View: 2738|Reply: 16
|
Faizal Tahir: Tidak Layak Ke AIM Dakwaan Tidak Berasas
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by snowey_dey at 1-4-2010 10:41
Faizal Tahir: Tidak Layak Ke AIM Dakwaan Tidak Berasas
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
mstar online, 1 April 2010
PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi,Faizal Tahir menolak dakwaan beberapa pihak berhubung dirinya tidak layak ke Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun ini ekoran album keduanya baru dilancarkan dua minggu lalu.
Faizal menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas kerana album berjudul Adrenalin itu telah pun dilancarkan secara digital pada Disember tahun lalu.
"Mungkin orang yang mendakwa itu tidak tahu mengenai fakta bahawa album Adrenalin telah pun dilancarkan pada Disember tahun lalu sebelum tarikh tutup penyertaan AIM.
"Saya tidak salahkan orang yang membuat tuduhan itu, mungkin beliau tidak membuat homework dulu sebelum menulis sesuatu," katanya sinis selepas sidang media Minggu Setiausaha anjuran Persada Johor di sini hari ini.
Faizal memberitahu, orang boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahukan kerana keputusan yang dibuat adalah melalui juri profesional.
"Sesiapa sahaja boleh buat kenyataan, dan bukan saya yang mencalonkan diri saya sendiri. Semua itu adalah keputusan juri dan sudah tentu saya gembira dengan pencalonan yang saya perolehi," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ketika album tersebut dilancarkan tidak ramai yang menyedari akan kehadiran album tersebut secara digital.
"Ketika itu saya sedang sakit dan sebolehnya saya tidak mahu lancarkan hanya tujuh buah lagu untuk peminat. Atas dasar itu saya lancarkan secara digital terlebih dahulu kerana tidak mahu peminat tunggu lama.
"Selepas kembali sihat saya rakam dua buah lagu lagi dan barulah saya lancarkan album tersebut dalam bentuk cakera padat," ujarnya.
Tidak mahu memikirkan perkara temeh yang melanda dirinya, beliau berkongsi kegembiraan apabila memberitahu album terbarunya mencatatkan jualan 5,000 unit dalam masa dua minggu dilancarkan.
"Itu adalah satu perkembangan yang sangat baik. Saya bersyukur apabila peminat menyukai album tersebut," katanya.
Bercerita lanjut, Faizal memberitahu, tahun ini akan menjadi tahun paling sibuk buat dirinya dengan pelbagai perancangan khas buat peminatnya.
"Buat masa ini pihak pengurusan dan syarikat rakaman merancang untuk mengadakan road tour bagi mempromosi album baru saya.
Saya juga merancang untuk mengadakan konsert solo dan merakamkan album ketiga selepas Adrenalin. Doakan semua perancangan saya berjaya," ujarnya penuh optimis.
Sementara itu, buat pertama kali Faizal dipilih oleh pihak pengurusan Persada Johor untuk mengadakan persembahan solo bagi menjayakan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa JohorBahru pada 21 April depan.
"Sebelum ini saya sering mendapat undangan sebagai artis jemputan,tetapi kali ini saya dapat membuat secara solo dan ini satu penghargaan buat saya," katanya yang akan membuat persembahan selama 45 minit pada hari itu.
Menurutnya, beliau tidak menetapkan konsep kepada persembahannya tetapi mengesahkan akan menggunakan khidmat
live band untuk mengiringinya dalam sembilan buah lagu yang bakal dinyanyikan.
"Saya harap dengan adanya live band itu nanti dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir," katanya.
Ditanya adakah beliau akan ditemani oleh artis undangan pada majlis itu nanti, Faizal dengan bersahaja menjawab, "peminat yang hadir akan menjadi artis undangan saya," ujarnya bersahaja.
Harga meja ditawarkan untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Faizal Tahir adalah RM10,000, RM7,000, RM5,000 dan RM3,500. Tiket individu turut dijual pada harga RM350. Tempahan boleh dibuat di talian 07-2199907/07-2677809.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/1/mstar_hiburan/20100331183603&sec=mstar_hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
gara2 tulisan press yg tak berasas: "emosi saya terganggu"
pada FT: kena kawal sikit emosi tu..... dah tu keje press yang malas nak wat research. camno?
pada press: usah terus2an menghentam, menghukum, & mencari salah FT ... ya dia ada buat salah jugak. but takkan tak der yg elok di mata press yang anti-FT
kalau nak jadi artis, kena kebal ngan tulisan2 press
kalau nak jadi press, kena ketepikan dulu sentimen peribadi
dua2 ada kelebihan & kekurangan masing2!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
FT nih emo lebih lak kekadang. orang muda lah katakan. tapi reputz tu yg patut mintak mahap. sebab dosa kau sorang, FT dah ter-berdosa kepada peminat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia ni...berbakat n berkarisma |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk kosmo ahad ni ada lagi tak sambungan kisah yg x berasas ni! pejal dh pn minta maaf kt fans, harapnya x ulangi lagi kesilapan tu. dan nk sgt tgk brani ke si diva tu turunkan ego dia minta maaf kt pejal dan juga x ulangi kisah yg x berasas ni! |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk kosmo ahad ni ada lagi tak sambungan kisah yg x berasas ni! pejal dh pn minta maaf kt fans, harapnya x ulangi lagi kesilapan tu. dan nk sgt tgk brani ke si diva tu turunkan ego dia minta maaf k ...
