View: 3643|Reply: 23
|
Faizal Tahir Memang Rock! gua, lagi pic..
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 15-5-2010 07:45
Faizal Tahir Memang Rock!
by Miss Ayu | 13 May 2010
2010 merupakan tahun yang cukup manis buat bintang rock pujaan ramaiini. Apa tidaknya, selepas dirinya dilanda beberapa insiden mencetuskankontroversi dan masalah kesihatan yang mengganggu, Faizal Tahirbagaikan bangkit semula menerjah industri muzik negara.
Selepas meraih kemenangan untuk Album Terbaik dan Album Rock Terbaik diAnugerah Industri Muzik ke 17 pada 2 Mei lalu, Faizal sekali lagimelakar sejarah apabila dia menjadi artis tempatan yang pertamatandatangannya diabadikan di sebuah gitar untuk dipamerkan di Hard RockCafe, Pulau Pinang.
Semua ini berlaku apabila Faizal melancarkan album terbarunya,'Adrenalin' dan mengadakan 'showcase' di kafe bertaraf antarabangsa itupada Selasa lalu. Bukan itu sahaja, Hard Rock Cafe turut memperkenalkandua menu istimewa berupa minuman dan burger yang dinamakan 'Adrenalin'bersempena dengan tajuk album keduanya itu. Hidangan lazat ini bolehdinikmati selama sebulan bermula 11 Mei lalu.
Jika difikir-fikirkan, bukan mudah sebenarnya untuk mendapat peluanghebat seperti yang Faizal perolehi. Tambahan pula, industri muziksekarang ini tidak begitu stabil. Tidak banyak pihak yang sanggupmengeluarkan bajet besar untuk menaja seseorang artis. Bagaimanapun,Faizal membuktikan sebaliknya. Jika muzik yang diperjuangkan berkualitidan hasil dengan sepenuh hati, sudah pasti ada mata yang akan memandang.
Layanan 'rockstar'
Melihat kepada layanan yang diberikan kepada Faizal sepanjang 3 hari 2malam, mengikuti rombongan media ke majlis pelancaran albumnya itu, GUAmerasakan Faizal dilayan bagai seorang 'rockstar'. Bermula dengandiarak oleh sekumpulan motosikal berkuasa besar ke Hard Rock Hotelsehinggalah kepada hamparan permaidani merah yang menyambutkedatangannya. Inilah yang dikatakan tuah. Siapa sangka, Faizal berjayamencipta fenomena walaupun memperjuangkan muzik rock secara solo.
Mungkin ramai yang ingin tahu apa yang bermain di fikiran lelakiberusia 32 tahun ini. Apakah perasaannya bergelar 'rockstar' danbagaimana dia menjalani kehidupan sehariannya ketika ini?
“Secara jujurnya, saya tidak rasa diri ini adalah seorang 'rockstar'.Saya masih rasa macam empat, lima tahun dahulu. Saya masih menjalanikehidupan macam orang biasa. Walaupun saya mendapat layanan baik daripelbagai pihak, tetapi saya tidak anggap saya adalah seorang'rockstar'. Masih belum sampai masanya untuk saya mendapat gelaran itu.Masih terlalu awal. Saya lebih suka mengelar diri saya sebagai ‘pemandubas’. Bas itu melambangkan muzik yang saya bawa,” jelas Faizal yangditemui selepas majlis pelancaran albumnya.
Dalam masa yang sama, Faizal juga menyangkal pendapat sesetengah pihakyang mengatakan dia adalah anak emas kepada syarikat rakaman, MonkeyBone.
“Tidak ada istilah anak emas sebenarnya. Memang benar saya diberikebebasan untuk membuat keputusan dalam pembikinan album saya, tetapiia adalah hasil di atas kerja keras yang saya tunjukkan selama ini.Syarikat rakaman saya percaya dengan usaha saya dan sebab itulah merekamenyokong apa yang saya buat.
"Mengenai pelancaran album saya yang dibuat di luar Kuala Lumpur pula,saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada big boss Monkey Bone,Ahmad Izham Omar kerana bersetuju memenuhi permintaan saya untukmembuat kelainan sempena pelancaran album saya.
"Terima kasih juga kepada Hard Rock Hotel yang sudi menaja lokasi danpenginapan. Saya rasa inilah masanya untuk memberi kembali kepadamereka yang banyak menyokong saya selama ini. Saya bawa media ke sinikerana ingin mereka bercuti sambil bekerja. Jadi taklah 'stress'sangat,” ujar Faizal.
Tampil bersama pemuzik
Pada majlis pelancaran 'Adrenalin' itu, Faizal juga telah mengumumkanyang dia akan muncul bersama kumpulan pemuziknya setiap kali mengadakanpersembahan pentas. Menurut Faizal, dia tidak mahu dilabelkan sebagaiartis ‘minus one’.
