View: 4023|Reply: 23
|
Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by snowey_dey at 9-6-2010 21:58
Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
Oleh NIEZAM ABDULLAH - mStar online
Penyanyi Faizal Tahir menawar diri untuk menyertai misi kemanusiaandan sanggup mati syahid bagi membantu rakyat Palestin yang menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
Faizal mengakui menangis apabila melihat menerusi internat danmembaca kisah-kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim tersebut terhadap umat Islam yang tidak bersalah.
“Saya tidak malu untuk berterus terang yang saya menangis melihat kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terutama penduduk Gaza,” katanya ketika ditemui selepas ditemu bual menerusi rancangan terbitanTV3, Wanita Hari Ini (WHI) di sini, semalam.
Faizal yang juga bapa kepada tiga orang anak berkata, jika ada tawaran daripada badan-badan sukarelawan untuk mengajaknya ke sana, dia tidak akan menolak.
Ini kerana adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang Islam untuk sama-sama membantu dan sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada golongan yang dihimpit kesengsaraan.
“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni,saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.
Ujar lelaki yang popular dengan lagu Sampai Syurga ini, atas sebab itu juga dia sanggup menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan untuk menyertai mana-mana aktiviti sukarelawan yang dianjurkan stesen televisyen itu.
Bagaimanapun secara kebetulan TV3 sedang menggerakkan kempen Bebaskan Bumi Palestin yang seterusnya menawarkan Faizal menjadi duta bagi menjayakan kempen tersebut.
“Ketika hati saya dirundung kesedihan mengenangkan mereka yangkurang bernasib baik itu, TV3 pula bersetuju melantik saya menjadi duta kempen ini. Saya amat bertuah,” katanya.
Menerusi aktiviti tersebut kata Faizal, dia akan memainkan peranannya sebagai seorang artis untuk berkongsi cerita dengan orang ramai dalam menyalurkan mesej kemanusiaan.
Kempen yang tidak melibatkan apa-apa sumbangan dan kutipan wang itu akan dilakukan dalam bentuk penerbitan klip video selama 30 saat yang akan disampaikan oleh Faizal.
“Setiap kali menonton klip video berkenaan, ia akan memberi peringatan kepada mereka mengenai kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh umat Islam yang telah ditindas.
“Dalam klip video itu juga saya akan meminta rakyat Malaysia untukmendoakan kesejahteraan penduduk Palestin kerana hanya dengan doa sahajalah bentuk sumbangan yang mudah dan mampu kita beri ,” katanya.
Tambah Faizal lagi, kebenciannya terhadap tentera Israel bertambah apabila mereka tergamak menawan kapal Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang turut membawa sukarelawan Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir yang sebenar, a great Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin
Inilah pengakuan insan bernama Faizal Tahir,ketika membaca berita kekejaman ISRAEL laknatulllahh yang berhati binatang itu beliau mengaku menangis mengenang sengsara yang dilalui oleh rakyat Palestin.
Ini adalah antara bait-bait luahan artis bernama Faizal Tahir mengenai Palestin,
“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.
credit: http://www.zoomartis.net/2010/06 ... ti-syahid-jika.html |
|
|
|
|
|
|
|
terharu aku..
syahid semua yg namanya Islam mngidamkannya..
smoga FT n fmily dlindungi rahmat selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
terharunya aku...
erkk.. nizam kring2 dh pegi ke mstar rupa2nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# sicomel
ptt la kring2 da xda kt pancaindra.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# sicomel
niezam ni = joyah ek? klu betul, padanlah tajuk artikel gempak semacam.. x pasal FT kena kutuk kt bod gosip.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sicomel at 11-6-2010 14:16
Reply 7# snowey_dey
tu abg aku yg ckp. klu betul, betul la. klu x betul, x betul la. joyah spot ada lg ke kt pancaindera?
biasa la... saja nk sensasikan sesuatu news dgn cara meletak tajuk yg 'gegak gempita' tmbh2 lak FT artis yg top... klu FT artis suam2 kuku atau sejuk dingin beku maybe takde la org beri perhatian sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sicomel
niezam ni = joyah ek? klu betul, padanlah tajuk artikel gempak semacam.. x pasal ...
snowey_dey Post at 11-6-2010 13:47
ko ... budak2 kat cari tu
48 jam cari salah orang & dok tambah dosa kering
mcm dosa sendiri sikit nor nak dibawak lepas mati
tu yg sibuk dok tambah dosa
takut tak berapa berat nak dibawak dlm kubur & di padang masyhar
kalau org lain sibuk cari pahala
forumer2 kat gosip sibuk dok cari dosa
menyumpah memakin hamun mengata orang
aku jarang lepak kat sana ... kecuali bila ada org kutuk giller FT
aku backing gak la
terkadang tu tak larat sbb dorang bukan makan saman
bagi dorang, dorang tu maksum
orang lain semua jahat
dorang yg suci bersih tanpa dosa
kalau lama2 lepak kat sana .... boleh heret aku sekali ke api neraka
naunzubillah!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# santubung
aku pun sama la.... sakit hati betul. kekdg pelik dgn dorg ni takde keja lain kutuk org 24 jam. ungkit kisah lama dan bukak aib org 24 jam. cth mcm kes gugur baby tu pd aku x sepatutnya didedahkan. klu betul2 salah pun biar la Allah yg tentukan selanjutnya. kang 'ceramah' lebih2 ada plak kang yg suka suki hati cop ustazah plak kang. mmg susah jenis x makan saman, x mkn nasihat. hati dh keras. klu ada thread yg ada kena mengena psl FT mmg aku masuk utk backing setakat yg boleh. thread2 lain, malas!!! klu masuk pun, komen gitu2 je.
