View: 2487|Reply: 4
|
Apabila finalis AIM17 turun padang
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 23-4-2010 13:50
Apabila finalis AIM17 turun padang
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2010/04/23
FAIZAL memukau penonton dengan vokal mantap dan persembahan bertenaga.
Siri jelajah promosi Anugerah Industri Muzik dapat sambutan hangat di dua destinasi
BAHANG malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM) yang akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 2 Mei depan kini semakin hangat dirasakan. Seperti biasa, sebelum acara penuh gilang gemilang itu berlangsung, peminat akan terlebih dulu berpeluang untuk beramah mesra dengan finalis yang bertanding serta menyaksikan persembahan mereka secara langsung menerusi sebuah mini showcase.
Mengumpulkan barisan penyanyi yang hebat dan popular, sesi jelajah AIM17 yang sudah pun menemui peminat di dua destinasi sebelum ini terus menjadi jambatan buat peminat dan artis kesayangan mereka. Destinasi pertama yang dikunjungi oleh rombongan ini adalah Kompleks Pasir Gudang, Johor pada 11 April dulu. Biarpun persembahan dimulakan pada jam 2 petang, namun kompleks beli belah itu sudah mula dibanjiri peminat sejak jam 12 tengah hari lagi. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu serta merakamkan foto kenangan bersama artis pujaan mereka.
Bayangkan, betapa gempak dan happening lokasi terbabit apabila peminat terutama gadis remaja berteriak sebaik saja melihat wajah Tomok sebaik saja bekas juara program realiti One In A Million itu muncul sebagai artis pertama membuat persembahan diikuti dengan Riz dan Hazami, yang bukan saja menghiburkan pengunjung dengan lagu terbaru mereka, tetapi juga bermurah hati menghadiahkan album masing-masing kepada mereka yang bertuah.
Kumpulan yang popular dengan Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussain turut turun padang bertemu peminat sambil diiringi dua penyanyi yang pernah berkolaborasi dengan mereka iaitu Black dan Hazama. Suasana menjadi lebih gamat apabila Black mengundang seorang kanak-kanak untuk menyanyi bersamanya di atas pentas.
Kemunculan Faizal sebagai penutup acara menambahkan lagi kehangatan suasana petang itu. Penyanyi yang baru saja muncul dengan album terbaru berjudul Adrenalin ini berjaya memukau penonton dengan vokalnya yang mantap dan persembahan bertenaganya. Usai persembahan, peminat diberi peluang untuk merakamkan gambar bersama artis pujaan mereka.
Keseronokan itu nampaknya tidak berhenti setakat di Pasir Gudang saja apabila atmosfera yang sama turut dirasakan di pusat membeli belah Village Mall, Sungai Petani yang dikunjungi rombongan ini hujung minggu lalu.Dengan mempertaruhkan nama-nama besar dalam industri hiburan, showcase ini mendapat sambutan yang cukup hebat dengan ditambah dengan sokongan peminat yang memang sporting.
Antara yang membuat persembahan petang itu ialah Altimet, Riz, Vince, Seven Collar T-Shirt, Azlan & The Typewriter dan Faizal tahir yang berjaya membuatkan pengunjung pusat membeli belah itu bersorak tanda puas hati dengan persembahan yang dipamerkan. Selepas persembahan, finalis di bawa ke D’Jeti Lapan Beradik untuk menikmati hidangan lazat di tepi pantai.
Bukan saja memberi peluang untuk peminat bergesel bahu dengan penyanyi pujaan mereka tetapi juga diberikan cenderahati sebagai tanda betapa penganjur amat menghargai sokongan yang diberikan. Perkara ini diakui sendiri oleh Pengurus Promosi dan Pemasaran Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Mas Ayie Mas Omar sambil menyifatkan objektif AIM yang mahu mendekatkan peminat dengan artis nyata tercapai.
“Melihat kepada sambutan yang diberikan di dua lokasi ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa acara ini masih lagi mempunyai pengaruh tersendiri terhadap peminat dunia hiburan khasnya. Justeru, acara seperti ini wajar diteruskan dan diharap peminat akan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap acara ini,” katanya.
Mengulas komitmen yang ditunjukkan artis yang terbabit, Ayie memuji komitmen yang ditunjukkan sambil menyifatkan mereka cukup profesional dalam tugas masing-masing.
Bagi mereka yang ketinggalan untuk menyaksikan showcase promosi di dua lokasi sebelum ini, bolehlah menyaksikan persembahan yang sama yang dijadualkan akan berlangsung pada Ahad ini, 25 April di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka bermula jam 2.00 petang. Antara finalis yang akan menggegarkan persembahan promosi penutup AIM17 itu ialah Prema Yin, Colab8, SevenCollar T-Shirt, Ayu (OIAM), Hafiz (AF8 ) dan Jaclyn Victor. |
|
|
|
|
|
|
|
beli paper ni td
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
since when hafiz tu af8????? |
|
|
|
|
|
|
|
since when hafiz tu af8?????
af_mania Post at 24-4-2010 23:59
eeee...nite mare lah hafiz af8... |
|
|
|
|
|
|
| |
|