CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6299|Reply: 31

Hj Ashaari Muhammad Meninggal Dunia - Al fatehah

[Copy link]
Post time 13-5-2010 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad Meninggal Dunia
Written by Pena Islam          
Thursday, 13 May 2010 20:00

IPOH, 13 Mei (Bernama) -- Ashaari Muhammad, 73, bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini Khamis, tiga hari selepas dimasukkan kerana jangkitan paru-paru.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di sini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di sini selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 10:01 PM | Show all posts
rufaqa corporation?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 10:20 PM | Show all posts
innalillah. semoga Allah memberikan kita semua keampunan.  moga pengikut beliau sedar dari lamunan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 11:17 PM | Show all posts
innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat.
arwah juga banyak berjasa terutamanya dalam soal ekonomi muslim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 11:42 PM | Show all posts
Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan melainkan nabi dan rasul. Semoga beliau diampuni Allah dan diterima sebagai hambaNya yang diredai.

Gerakan dakwah Islamiah yang dipelopori oleh beliau telah berjaya membangkitkan kesedaran Islam di tengah masyarakat terutama di era 70qn dan 80an. Beliau juga telah menulis beberapa buah buku yang boleh dijadikan panduan.(Melainkan yang telah diharamkan).

Antara buku beliau yang saya rasa masih relevan dan sesuai untuk dijadikan panduan dalam mencari kejernihan hati ialah "Iman dan Persoalannya" dan "Mengenali Diri Melalui Rasa Hati" serta beberapa buah buku mengenai poligami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 11:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Aku_lugua at 13-5-2010 23:43

-delete- Double posting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2010 09:32 AM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:06 PM | Show all posts
Al-fatihah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 03:19 PM | Show all posts
semoga pengikut beliau insaf & keluar dari ketaksuban serta berani mengatakan pemimpin mrk itu salah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:20 PM | Show all posts
semoga pengikut beliau insaf & keluar dari ketaksuban serta berani mengatakan pemimpin mrk itu salah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 14-5-2010 16:44

jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu  budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yang menjadi ikutan anak muda.
rabbani, hijjaz boleh dikatakan ambik semua senikata dari HJ Ashaari..


alfatihah
hilang satu permata

[sorry - iklan dilarang.  Sila iklan di board commercial.  ....  macam tak ada benda lain jer nak iklan!!!  = edited by ibnur]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:36 PM | Show all posts
jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu  budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yan ...
ahalimf Post at 14-5-2010 15:27


meaning org melayu kena buang pakaian tradisi mrk spt baju melayu & songkok?  dan org jawa kena buang pakaian jawa mrk bila masuk islam?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:40 PM | Show all posts
jasa beliau terlalu banyak sehingga melahirkan satu  budaya baru, seperti tudung ,serban, nasyid yan ...
ahalimf Post at 14-5-2010 15:27


Ya, saya setuju... sememangnya beliau banyak berjasa menaikkan ekonomi orang Melayu Islam.

Al Fatihah untuk beliau, semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:41 PM | Show all posts
meaning org melayu kena buang pakaian tradisi mrk spt baju melayu & songkok?  dan org jawa kena  ...
tobby Post at 14-5-2010 15:36



Apa pulak ke situ pemikiran awak nih....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 04:04 PM | Show all posts
Apa pulak ke situ pemikiran awak nih....
sellie003 Post at 14-5-2010 15:41


yg aku paham islam datang menyuruh kita tutup aurat, bukan datangnya islam utk ubah pakaian tradisi sesuatu kaum.  aku suka tengok org tabligh pakistan dgn pakaian tradisi mrk sbgmn aku suka tengok org melayu dgn baju melayu mrk bila ke mesjid.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 04:34 PM | Show all posts
al fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 09:52 PM | Show all posts
alfatihah, masa sekolah dulu suka baca majalah mingguan, seronok cerita2 di dalamnya dengan ilustrasi yang cantik2 ...

isterinya ada berapa org semuanya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 11:26 PM | Show all posts
alfatihah ... takziah utk seluruh keluarga Allahyarham ... Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... moga alllahyarham ditempatkan bersama org2 yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:54 AM | Show all posts
HIDUP HANYA SEMENTARA..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:05 AM | Show all posts
Nampaknya cerita yang dibawa mengatakan bahawa dialah pemuda bani tamim @ imam mahdi yang ditunggu2 adalah karut semata2... akan ada berbagai2 dalih dan helah selepas ini...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066907 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list