, Superhero, Selamat Malam,Karma, Hanyut, Bencinta, Muzik, Semesta dan Hanyut (Akustik). Inilahsumbangan kecil saya kepada industri muzik Malaysia. Semoga kehadiranalbum ini serba sedikit dapat mewarnai industri muzik kita dan diterimadengan baik oleh semua.
Seperti kelazimannya, belilah yang asli dan terima kasih kepadasemua yang sentiasa menyokong dan mempercayai diri saya ini dari duluhingga sekarang. Saya dedikasi album ini sepenuhnya kepada semuapeminat dan industri muzik Malaysia serta kepada teman baik saya,Allahyarham Mohd Shukor yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnyabeberapa minggu lepas.
Saya terlalu sedih kerana Allahyarham tidak sempat menyaksikankejayaan terbaru saya kali ini. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarhammenjaga kerjaya saya dengan begitu baik dan sentiasa berada bersamasaya pada setiap waktu, susah mahupun senang. We miss u Koi...Al-Fatihah.
Sehingga bertemu di lain keluaran, teruskanlah menyokong industri muzik Malaysia dengan menyokong artis tempatan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
2# mamak_kg_kastam
and your problem is??? |
|
|
|
|
|
|
|
2# mamak_kg_kastam
satu lagi, pray for your favourite artist to be able to write in a newspaper column, good luck |
|
|
|
|
|
|
|
lah pehal mamak kg kastam ni
giler kot |
|
|
|
|
|
|
|
dia sesat tuh..
p cri jln balik na.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamak tu ingat board ni pasal gossip kot
sesat la tu .... !
kalau sub board maner ader gossip bang oooi
semua lebey pasal info (tu pun kalau fans rajin tepek & artis byk aktiviti)
kalau tak lama2 sub board kena humban ke laut |
|
|
|
|
|
|
|
1# washere2
sebagai peminat bunkface aku nk ucapkan terima kasih kpd FT sbb mempromosikan phobia phoney...this is why i like FT.. sentiasa mempromosikan artis2 baru & yg lbh muda drpnya dlm column beliau..hats off.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# washere2
sebagai peminat bunkface aku nk ucapkan terima kasih kpd FT sbb mempromosikan phobia phoney...this is why i like FT.. sentiasa mempromosikan artis2 baru & yg lbh muda drpnya dlm colu ...
snowey_dey Post at 22-3-2010 01:12
aku pn prasan dia slalu pomote n support artis2 len.. rare species aa BB ni nk banding ngan kbynkan artis2 len. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalahnya.. bengong
mamak_kg_kastam Post at 21-3-2010 19:19
dey mamak!!! sapa yg bengong sebenaqnya? hang ni mai dr kg kastam penang tu ka? shohhh!! pi la balik kg hang tu! |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm... Aku.Muzik.Kamu rasanya kena tukar le ke ADRENALIN... |
|
|
|
|
|
|
| |
|