|
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Asalamualaikum semua...
Entah kenapa hati aku tergerak nak buka thread ini.....mungkin aku melihat ada hamba Allah yng ingin solat tetapi malu nak bertanya , atau tidak tau cara nak bertanya...
Umat Islam memang wajib solat.. itu semua orang tau..tiang ugama.. tp sempurnakah solat kita ? jd tujuan aku bukan nak tunjukkan diri aku ini alim atau yang seangkatan dengannya. Aku pun nak solat yang sempurna yang boleh menghindar diri atau sebagai benteng menghadapi ujian/maksiat dan juga dari hasutan syaitan yang direjam.
cuma aku ingin semua orang yang tidak tau cara nak solat yang sempurna akan dapat ilmu di thread ini .
Bukan aku yang nak ajar tp aku harap ada ustaz2 atau ustazah2 disini atau diluar sana yang membaca akan memberi ilmu disini.
Berguru adalah yang sebaik baik nya , masalahnya disini mana nak carik dimana? kemana? bagaimana?
Kalo ada thread ini sekurang kurangnya dapatlah kiranya aku atau yang diluar sana nak atau ingin nak solat tp tidak tau cara dapat belajar sedikit sebanyak. bila dah ok dan tau cara sujud rukuk dll , pg masjid taklah asing rasanya dan tau nak buat apa.... ( harap faham maksud aku )
Jadi disini aku nak mintak pendapat anda semua yang berilmu.
apa yang kita harus laku kan sebelum kita solat....
dari segi persiapan diri, tempat dan waktu.
Mungkin ada yang tergerak dalam hati ( alah benda basic begini pun tidak tau ) tak pa bagi yang tau ok , tp bagi yang tak tau atau zero basic pasal solat dan malu nak bertanya , ( malu bertanya sesat jalan kan )?
Diluar sana ada yang tergerak hati nak solat tapi tidak tau cara. thread ini mungkin berguna. Mana lah tau selepas dapat ilmu dari ustaz2 dan ustazah disini tergerak hati mereka dan kita untuk mendekati Allah lebih lagi.
mungkin boleh dibagi 3 bahagian:-
1. Persediaan nak solat-
Cara Mandi wajib, Cara Ambik air sembahyang,
Tempat solat , Kiblat .
2. Bacaan dan doa doa asas/ wajib /harus /sunat
3. Perkara yang membatal sembahyang dan air sembahyang
Kepada sesiapa yang ada ilmu sila silalah curah ilmu anda disini , semoga hidup kita diberkati Allah SWT dunia dan Akhirat .
aku andaikan diri aku ini tidak tau apa apa... dari mandi wajib, baca alfatihah, hingglah ke salam ...
ada masa nanti aku akan pastekan yutube al Fatihah yang ada maksud BM sekali kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam mod aku baru lihat ada thread niat solat ,, boleh tak mod rangkumkan dsana...
atau mod delete saja, tq |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa area kajang ke bangi ke, meh datang presint 17, putrajaya rabu malam khamis pas magrib... ada kuliah ttg solat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|