CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6411|Reply: 31

Nilai satu pahala

[Copy link]
Post time 1-4-2010 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Setiap hari kita disogokkan dengan iklan di surat khabar, TV, radio, majalah dan lain-lain tentang kelebihan produk, hari-hari benda yang sama keluar dalam iklan, walaupun kita sudah tahu tapi masih lagi diklankan. Inilah pentingnya iklan disiarkan berulang kali supaya pengguna tidak melupakannya. Ini benda yang zahir dapat dilihat oleh mata.

Bagaimana pula dengan Pahala? ia suatu perkara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata, jika ia tidak disebut-sebut maka alpalah kita kepadanya. Satu pahala bunyinya kecil, kita akan anggap remeh dengan satu pahala. Tetapi di akhirat nanti di bukakan hakikat satu pahala, kita akan menyesal kerana tidak menggunakan kesempatan untuk mengumpulkannya.

Tahukah kita bahawa di padang Mahsyar nanti disebabkan satu pahala seorang anak sanggup menuntut hak daripada bapanya, isteri kepada suaminya, pekerja kepada bosnya, sahabat kepada sahabatnya. Walaupun satu pahala mereka akan tuntut sampai kelubang cacing. Kerana satu pahala sangatlah berharga ketika itu, sanggup mencari selama beribu tahun berlegar-legar di padang Mahsyar. Begitulah bernilainya walaupun satu pahala.

Di Padang mahsyar setiap orang hanya memikirkan keselamatan dirinya sahaja, seorang anak sanggup saja menjual ibu-bapanya asalkan dia terlepas dari Api neraka. Pada ketika itu tiada belas kasihan dan rasa hormat lagi. Masing-masing amat risau dengan nasib dirinya sahaja. Seorang bapa akan lari dari anak dan isterinya, lari untuk mengelakan tuntutan disebabkan ia tidak memimpin anak dan isterinya dengan sungguh-sungguh didunia dahulu.

Semua hak yang tidak ditunaikan didunia akan dituntut di akhirat nanti. Hutang yang tidak dilunaskan walaupun 5 sen, perasaan yang dilukakan, penghinaan, penganiayaan, penipuan, penindasan dan apa sahaja kesilapan yang tidak diselesaikan didunia dahulu akan di bicarakan di mahkamah Ilahi. Pada ketika itu ramai orang yang membawa pahala yang begitu banyak boleh jadi bankrap kerana keburukan akhlaknya sesama manusia tidak dijaga. Setiap yang teraniaya akan datang menuntut hak mereka. Nilai tukaran atau tuntutan pada ketika itu ialah pahala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 12:22 AM | Show all posts
sambung lagi...best plak aku baca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 12:29 AM | Show all posts
Apabila sudah habis licin pahala, maka dosa penuntut pula akan dipindahkan kepada yang dituntut, mengikut jumlah kadar nilai tuntutan. Satu pahala ketika itu lebih berharga dari dunia dan seisi-isinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:36 AM | Show all posts
Apabila sudah habis licin pahala, maka dosa penuntut pula akan dipindahkan kepada yang dituntut, mengikut jumlah kadar nilai tuntutan. Satu pahala ketika itu lebih berharga dari dunia dan seisi-isinya ...
zamkumis Post at 1-4-2010 00:29


info yang bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 12:53 AM | Show all posts
Antara contoh tuntutan: Seorang bapa yang soleh dan kuat ibadah, tetapi tidak memberi pendidikan agama kepada anaknya menyebabkan anaknya jahil tentang agama, lalu hidup alpa dan lalai dan banyak melakukan dosa. Apabila diakhirat, si anak akan menghujah di mahkamah Ilahi, punca ia jadi pendosa ialah jahil, punca jahil kerana tidak ada pendidikan, tidak ada tarbiah. Waktu ia meninggalkan solat subuh bapanya hanya membiarkannya tidur sampai terbit matahari. Pada ketika ini bapanya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memberikan pahalanya kepada si anak mengikut nilai dosanya. Kemudian isteri pula menuntut. Keluar rumah tak pakai tudung lalu dilihat lelaki bukan muhrim, suaminya melihat dan tahu tetapi tidak ada kata-kata yang menyuruhnya pakai tudung. Sebahagian dari dosa tersebut akan dipindahkan kepada suami kerana membiarkan dengan rela hati si isteri tidak pakai tudung.

