CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10417|Reply: 59

[R-TV] Jangan Lupa Lirik 3 [Sabtu & Ahad, Astro Ria @ 9pm]

[Copy link]
Post time 17-5-2010 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 7-6-2010 14:39

Kehangatan Jangan Lupa Lirik 3 Sudah Dirasai



Teks & Foto oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 17 MEI 2010 : Kurang dari 7 hari lagi, game show paling popular, Jangan Lupa Lirik yang dikendalikan hos berkaliber, Aznil Hj Nawawi akan menemui penonton Astro Ria (Saluran104) bagi musim ke-3 (JLL3).

Dengan menawarkan wang hadiah RM1 Juta kepada peserta, program sebanyak 26 episod yang menguji kemampuan peserta untuk mengingati lirik ini bakal ditayangkan bermula pada 23 Mei, setiap Sabtu dan Ahad,jam 9 malam.

Apa yang nyata, Jangan Lupa Lirik kian mendapat tempat dihati penonton. Perkara itu diakui sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi apabila Jangan Lupa Lirik musim pertama dan kedua telah mendapat rating yang tinggi daripada penonton.

"Jangan Lupa Lirik adalah satu-satunya game show yang terdapat di Astro Ria. Permainan yang jelas lebih dramatik, dan mendebarkan ini telah menarik ramai penonton daripada pelbagai peringkat usia. Kami percaya dengan sambutan menggalakkan menerusi siarannya yang terdahulu, ia bakal menghangatkan lagi kemunculan musim ke-3 ini.

"Mengenai konsepnya pula. Kami masih mengekalkannya kerana format program ini adalah dari sebuah program dari Amerika Syarikat, iaitu Don't Forget Your Lyrics. Jadi, pihak kami tidak boleh mengubah formatnya sesuka hati.

"Bagaimanapun, pedekatan melalui pengacaraan dan lagu-lagu yang dimainkan membuatkan program kami lebih istimewa. Lebih menarik, kami mengadakan episod khas iaitu episod raya. Melalui episod ini, peserta akan diberikan lagu yang berkaitan dengan hari raya," katanya dalam majlis khas sempena JLL3 yang diadakan secara santai di Red Box, pusat membeli belah, The Garden baru-baru ini.

Pada majlis itu, sekumpulan wartawan dijemput untuk merasai sendiri bagaimana menjadi peserta JLL. Mereka yang dibahagikan kepada 2 kumpulan terpaksa menyempurnakan lirik beberapa buah lagu yang berikan secara rawak. Acara meriah yang berlangsung hampir 2 jam itu dihoskan sendiri oleh Aznil.

Melalui program ini, peserta sebenar diuji menyempurnakan nyanyian tanpa lirik. Di tengah-tengah lirik yang disiarkan, tapak kosong akan muncul dan muzik akan dihentikan. Disitulah yang bakal menentukan kemenangan peserta.

Sekiranya peserta tidak berjaya menyambung lirik yang dikendaki,mereka boleh menggunakan 3 jenis bantuan iaitu teman atau artis artis undangan, pilihan A,B, C dan pilihan membuka 2 tapak yang sememangnya betul.

Setiap lagu mempunyai nilai wang yang tersendiri bermula daripada RM500 hinggalah RM1 Juta.

Artis undangan yang terpilih untuk membantu para peserta untuk musim ini seperti Zainal Alam Kadir, Angah Raja lawak, Atilia, Hazama, Farouk Hussein, K'rill Rashid, Azwan Ali, Opie Zami, Didie Alias, Ning Baizura, Black, Awie, Adam, Isma AF7, Sharifah Shahira, Alif Satar, Aizat, Akim, Alyah, Aril, Sarah Raisuddin, Nadia, Shamsul Ghau Ghau,Dina dan Zizan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 08:34 PM | Show all posts
woohoo!
i suka tengok iklan yg aznil lupa lirik belaian jiwa tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:09 PM | Show all posts
wahhh lama ku nantikan program ini...
tak sabarrr...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:12 PM | Show all posts
x lama lg nak main kat tv nie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:58 PM | Show all posts
wahhh lama ku nantikan program ini...
tak sabarrr...
purpleungu Post at 18-5-2010 17:09


