CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7122|Reply: 198

Semangat Anti BN Membara : DAP Dijangka Menang Di Sibu

[Copy link]
Post time 3-5-2010 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Kehadiran PAS Di Sarawak disambut baik oleh masyarakat Sarawak.... Menandakan politik baru bermula di Sarawak... Satu ketika dahulu PAS cukup sukar menembusi pasaran politik Sarawak... Kini respon positif mula diterima di Sarawak...

"Satu titanic akan tenggelam" - Begitulah gambaran terhadap politik Barisan Nasional yang dijangka semakin malap apabila kubu kuat mereka di Sarawak dijangka runtuh bila bila masa sahaja



Semangat anti BN semakin membara di kalangan rakyat Sarawak... Rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi diperbodohkan oleh politik Barisan Nasional... Mereka mula sedar akan penipuan penipuan Barisan Nasional... Di mana mana sahaja semangat anti BN membara...


                                                                                                                                                                               



Sibu 3 Mei 2010 - Kehadiran parti baru - SNAP - di dalam Pakatan Rakyat dijangka akan membantu PR untuk menawan kerusi Parlimen Sibu daripada Barisan Nasional. SNAP telah berikrar akan berjuang habis habisan untuk memastikan kemenangan PR di Sibu 16 Mei ini.

Tsunami politik sudah mula melanda Sarawak terutamanya di kawasan kawasan urban. Sarawak yang satu ketika dahulu dikenali sebagai "fixed deposit" kepada Barisan Nasional kini bukan lagi boleh dianggap kawasan selamat. Satu ketika, di sungai, kaum Kayan dengan bangganya mengibarkan bendera PKR sebagai tanda mereka sudah mula bersedia untuk melakukan perubahan seperti apa yang berlaku di Semenanjung!

Di Parlimen Sibu ini... Satu ketika dulu, etnik Melayu/Melanau dan Iban terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar agak berat memberikan undi mereka pada DAP... Tapi kini tidak lagi.. BN tidak lagi boleh mengharapkan sokongan mereka secara membabi buta lagi... Etnik bumiputera di Sarawak sudah mula berfikir secara rasional dalam membuat keputusan memilih parti politik yang terbaik untuk mereka.

"Mentality of people has changed" - Itulah kata kata salah seorang penduduk Sarawak ketika ditanya mengenai cara pemikiran rakyat Sarawak dalam memberikan undi ketika pilihanraya akan datang.

Pakatan Rakyat setakat ini memiliki 7 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Isi isu seperti land titles, premium tanah dan masalah tanah dijangka akan digunakan sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang.


Mengikut analisa, sekiranya bekerja keras dalam Pilihanraya Kecil Sibu, DAP dijangka tiada masalah untuk memenangi hati sekurang kurangya 70% pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. BN pula dijangka mampu membeli undi undi kaum bumiputera yang diperlukan SUPP. Kepercayaan kaum Iban terhadap BN pula semakin luntur dan Pakatan Rakyat melalui SNAP/PKR perlu menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memenangi hati mereka. Kaum Melayu/Melanau mungkin akan berdiri teguh di belakang PBB namun peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi sekurang kurangya 30% undi mereka masih ada.

Dalam pilihanraya kecil Sibu akan datang, 3028 pengundi baru akan keluar mengundi.

" The BN majority can be wiped out by the new voters who will vote for first time in this by election" !... Diharap ia akan menjadi kenyataan...

Hanya 3% swing undi akan meranapkan BN di Sibu dan DAP dijangka tiada masalah untuk melakukannya dengan kerjasama utuh dalam Pakatan Rakyat...




Go GO Pakatan Rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2010 11:20 PM | Show all posts


Kemarahan kaum Dayak terhadap pemerintahan BN juga sudah berada di tahap kemuncak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:21 PM | Show all posts
nanti kalah macam kat Hulu Selangor..jangan mengelupur lagi taw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:23 PM | Show all posts
nanti kalah macam kat Hulu Selangor..jangan mengelupur lagi taw...
Anak_Nogori Post at 3-5-2010 23:21



    ni kawasan cina la... jangan harap la bn nak menang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:31 PM | Show all posts
cina sibu sokong pas ke?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:33 PM | Show all posts
cina sibu sokong pas ke?.....
anya8797 Post at 3-5-2010 23:31



    angin perubahan sedang berlaku ... tsunami politik sudah mula sampai ke sarawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2010 11:33 PM | Show all posts
harap DAP kalah kat SIBU........



pasnie diorg akan bekerja lebih tekun............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:41 PM | Show all posts
harap DAP kalah kat SIBU........



pasnie diorg akan bekerja lebih tekun............
Acong Post at 3-5-2010 23:33



    InsyaAllah Pakatan Rakyat menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 11:42 PM | Show all posts
Kemarahan kaum Dayak terhadap pemerintahan BN juga sudah berada di tahap kemuncak
anak_utara Post at 3-5-2010 23:20


huhhh ramainya kaum dayak dalam gambar ko.. {:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:42 PM | Show all posts
calon DAP tu minum arak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:43 PM | Show all posts
ni kawasan cina la... jangan harap la bn nak menang
anak_utara Post at 3-5-2010 23:23


haha..HS hari tu pun macam tu..last2 meroyan tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:44 PM | Show all posts
angin perubahan sedang berlaku ... tsunami politik sudah mula sampai ke sarawak
anak_utara Post at 3-5-2010 23:33


takdelah...been there...talked to them... they don't like pas.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:51 PM | Show all posts
takdelah...been there...talked to them... they don't like pas.....
anya8797 Post at 3-5-2010 23:44



    itu dulu... tengok gambar atas sekali... mereka sudah mula menerima PAS
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:57 PM | Show all posts
benda mcm ni saya hanya minat episod terakhir, iaitu bila result diumumkan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:00 AM | Show all posts
itu dulu... tengok gambar atas sekali... mereka sudah mula menerima PAS
anak_utara Post at 3-5-2010 23:51


kalau 9 orang tu undi seribu kali seorang..kompom DAP menang di Sibu tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 12:07 AM | Show all posts
kalau 9 orang tu undi seribu kali seorang..kompom DAP menang di Sibu tu..
Anak_Nogori Post at 4-5-2010 00:00



    ingat pr cam bn ke nak undi berulang ulang kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 12:15 AM | Show all posts
konfiden nya....esok klu kalah meroyan cam org gila
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:18 AM | Show all posts
itu dulu... tengok gambar atas sekali... mereka sudah mula menerima PAS
anak_utara Post at 3-5-2010 23:51



    and how many of them again?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:18 AM | Show all posts
ingat pr cam bn ke nak undi berulang ulang kali
anak_utara Post at 4-5-2010 00:07


orang perli ko pun ko tak sedar...

Patutlahhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:18 AM | Show all posts
berusaha pasti berjaya ye AU.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.550518 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list