Contoh 2: Seorang lelaki A duduk bersama seorang rakannya. Tiba-tiba lelaki A secara bergurau telah mencabut SATU bulu roma rakannya. Kedua-dua mereka ketawa, hahahaha!. Rakannya tidak kisah langsung, dan lelaki A tidak pula minta maaf. Di akhirat nanti rakannya teringat akan peristiwa tersebut lalu mencari lelaki A walaupun beribu tahun, kerana disebabkan ia tidak menyatakan maaf dan lelaki A pula tidak minta maaf, disini ada potensi dapat kumpul pahala. Lalu rakannya akan menuntut pahala kepada lelaki A walau dengan apa cara sekalipun. Tidak ada maaf bagimu ketika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:01 AM | Show all posts
lagi..lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2010 01:23 AM | Show all posts
Tuntutan yang tidak lepas: Seorang isteri keluar rumah pakai tudung dan baju lengan panjang, tapi masih tidak cukup panjang, nampak sedikit auratnya. Suami rasa lege sebab isteri pakai tudung dan baju lengan panjang. Diakhirat nanti aurat sedikit yang terbuka dan telah dilihat oleh lelaki bukan muhrim telah mencetuskan dosa. Isteri akan menghujah di mahkamah ilahi tentang dosanya itu. Suaminya kata dia sudah suruh pakai tudung dan baju lengan panjang, macamana pula boleh jadi dosa. Isterinya menjawab, awak yang belikan saya baju yang lengannya tidak cukup panjang, suaminya menjawab, kenapa awak tak beritahu saya masa beli dulu lengannya tak cukup panjang? isteri menjawab, kenapa awak tak ukur panjang tangan saya dengan panjang lengan baju?... sampai macam tu sekali hujah si isteri untuk melepaskan diri, masing-masing akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dengan hujah yang tepat dan konkrit dan segala sebab dan kesilapan yang kecil akan disebut menyebabkan si suami kalah dan menanggung terpaksa dosa. Inilah hakikat yang terpaksa kita tempuh.. bagaimanakah untuk mencari jalan selamat sementara kita masih didunia ini?....ikuti selanjutnya insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 02:06 AM | Show all posts
pandai hang bercerita..
lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 08:05 AM | Show all posts
jalani hidup mengikut ajaran islam insyallah selamat dunia akhirat. amal maaruf nahi mungkar...mencari yang halal dan jauhi yang haram.
mencari yang halal ni juga pelbagai aspect..cuba bca solusi bulan ni, tajuk rezeki halal tapi ke neraka...edisi ulang cetak atas permintaan ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:15 AM | Show all posts
info yg bagus.... seram aku baca.... terasa amalan aku selama ni x penah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:36 AM | Show all posts
Setiap hari kita disogokkan dengan iklan di surat khabar, TV, radio, majalah dan lain-lain tentang kelebihan produk, hari-hari benda yang sama keluar dalam iklan, walaupun kita sudah tahu tapi masih l ...
zamkumis Post at 1-4-2010 00:17



Bukan nilai satu pahala tetapi nilai pahala!

1. Pahala itu uncountable. Bagaimana boleh manusia menilai akan 'satu' pahala. Apakah pahala itu sesuatu yang berkeping-keping atau berbiji-biji.............etc.

Manusia yang berilmu tahu akan nilai pahala. Ada beberapa nilai pahala yang telah digambarkan/diberitakan oleh Nabi. Setelah digambarkan kepada manusia,tidak jugak manusia itu mahu akan nilai pahalanya. Oleh itu,manusia tidak boleh kata yang mereka itu tidak tahu akan nilai pahala kerana tidak diberitahu oleh Nabi.