tak nak jadi peserta ke purple?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 08:23 AM | Show all posts
Kenapa rancangan Jangan Lupa Lirik S3 tak direhatkan sempena Piala Dunia 2010?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2010 08:40 AM | Show all posts
rambut aznil mcm rambut palesu dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:39 AM | Show all posts
wahhhhh.....best sgt jgn lupa lirik nak kembali...
suka sgt tgk gelagat peserta yang masuk rancangan nie...
huhuhuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2010 09:40 AM | Show all posts
Jangan Lupa Lirik 3 lebih dramatik
Oleh Norhadiani Baharom

2010/05/19

BERPENGALAMAN mengacarakan pelbagai program, sudah pasti Aznil Nawawi mempunyai kriteria tersendiri dalam menilai setiap tawaran yang diterima.

Jelas setiap program yang dikendalikannya berjaya melonjakkan 'rating' sesebuah stesen itu. Misalnya, Akademi Fantasia (AF) yang menjadi sebuah program yang mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat.


Ia disusuli Jangan Lupa Lirik (JLL) mencatatkan pencapaian luar biasa dan sebagai bukti, ia kini masuk musim ketiga dan bakal menemui penonton Astro Ria (Saluran 104) pada 23 Mei ini.


Bercerita mengenai keistimewaan program yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1 juta itu, Aznil menganggap ia sebagai satu lagi cabaran dalam karier pengacaraan.


"Saya terikat dengan kontrak Astro dan tidak ada pilihan untuk mengatakan ya atau tidak terhadap sesuatu tawaran yang diberikan. Mungkin Astro merasakan saya boleh menggalas tanggungjawab ini.


"Bagi saya, kalau diberikan program semudah makan biskut pun, saya akan cuba membuat kelainan berbanding program sedia ada.


"Sebelum mengacarakan program ini, saya pernah menonton Jangan Lupa Lirik versi Amerika iaitu Don't Forget Your Lyrics dan saya dapati pengacara program itu sangat kelakar.


"Dalam Macam Macam Aznil, pihak Astro sudah melihat sisi lucu saya sebagai seorang pengacara. AF pula menyerlah sudut sensitif dan kasih sayang saya kepada pelajar.


"Mungkin untuk program JLL ini pihak Astro mahu saya membawa karakter yang berbeza dalam pengacaraan sebelum ini. Justeru, saya menerima cabaran itu dan melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab," katanya.

Akui Aznil, setiap kali mengacarakan program ini badannya jadi seram sejuk sehingga bulu roma tegak berdiri lebih-lebih lagi ketika peserta membuat keputusan untuk mengunci lirik mereka.


"Bukan saja peserta yang kecut perut, saya sendiri pun remang bulu roma setiap kali mereka ingin mengunci lirik. Kadang-kadang saya bercakap sendiri dalam hati, janganlah dijawab kalau lirik itu salah.


"Ada masanya pula, saya tak dapat menahan untuk berkata kepada mereka, cepat-cepatlah jawab kalau rasa betul. Sebagai pengacara, kalau boleh saya mahu melihat peserta tidak pulang tangan kosong.


"Seperkara lagi yang membuat saya kagum ketika mengacarakan program ini ialah kemampuan peserta menghafal lirik yang panjang," katanya pada majlis ramah mesra dengan pihak media di Red Box, The Garden's, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Aznil dan petugas Astro juga menganjurkan pertandingan mudah JLL untuk pihak media. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu menyempurnakan lirik beberapa lagu yang berikan secara rawak. Acara meriah yang berlangsung hampir dua jam itu dihoskan sendiri oleh Aznil. Kumpulan 1 muncul juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM2,000.


"Saya kagum dan tidak menyangka rupanya ramai wartawan kita boleh menyanyi selain menghafal lirik lagu. Dari dangdut, rock, pop dan irama tradisi, mereka nampaknya mampu lakukan.


