CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2891|Reply: 7

Ganjaran Pahala Dalam Islam.

[Copy link]
Post time 25-5-2010 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Satu persoalan yang sentiasa bermain di minda. Pernah diutarakan kepada beberapa Ustaz dan Ustazah namun tiada jawapan yang meyakinkan diterima.

Seperti yang kita semua tahu, kita adalah HAMBA kepada TUAN kita iaitu Allah. Seseorang hamba itu tentulah tidak layak memohon atau menuntut apa-apa pun dari tuannya, melainkan terus berkhidmat dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh tuannya. Mungkin ada ganjaran atau hadiah yang dijanjikan tetapi itu merupakan hak mutlak si tuan tadi.

Allah memerintahkan kita untuk beribadat kepadaNya. Dan Allah juga menjanjikan ganjaran kepada orang-orang yang beramal soleh.

Setiap kali kita hendak melakukan solat contohnya, kita akan berniat "sahaja aku solat zohor 4 rakaat KERANA ALLAH TAALA". Semata-mata kerana Allah. Kerana ianya suruhan Allah.

Namun apa yang saya perhatikan, guru-guru agama di sekolah menekankan kepada generasi muda bahawa kita solat kerana WAJIB. Apabila dilakukan mendapat PAHALA. Solat sunat Tarawih jika dilakukan akan mendapat ganjaran yang berlainan mengikut bilangan malam ianya dilakukan.

Adakah kita melakukan sesuatu ibadat itu semata-mata kerana Allah, sama seperti niat kita atau kita mengharapkan balasan pahala dan ganjaran syurgaNya? Adakah selama ini kita IKHLAS beribadat kepadaNya?

Minta pendapat dan penjelasan tuan-tuan yang lebih arif dalam Islam untuk merungkaikan persoalan saya ini. Semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Allah.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 10:21 PM | Show all posts
wslm sedara,

niat melakukan ibadah utk dapatkan ganjaran juga dianggap ikhlas tetapi kurang tingkatan/pahala kalau nak dibandingkan dengan ibadah semata2 kerana Nya

dalam tasawuf, ada disebutkan lebih kurang macam ini,
1. Ibadah kerana cintakan Allah --> Ibadah seorang merdeka.
2. Ibadah kerana mengharapkan ganjaran dari Allah --> Ibadah seorang saudagar.
3. Ibadah kerana takutkan neraka Allah --> Ibadah seorang hamba.

tahap paling tinggi yang nombor satu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:52 AM | Show all posts
Adakah kita melakukan sesuatu ibadat itu semata-mata kerana Allah, sama seperti niat kita atau kita mengharapkan balasan pahala dan ganjaran syurgaNya? Adakah selama ini kita IKHLAS beribadat kepadaNya?


ibadah mmg kerana ALLAH

IKHLAS itu dihati... yang menilai hanya ALLAH

balasan pahala dan ganjaran syurga itu sesuai dengan janji ALLAH.

keduanya adalah hak ALLAH. namun jika hambaNYA nak mengharap itu, tidak lah menjadi kesalahan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:39 AM | Show all posts
bagus jugak soalan nie.....

kerna terpikir jugak jika mengharap syurga itu seolah2 iman saudagar. yakni membeli syurga dgn pahala.

namun mengharap syurga jugak boleh dikatakan sebagai satu keikhlasan.
jadi bagaimana?

sy tiada ilmu tentang ini, dan berharap ada ilmuan dari sumber sohih(bukan sumber khayalan) boleh beri penjelasan.

cuma satu perbandingan ingin sy buat tentang tawassul.

ada 3 cara bertawassul yg dibenar menurut hadis sohih.

1) tawassul dgn nama2 Allah yg sempurna berdasarkan dalil Quran:


dalil :

“Hanya milik Allah asmaaul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaul husna itu …” (QS. Al Anfaal: 18)


2) tawassul dgn amal solih Yakni menyebutkan dalam do’anya amal shalih yang pernah dikerjakannya. Hal itu seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar, bahwa ada 3 orang laki-laki yang terkurung di dalam gua. Kemudian mereka berdoa dengan menyebutkan amalan shalihnya masing-masing agar dibukakan pintu gua tersebut dari batu yang menutupinya. Akhirnya Allah mengabulkan doa mereka, dan mereka dapat keluar dari gua tersebut .


3.tawassul dgn org soleh YANG MASIH HIDUP. yg mati takleh ditawassul.

dalil:

Adapun dalilnya adalah ketika seseorang yang meminta Rasulullah untuk berdo’a kepada Allah agar diturunkan hujan, orang itu berkata: “Wahai Rasulullah, telah binasa harta benda kami dan terputus jalan-jalan maka mohonkanlah kepada Allah agar menurunkan hujan”. Maka Rasulullah mengangkat kedua tangannya, lalu berdoa: “Ya Allah turunkanlah hujan, ya Allah turunkanlah hujan”. (HR. Muslim)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salah satu tawassul yg dibenarkan adalah seperti contoh nombor 2, yakni bertawassul dgn amal soleh.

ini menunjukkan iman saudagar bukanlah larangan, malahan sunnah. tidak pula dinyatakan dalam mana2 hadis kalau bertawassul dengan amal soleh maka amal soleh itu akan habis dan tidak ada bahagian di akhirat kelak. maka ini menunjukkan selagi kita bertauhid pada Allah, memang kita boleh mengharap balasan dari Allah dari amaln kita.

cuma kedudukan itu mana yg lebih tinggi wallahua'lam....

ada sesiapa boleh konfermkan dari hadis sahih tentang kedudukan ini?

lagipun dalam surah al-waqiah ada 3 golongan di akhirat kelak, satu golongan kiri mendapat balasan buruk, manakala 2 golongan lagi pertama golongan kanan dan kedua adalah golongan yang mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia. yakni kedua2nya golongan baik.

apakah perbezaannya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 06:46 PM | Show all posts
wslm sedara,

niat melakukan ibadah utk dapatkan ganjaran juga dianggap ikhlas tetapi kurang ting ...
lobo85 Post at 25-5-2010 22:21


mungkin kurang jelas, ibadah ketiga2 ni smua diterima, cuma berbeza dari sudut tingkatan/maqamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 06:52 PM | Show all posts
bagus jugak soalan nie.....

kerna terpikir jugak jika mengharap syurga itu seolah2 iman saudagar. ...
ussopp Post at 26-5-2010 11:39


yang psal surah waqiah tu, ada beza dua glgn baik tu.. kalau kita baca surah tu, secara jelas perbezaan pertama ialah, glgn yang pertama itu, kbykannya terdiri drpd glgn awal2 (salaf) daripada glgn terkemudian, bermaksud iman/sumbangan mereka lebih tinggi/banyak daripada glgn terkemudian ni...

[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2010 06:54 PM | Show all posts
manakala glgn kedua

[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 04:11 PM | Show all posts
Terima kasih saudara2ku sekelian yg telah menjawab dgn jelas dan terang mengenai kemusykilan sy ini.

Dari apa yg sy faham dari penjelasan saudara2 sekelian bermakna tidaklah mnjadi kesalahan untuk kita mengharapkan pahala dan balasan syurga dari Allah SWT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.194036 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list