Apakah nilai pahala yang telah digambarkan oleh Nabi? Kamu fikir-fikirlah sendiri dan jika dapat jawapannya,replykan dithread ini.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:40 AM | Show all posts
mmg takut kannn!!! hidup ini mmg penuh dgn cabaran, dugaan & bermcm2 masalah serta kesusahan.... hrp2 lah kita mampu mengatasinya!!!

teruskan bercerita TT...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:42 AM | Show all posts
akak kasi scan... upload leh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 1-4-2010 13:03
info yg bagus.... seram aku baca.... terasa amalan aku selama ni x penah cukup
larrazlan Post at 1-4-2010 09:15


Baguslah kalau ada kesedaran yang macam ini, orang yang rasa dah banyak amal mungkin jadi malas buat amal. Sebenarnya untuk mencari  keselamatan diakhirat banyak aspek dan persiapan yang perlu kita telitikan, maklumlah nak pindah dari alam dunia ke alam akhirat, sedang segala bekal mesti kita siapkan di dunia. Kita hidup biasanya 60-80 tahun jer biasanya, tu pun kalau sempat. Sedang perjalanan puluh ribu tahun...cuba bayangkan. Dalam hidup ini..setiap detik(saat) adalah amal, samada amal berpahala atau amal dosa atau tidak ada apa-apa(sia-sia).

Keselamatan pertama yang perlu kita usahakan ialah persiapan menguatkan Iman. Sebab ketika sakaratul maut syaitan akan datang dan cuba memperdaya dengan berbagai tipu helah dan muslihat supaya IMAN tercabut lalu mati dalam keadaan kufur. Apabila seseorang mati dalam keadaan kufur maka segala amalnya akan menjadi debu beterbangan diakhirat nanti, sebab tiada sebarang makna amal tanpa Iman(kufur). Dari sekarang banyakkan doa tiap-tiap hari kalau boleh supaya Allah swt mematikan kita semua dalam iman dan islam. Serta pohon keselamatan dan keringanan ketika sakaratul maut. Sesiapa yang dapat mengucap Lailahaillah maka wajib surga baginya(antara tanda dia adalah ahli surga).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 01:17 PM | Show all posts
mmg takut kannn!!! hidup ini mmg penuh dgn cabaran, dugaan & bermcm2 masalah serta kesusahan.... hrp2 lah kita mampu mengatasinya!!!

teruskan bercerita TT...
zamnie Post at 1-4-2010 10:40


Cabaran, dugaan,masalah dan kesusahan semuanya adalah rahmat dari tuhan sebenarnya. Dalam setiap dugaan itu kita diberi dua jalan. Satu jalan yang baik dan satu lagi jalan mudah tapi tidak baik akibatnya. Dengan dugaan IMAN seseorang itu dapat diuji ketulenannya, diangkat darjatnya serta mendapat pahala jika dia bersabar dan menyelesaikan dengan jalan yang teliti sehingga tidak tercetus dosa dalam proses menyelesaikan dugaan tersebut. Itulah sebabnya sabar amat perlu dalam hidup, jika tidak sabar dan teliti maka jalan singkat akan diambil, contoh jalan singkat seperti mengamuk, memaki hamun, fitnah menfitnah, putus asa, release tension dengan benda2 haram dan bebagai lagi. Kaedah bagaimana kita menyelesaikan dugaan kita juga adalah amal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 09:35 PM | Show all posts
Sebagai manusia yang hidup di muka bumi, selepas kita berjalan 100 langkah, kita perlu berhenti seketika untuk merenung... kemanakah arah kita sebenarnya, tanyalah hati kecil kita. Kita sebenarnya hanyalah seorang pengembara yang menumpang di bumi Allah. Apa yang kita ada semuanya hanyalah pinjaman semata. Apa yang kita sayangi akan kita tinggalkan, dunia darul amal akhirat darul pembalasan. Setiap apa yang kita lakukan, setiap gerak, setiap langkah, setiap perbuatan semuanya adalah amal, semuanya dicatit oleh malaikat Raqib dan Atip. Kita harus sedar dan benar-benar sedar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman semata. Dunia bukan milik kita. Sekali kita ditipu tidak mengapa, tapi jangan ditipu lagi buat kali kedua. Cinta dunia punca segala kejahatan.

Di padang mahsyar nanti buku catatan amalan akan diberikan semula kepada kita, setiap gerak-geri dicatit. Semasa buku amalan akan dipulangkan, semua buku amalan manusia akan melayang-layang dan berlegar-legar diudara, kemudian buku tersebut akan menuju kepada tuan yang empunya. Jika datang dari arah kanan itu tandanya dia akan selamat, jika datang dari arah kiri atau belakang itu tanda kecelakaan yang menunggu. Peristiwa ini adalah peristiwa yang besar, bukan peristiwa yang kecil yang boleh kita anggap remeh. Oleh itu beringat sebelum kena, berfikir sebelum buat. Menyesal dulu keuntungan, menyesal kemudian tidak berguna.