"Kalau untuk musim ini ada episod amal, Hari Raya dan Minggu Rock, rasanya perlu ada satu episod untuk minggu pihak media.


"Musim ini tambah menarik kerana ada drama yang berlaku secara spontan. Ada dua peserta JLL3 berjuang untuk menang kerana seorang itu pesakit barah payu dara dan mahu menampung pembedahannya, manakala seorang lagi, ingin membantu untuk membiayai pembedahan abangnya yang menghidap penyakit barah," katanya. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata JLL musim pertama dan kedua mencatat 'rating' yang tinggi daripada penonton.


"Jangan Lupa Lirik satu-satunya game show yang ada di Astro Ria. Untuk musim terbaru ini, JLL3 membuat perubahan dengan mengenengahkan permainan yang lebih dramatik dan mendebarkan. "Berhubung konsepnya pula, JLL3 masih mengekalkan format asal program iaitu Don't Forget Your Lyrics," katanya. Artis undangan yang terpilih untuk membantu para peserta untuk musim ini ialah Zainal Alam Kadir, Angah Raja lawak, Atilia, Hazama, Farouk Hussein, K'rill Rashid, Azwan Ali, Opie Zami, Didie Alias, Ning Baizura, Black, Awie, Adam, Isma AF7, Sharifah Shahira, Alif Satar, Aizat, Akim, Alyah, Aril, Sarah Raisuddin, Nadia, Shamsul Ghau Ghau, Dina dan Zizan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:09 PM | Show all posts
tak nak jadi peserta ke purple?


jadi peserta depan tv aja lorrr..
pastu jerit2 sbb peserta nyanyi salah lirik hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:27 PM | Show all posts
camne aku nak msuk jgn lupe lirik nih??
misti awal dah kantoi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 02:40 PM | Show all posts
minggu lepas
tertengok yang episod ada azwan jadi artis undangan

adehlah gelak tak agak2
tengok si aznil ngan si azwan jadik penari latar
time peserta nyanyi lagu rancak gemalai, samrah mentari by jamal..

mmg geli hati tengok gelagat dorang, kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:17 AM | Show all posts
tak tengok episode azwan ali tu...nnti tngk repeat lah

ep 1 -  zainal alam kadir
ep 2 - azwan ali
ep 3 - opie zami
ep 4 - didie alias
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 03:45 AM | Show all posts
skang ni ada peserta yang sakit kanser tu dah dapat 50k..
nanti minggu ni sambung lagi dia...
pandai ow dia nyanyi...baru guna 1 talian hayat tak silap...
sore pun ok...sedap la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 09:44 PM | Show all posts

Sakit Hati Tgk Jangan Lupa Lirik

hallo guys.. sori.. aku nk komplen sket game show nie.. aku mmg fan aznil so, mmg suka lah program nie.. tp yg benci sgt tue.. asyik2 iklan.. nak kunci iklan dlu.. nak bukak iklan dlu.. nk pilih lgu iklan dlu... lama2 abah aku kata nie program iklan.. la, ni aku mls nk tgk sbb memanjng iklan.. klu live aku phmlah gak sbb myb nak bg peserta tu pk dlu.. melampau betul.. x brbaloi aku bayo bil astro klu tayangkn program byk iklan mcm nie!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 10:29 PM | Show all posts
astro kan mmg mcm tu. korang bayar bill astro bukan sbb nak tgk cerita dia tapi semata2 nak tengok iklan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2010 11:14 PM | Show all posts
aku peminat rancangan ni

mmg sakit hati iklan tapi apa boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:10 PM | Show all posts
mmg lor...

iklan tu wat hangin satu badan jek... sbb byk no...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:18 PM | Show all posts
aku setuju sgt2...
manjang iklan..
yg aku heran, nyanyi ckit je..iklan lg pnjang...
nyampah...busan dgn astro...
ehh...ter 'emo' lah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:34 PM | Show all posts
a'ah laa..banyak sangat iklan ...ape pnya astro laaa..bayar bil bebanyak hanya untuk tgk iklan je..geram rasa...baik x yah buat siaran berbayar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list