sicomel Post at 1-4-2010 11:29
pernah ker dalam sejarah kewartawanan .... wartawan mintak maaf kalau silap tulis pasal artis? ade? ade? kalau ade wartawan dulu not now!!!
wartawan sekarang egonya tinggi
kalau artis tulis luahan perasaan .... harus kena sujud ratu
terhegeh2 wat sidang akhbar
siap mintak ampun mintak maaf dr hujung rambut sampai ke hujung kaki
seolah2 besarlah sangat dosa artis tu kat press
press? ader? asyik tersentap memanjang..........!
pejal sesekali tersentap apa salahnya? cuma tempat tersentap tu tak kenalah beb!
sentap ngan orang lain, orang lain yg terkena kesentapan tu!
lain kali sentap kat depan org yang buat kita tersentap
bagi aku .... pejal kena kawal emosi & keterujaan dia!
kalau nak bertahan lama la.....................................!
|
|
|
|
|
|
|
|
5000 dalam masa kurang seminggu lah |
|
|
|
|
|
|
|
tgk je la diva tu nk minta maaf ke tak. klu dh ego tggi, klu minta maaf pun (terpaksa...) x semestinya x kan buat lagi kan? aku x le mengharap sgt lgpun wartawan tu berselindung di sebalik nama yg dibuat-buat. senang le keje dorg. lepas tangan.
aku baca kt blog joe klubbkidd dia pn x setuju dgn penggunaan nama2 yg mcm tu. aku suka sgt baca kolum transkripsi Abie Abdullah kt metro ahad lps. aku setuju sgt2 dgn teguran ikhlas dia kpd wartawan hiburan skrg wpun dia sndri pn wartawan gak.
pejal pls control skit emo tu dan klu sesekali tersentap pn, luahkan ke tmpt dan waktu yg seeloknya. luahkan kt fanpage pn takpe, share dgn fans. |
|
|
|
|
|
|
|
pejal, since diva blm sempat lg dgr album terbaru pejal, kasi je la cd adrenalin tu free kt dia dgn stem & poskad lagi (klu ada lagi la). siap ada signature lg. dan dengar lah MUZIK! |
|
|
|
|
|
|
|
DIVA lupa nak buat homework. almaklumlah. DIVA. agaknya kuli2 dia tak reti buat homework kot. |
|
|
|
|
|
|
|
FT nih emo lebih lak kekadang. orang muda lah katakan. tapi reputz tu yg patut mintak mahap. sebab dosa kau sorang, FT dah ter-berdosa kepada peminat dia.
krestfallen Post at 1-4-2010 11:06
muda??? ekekeke.. 32 thn dah pun.. tapi jiwa mantain muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk kosmo ahad ni ada lagi tak sambungan kisah yg x berasas ni! pejal dh pn minta maaf kt fans, harapnya x ulangi lagi kesilapan tu. dan nk sgt tgk brani ke si diva tu turunkan ego dia minta maaf k ...
sicomel Post at 1-4-2010 11:29
mungkin akan kluar plak artikel "artis tak profesional terima usikan wartawan??"...
actually bbp hari lps isu kosmo tegur faizal byk bercakap masa konsert satu suara, ade satu artikel Diva kosmo pasal seorang artis x blh terima kritikan wartwan.. die siap ckp, isteri artis tersebut turut tokok tambah sehingga peminat bash wartawan tersebut..artikel ni x tulis nama penyanyi..tp ada tulis, Diva x suka wannabe rocker (smthg like tht lah, aku x igt.. cari kt online takde plak)
since baru2 ni si Diva tu ade ckp suruh FT berubah dan buang imej rock yg dibuat2, entah kenapa aku rasa diorang mmg maksudkan faizal dlm artkel yg sblm tuh..(tp pelik sket kenapa wife faizal plak terlibat ).. |
|
|
|
|
|
|
|
ska part FT sindir wrtawan xwat homework.huhu
pelik argh, spatutnya nk tlis pa pa kna la da mklumat yg ckup n wat hmework,ni men blasah ja tlis..x rsa malu ka fkta yg slah 1 mesia bca??
bla kna bash tau dia marah, pdhal wat keja smbil lewa..
memg la nmanya wrtawan hburan, tp fkta ttap kna da.isk3..
I bet Diva won't apologize..
kalo dia mintak maap,harus la jdik cth slah 1 rporter yg brani mgaku slah..
tp rsanya ampeh... |
|
|
|
|
|
|
|
klu tajuknya "....x layak ke AIM?" ada tanda soal hujungnya diva blh la lepas tgn kot. tp ni xde tanda soal. dh mcm confident giler2 yg adrenalin semmgnya x layak ke AIM. sian... dh le malas wat homework, lupa plak nk letak tanda soal. |
|
|
|
|
|
|
|
memg dh terok trkantoi aa cik diva ni..hoho
tolongla jdik org yg brtanggungjwab..
mintak maap kt FT n fans.. |
|
|
|
|
|
|
|
dengki tul wartawan yg sorg 2 kat encik FT ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|