Semasa kita hidup didunia, kita hiduplah seperti biasa, bekerja, bertugas, berkeluarga, bermasyarakat, beribadah dan lain-lain. Cuma kita perlu terapkan islam dalam setiap gerak semasa bekerja, bertugas, berkeluarga, bermasyarakat, beribadah dan lain-lain. Islam adalah cara hidup. Inilah amal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 10:19 PM | Show all posts
sukanya baca kelas agama nih.........

TQ.......hidup di dunia hanyalah sementara...tak perlu mengejar sesuatu hingga terlupa kehidupan di Sana.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 10:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 4-4-2010 23:31

Hidup ada lah satu perjuangan, mati adalah kerihatan. Semasa kita hidup 3 perkara yang perlu kita perjuangkan bermati-matian, ia dihalang oleh 4 tembok sebagai ujian. Inilah perjuangan. 3 perkara ialah, pertama sebagai khalifah dimuka bumi untuk meninggikan kalimah Allah, kedua beribadah dan ketiga kembali kepada fitrah. Diantara tiga perkara ini beribadah boleh dikira mudah berbanding kembali kepada fitrah dan memikul tugas sebagai khalifah Allah. Inilah perjuangan yang perlu diperjuangkan oleh setiap orang sementara masih ada kesempatan.

Pertama, sebagaimana kita dilahirkan dalam keadaan fitrah maka kita mesti balik kepada Allah dalam keadaan fitrah. Kita lahir dalam keadaan suci, suci dari dosa dan putih bersih hati kita, apabila balik hendaklah dalam keadaan suci dari dosa dan hati yang bersih dari sifat tercela. Dosa akan terjadi apabila Akil baligh(kita bukan maksum) ia mesti dibersihkan sentiasa dengan bertaubat setiap hari. Tetapi hati yang dihinggapi oleh sifat tercela bukan mudah untuk membersihkannya, antara sifat tercela seperti dengki, irihari, sombong, takabbur, riak, ujub, sumah, tamak, rakus, kejam dan sebagainya. Semua sifat tercela ini datang dari satu punca iaitu Cinta Dunia. Kita perlu usaha buang semua itu dan tukar kepada sifat mahmudah seperti, murah hati, pemaaf, sabar, qanaah, tawakkal, ikhlas, tertib dan macam-macam lagi. Pintu bagi masuknya sifat mahmudah ialah SABAR. "Beruntunglah orang yang kembali kepada tuhannya dengan hati yang sejahtera"

**** Kedua, beribadah. Ibadah terbagi kepada dua, pertama wajib kedua sunat. Yang wajib sudah mesti dibuat(paksa diri), yang sunat adalah keuntungan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah swt.****
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku".

Ketiga, sebagai khalifah Allah. Tugas ini pada asalnya adalah tugas para Rasul. Untuk umat akhir zaman(kitalah) tidak ada nabi lagi akan diutus, sebab Nabi Muhammad saw adalah nabi yang terakhir. Maka tugas ini dipikulkan kepada semua umat akhir zaman iaitu berdakwah. Tugas ini dipikulkan kepada ummat sehingga hari kiamat. Ini adalah amanah dan ini adalah kemuliaan umat akhir zaman. Di dalam Al-Quran, Allah swt telah menceritakan kisah burung Hud-Hud ambil bahagian dalam dakwah sehingga islamnya satu kerajaan. Sedangkan burung boleh ambil bahagian apalagi kita sebagai manusia yang diberi kesanggupan untuk melaksanakannya.

4 halangan sebagai ujian ialah Nafsu, dunia, syaitan dan syahwat jantina.

**** pembetulan di bahagian bawah****
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 10:18 AM | Show all posts
11# Amir

as 4me... dalam konteks artikel di atas, istilah '1 pahala' tu sebagai unsur perlambangan saja... supaya kita memahami & lebih menghargai nilai sebenarnya PAHALA, waima sekecil mana bentuk amalan kita, waima sekadar menghadiahkan senyuman yg ikhlas pun kita dpt pahala...  Sedangkan amalan kebaikan tu di sisi-Nya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 10:55 AM | Show all posts
topik yang bagus saling ingat-mengingati.........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078369 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list