CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2804|Reply: 7

RTM ulang siar konsert2 mega lame2 tahun 80an

[Copy link]
Post time 29-3-2010 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Konsert nostalgia di saluran Muzik Aktif


2010/03/29      SEMPENA sambutan ulang tahun RTM ke-64, stesen penyiaran berkenaan akan menyiarkan empat konsert nostalgia yang pernah diterbit dan disiarkannya sekitar penghujung 80-an dulu, menerusi saluran Muzik Aktif (Astro 180).

Konsert pertama yang menampilkan persembahan biduanita negara, Datuk Sharifah Aini, akan ditayangkan bermula 1 April, jam 9 malam hingga 10.30 malam.

Pada konsert terbabit, penyanyi bersuara merdu itu menyampaikan lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Haryati, Bunga Tanjung dan Kudaku Lari. Tidak muncul keseorangan, sebaliknya penyanyi berkenaan turut mengundang dua artis jemputan, William dan Aqasha.   
Konsert retro kedua bakal menampilkan kumpulan muzik yang bertahan begitu lama dalam industri hiburan tempatan, Alleycats. Konsert Istimewa Bersama Alleycats itu akan disiarkan pada 2 April, pada jam 10 malam hingga 11.30 malam.

Antara lagu yang bakal didendangkan vokalis utama mereka, David dan Loganathan Arumugam, termasuk Sampaikanlah Salam, Buat Pertama Kali, Senandung Semalam, Suara Kekasih, Andainya Aku Pergi Dulu dan The Final Countdown.

Bagi peminat setia Alleycats yang merindui suara David, tentunya konsert ini tidak akan dilepaskan mereka, apatah lagi apabila dia memilih untuk menyampaikan lagu popular mereka pada persembahan berkenaan.

Pada 3 April pula, kehangatan siri konsert nostalgia diteruskan dengan kemunculan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid dalam rancangan yang akan disiarkan mulai jam 10 malam.
Menerusi konsert itu, peminat akan dapat menikmati kelunakan suaranya tatkala menyanyikan banyak lagu pujaan ramai termasuk Antara Anyir dan Jakarta, Warna, Hasrat Cinta, Jelingan Manja dan lagu yang pernah dinyanyikan Tan Sri P Ramlee, Bila Larut Malam dan Tiru Macam Saya.

Bintang legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad menjadi artis terakhir yang ditampilkan menerusi siri konsert nostalgia siaran Muzik Aktif ini. Konsert Istimewa Bersama Sudirman akan menemui penonton pada 4 April, jam 10 malam, selama sejam setengah.

Konsert itu pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali kehebatan penyanyi yang juga ahli perniagaan berjaya itu setiap kali dia berada di pentas nyanyian. Artis berbakat besar tidak pernah kering dengan idea menarik apabila menghiburkan peminat.

Pada persembahannya kali ini, Sudirman menyanyikan lagu siulan ramai seperti Nilai Cintamu, Kehidupanku, Chow Kit Road, New York New York serta beberapa lagu yang disampaikan secara medley.

Lebih istimewa, pada konsertnya itu Sudirman mengundang seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang menyampaikan lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit bersama-samanya.


Kredit: Berita Harian Online 29.3.2010

Eii,xsabar nye nak tgk2 konsert2 nie...nostalgic and please kalo ada sesape yg gheti record tu tlg upload kt youtube...thanks!!!
        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 07:14 PM | Show all posts
wow..mesti best gile...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 07:32 PM | Show all posts
memang best...bagus usaha RTM ni...tak lah asik asik jadi stesen tv suam suam kuku je memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 07:45 PM | Show all posts
konsert sudirman???alaa best nyer!!tp nape buat 4 april..huaaaaaaaaaa..kan mase tu abpbh..harusla nk tgk abpbh...sape2 tolong la rekod n upload kat youtube yer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 07:52 PM | Show all posts
tgk konsert nih lg bagus dr tgk abp yg mcm ..... tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 08:43 PM | Show all posts
itulaaa...sape ada kepakaran tu record la!!!!!!sharing is caring maaa!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2010 11:17 PM | Show all posts
semalam plak ada siar konsert kru masa zaman norman masih jambu lagik sore menten miming.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 11:21 PM | Show all posts
Aku suka masa ade istimewa bersama dulu...kira mcm mini concert artis2 dalam tahun 80 - an dulu.....artis2 masa tahun 80 an memang hebat...best kalo dapat siar balik,

Istimewa Bersama Fran
Istimewa Bersama Aishah and The Fan Club
ramai lagi....takdelah mcm artis2 sekarang boring....nyanyi pon sumbang mambang....bluekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.203690 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list