bod gossip forum cari ni mmg hadoi... aku ada gak masuk forum carigold.com ada gak thread psl ni tp so far ok je la takde la nk maki hamun kutuk segala. klu pertikai pun skit je, sopan je blh diterima la lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kat facebook TV3 pun ada duk kutuk2 pasal ni
ada yg backup
maybe yg kutuk2 ni teringin nak jadi public figure
tapi tak dapat so, kerja duk depan PC kutuk public figure |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 11-6-2010 22:05
kenapa gosip tempatan jadi tempat sarang sumpah seranah maki hamun? sbb mod dorang tak pantau. ada masa mod sama naik ngan forumer ngutuk! so? tak leh kata aper!
aku rasa dah tiba masanya pihak berkuasa pantau sikit forum.cari. tu pun dah ramai gak yg kena angkut sbb dorang terlampau sgt. bab menghina artis & orang kenamaan mmg tak hingat dunia. mcm dorang hidup selama2nya & tak akan mati. mungkin bila sedap jer jari ketuk keyboard dah tak ingat dosa pahala. yg tahu mengutuk, mengeji, menghina, menghamun orang 24 jam! terkadang tak sanggup nak baca!
gini la ... kalau rasa pahala tak berapa, tak usah la dok tambah dosa ngan bukak aib orang. atas dunia sedap jer ngungkit & ngata dlm kelambu orang. bukak aib orang .... esok kat dalam kubur. kat akhirat ader saper nak tolong? selain amal ibadat sendiri. kalau la apa yg kita tu fitnah? kalau org yg kita fitnah tu tak ampunkan kita, ada kita lepas ke syurga tanpa perlu melalui seksaan api neraka? fikir2kan lah. jangan sbb jari esok satu badan kena bakar dek jari!!!!
pasal FT pada aku senang jer .... mana yg leh aku backing aku try backing sbb FT pun orang gak. ada masa dia pun buat salah. dia pun manusia bukan nabi. actually aku ada terfikir duta ni anti-israel but at the same time FT pun duta barangan dorang. agak pelik. but aku percaya niat FT baik & dia ikhlas. maner ada orang yg sokong kekejaman israel? |
|
|
|
|
|
|
|
dorg mengutuk dan menghina sampai x hengat dunia??? mmg pun... dgn dunia pn x hengat, apalagi la akhirat, laaaaagiiiiiiii la x hengat!!!! x hengat langsung kot???? |
|
|
|
|
|
|
|
israel terlalu angkuh sbb kuasa besar di bawah telunjuk mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
dorg mengutuk dan menghina sampai x hengat dunia??? mmg pun... dgn dunia pn x hengat, apalagi la akh ...
sicomel Post at 11-6-2010 20:46
dorang mcm tu ..... hidup dorang 24 jam adalah tuk menghina & mengutuk orang
kalau kita pun sekali join menghina & mengutuk .... kita pun 2 x 5, 5 x 2
so biarkan mereka ngan labu2nya
sampai ajal baru dorang tahu kesan drp hinaan & kutukan tu!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
terharu dgn faizal tahir huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
go go FT |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.....
seorang muslim mmg sepatutnya ada niat mati syahid.
dunia nie benar2 sementara |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.....
seorang muslim mmg sepatutnya ada niat mati syahid.
dunia nie benar2 sement ...
ussopp Post at 15-6-2010 02:12
sepatutnya as muslim ... setiap org perlu ada niat mati syahid
berlaku or tidak itu kehendak Allah
sama gak setiap org ada niat untuk mati ketika mengerjakan haji di Mekah
berlaku atau tidak itu jua kehendak Allah
jadi tak perlu la kita memperlekeh niat baik org
sbb terkadang perbuatan kita itu menunjukkan betapa JAHILnya kita tentang Islam
kita mentertawakan niat baik seseorang yang terkonon lebih hina drp kita, sedangkan kita yang hari2 menghina, memaki, dan mengata yang buruk2 tentang orang lain ... sebenarnya kita lebih HINA drp orang yang HINA itu ..... belajar2lah untuk muhasabah diri untuk jadi yang lebih BAIK hari esok, bukan lebih BURUK dari hari semalam
setiap niat baik .... tak kira berlaku atau tidak, pahalalah ganjarannya. jika kita tak mampu melawan musuh ALLAH dengan perbuatan, lawanlah musuh Allah itu dengan niat kerana itu lebih besar pahalanya. begitu juga jika kita mendoakan agar niat baik seseorang. tak nak ker kita dapat pahala tu?
ISLAM itu mudah tetapi kita yang JAHIL sahaja yang menjadikan ISLAM itu susah kerana kita terlalu JAHIL dan suka MENJATUHKAN orang lain. itulah sifat kita yang termakan hasutan IBLIS laknatullah tetapi kita merasakan kita terlalu suci drp orang yang berniat suci. sedangkan niat kita cuma untuk memperlekehkan orang
renung2kan kata2ku ini! sekadar untuk renungan bersama. sesiapa yg terasa aku pohon maaf!!!!! kerana sebagai manusia sesama ISLAM, kita juga digalakkan ingat-mengingatkan pada teman2 yang lupa akan akhirat & lalai dengan duniawi
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# snowey_dey
salam,
lebih murni buat kerja begini dari kerja sebagai artis itu
semoga dia insaf
amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|