“Banyak bezanya apabila tampil bersama kumpulan pemuzik sendiri. Muzikyang dipersembahkan akan kedengaran lebih ‘hidup’ dan ini akanmembuatkan peminat berasa lebih puas. Apabila bersama kumpulan, sayaberasa diri ini benar-benar seorang penyanyi rock. Berlainan dengantampil solo, saya rasa macam penyanyi biasa yang lain,” ujar Faizal.
Ditanya adakah bayarannya akan melambung tinggi selepas muncul bersamakumpulan pemuzik pula, Faizal memberitahu perkara itu tidak akanberlaku kerana dia dan kumpulannya bukan melakukan semata-mata keranawang.
“Saya akan mengenakan bayaran yang bersesuaian dan tidaklah sehinggamelambung tinggi. Kami lakukan ini bukanlah semata-mata untuk wangtetapi kerana kami suka dengan apa yang kami lakukan. Malah, ada pihaksebelum ini tidak percaya dengan harga yang saya letak. Bagaimanapun,saya tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kelonggaranyang saya beri ini. Takkan mahu harga yang sama seperti dahulu jikasaya datang bersama pemuzik,” jelas Faizal lagi.
Sempena dengan promosi album terbaru Faizal ini juga, Faizal telahmerancang untuk mengadakan konsert jelajah untuk bertemu peminatkesayangannya di seluruh negara. Konsert pertama akan mengambil tempatdi Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 30 Mei ini (bayaran masuk RM30untuk 'in-house' dan RM50 untuk 'walk-in').
“Setakat ini sudah lima tempat disahkan untuk konsert jelajah itutermasuklah di Sabah dan Sarawak. Saya memang tidak sabar untuk bertemupeminat di sana memandangkan saya memang sudah lama tidak membuatsebarang persembahan di sana. Selain Sabah dan Sarawak, saya akan keJohor Bahru, Kuantan dan Pulau Pinang." |
|
|
|
|
|
|
|
helo encik drebar bas, saya nk tumpang naik skali la bas tu. bas sinar mas dua tingkat kah?? ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
uuuuuuu cam penyamun bukan macam rockstar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# cruisekeanu
and where is your international artist dafi? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
thanks for passing by |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# cruisekeanu
dafi ko ade wat album ke 2 jual 5500 keping lam mase 3 ari?
ko bole berambus dr thread peminat2 FT |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# sicomel
yes.. mmg dafi ade ckp mcm tuh.. so FT blh berbangga sebab artis "internasional" kenal die n excited nk tgk persembahan die..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dafi pon minat penyamun![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# alyssasarah
adoyaii... jatuh standard ke'international'an klu minat artis 'penyamun'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# cruisekeanu
silap thread kah ekau ni ha?memg kna sembelih le nk ktuk FT msuk sni.
kalau kritik membina xpe jgak ni, lebih ke arh jeles je ak tgk.
bjet dafi ko best sgt, ak tgk performance live dia kt event2 bsar x mlmbgkan international pn...
FT yg ko ckp cm pnyamun tu, prformnce dia mletop kot. eyh, dafi da perform APM x ek? xpenah kot..ke penah tp xmninggalkan impact, sbab tu ak xingat.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# cruisekeanu
ko mmg cara pasal lah masuk sini...Macam penyamun ka FT..dia tetap menjadi pojaan hati ku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# Ina_pk
penyamun hati la tu, hehe, atau lebih ganas lagi peragut hati ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
saje cari pasal nampaknya..
even dafi pun pernah tinggalkan impact..
fesyen 'merahnya mak ngah' masa aim 16...
last2 kena compare kat berita harian..ft ok..dafi ko..
maybe sbb ft samun dafi punya baju kot sbb tu pki kaler merah... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kurus ke anu jeles la tuhh takde fan page dapi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by snowey_dey at 17-5-2010 00:19
Reply 11# cloud_vendetta
dafi ade perform last year kt APM tp tak tunjuk kt TV.. overrun katenya award show tuh..
buat penat je dafi g ikut pi indon nk perform tp x tunjuk kt TV..
artis penyamun kasi tunjuk plak..kaka slank yg buat aksi londeh pun berjaya masuk TV tp tidak dafi ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
sampai hati memperkotak katikkan artis internasional..:@.nasib baik die x saman..![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# snowey_dey
ala siannya.. hurmm, tggu taun ni plak la Dafi perform.ngeeeeee.bleyh la kta sesama tgk ke'international'annya.. ooyyaaii.. mati kalo ckgu BM aku bca aku mlgkupkan bhasa.huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe cian lak dafi aku bace ni
pasal peminat die,die lak kena kutuk |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir lagi bagus daripada Hattan!!Lagu2 Hattan sumenya tak leh blah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# washere2
uuuuuu......jgn la cakap macam tuh...macam ahkak nih standard penyamun jah....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|