CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 8

Apa pandangan ulama', perlu ke ada sikit sifat2 gedebe/keras

[Copy link]
Post time 11-6-2010 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Perlu ke kita ada sikit perasaan berkeras dan confident dgn diri sendiri/geng2 kita, sebab saya perhatikan bila kita terlalu baik, berakhlak baik macam orang Muslim yg sejati/mukhlis ni ada pulak orang yg nak pijak kepala kita. Ni situasi saya yg pernah berada dalam bidang pendidikan, perniagaan, profesional dan sukan, tetap akan ada orang yg nak pijak kepala kita lagi2 dalam bidang yg penuh competitive dan persaingan macam bidang perniagaan/bisnes. Kena ada geng2 sendiri yg boleh bantu kita kalau ada orang cuba nak pijak kepala...

Ni sedikit situasi dari blog kenalan saya....

Kisah di UM 90-96Rabu, 21 Oktober 2009 20:18 | Ditulis Oleh admin |

banyak kenangan manis dan pahit untuk diceritakan mengenai kisah di UM. Pelbagai karenah dan ragam kawan-kawan jika diingati balik memang melucukan dan memalukan. Tapi itu kisah lama. Kisah anak-anak muda meniti detik manis bergelar pelajar sebuah universiti tersohor di Malaysia.

Marzuki (bukan nama sebenar) atau digelar Juki Besi merupakan seorang pelajar yang bijak. Namun dia sukar mengawal kemarahan. Ada saja peristiwa yang melibatkan pergaduhan tercetus. Yang bestnya, kawan-kawan tak peduli apa kes sebenarnya dimana sapa betul atau sapa salah terus je support Juki.Walaupun Juki kepala pada geng ni tapi dia punya study steady. Sekarang dia bergelar IR (engineer) dan bekerja di Timur Tengah.

Jemi Puchong, Denan Mamat, Mat Lan, Meji, Tok, Nik Pa, Ashlemy, Idan, Jeli, Fayzak,Sedi Black,Mat Ju Sodok, Sidi, Jai, Epul, Najib dan ramai lagi mempunyai perwatakan tersendiri dan ada kes masing-masing.

Mereka semua ni gedebe belaka dan menjadi gedebe seperti mereka berbaloi kerana mereka semua berjaya dalam hidup masing-masing kini.

Rasanya seperti baru semalam bersama dengan mereka, ke hulu hilir bersama, belajar bersama-sama dan melalui suka duka bersama.

catatan: BCA7184


Mengenai GedebeRabu, 21 Oktober 2009 19:20 | Ditulis Oleh admin |



Perkataan 'Gedebe' adalah dari loghat bahasa Kelantan yang bermaksud berani tanpa rasa gentar. Mungkin dari segi sebutan ianya menjelmakan satu perwatakan ganas. Sebenarnya gedebe bukanlah bermaksud kepada keganasan tetapi lebih kepada jati diri dalam mempertahankan prinsip, tidak takut pada apa halangan dan bersedia untuk berbincang atau bertarung atau bertanding.

Namun maksud gedebe ini seringkali digunakan dalam bentuk negatif. Kejahatan, keganasan, samseng adalah imej bagi orang yang gedebe ini. Dalam web ini kawe ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengenai pengalaman kawe bersama orang-orang gedebe.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2010 05:43 PM | Show all posts
Kisah Gedebe

Khamis, 05 November 2009 14:27 | Ditulis Oleh admin | PDF Cetak Email
Bukan nak kata orang negeri lain tidak gedebe tapi kawe nak cerita kisah orang gedebe di kawasan kawe. Ada macam-macam nama. Peringkat orang lama, orang pertengahan dan orang muda masing-masing ada puak dia tersendiri.

Kalau di Melor, kawe respek sorang nama Mat Yah. Umur dia muda pada kawe setahun tapi kalu tengok tuan, nampak tua dia daripada kawe. Tubuh sedap, besar dan belajar pun setakat sekolah menengah je. Tapi otak dia dalam bisnes memang kelas.

Dikalangan set gedebe semua pakat tunduk ke dia, bukan sembah tapi respek. Bijak mengendalikan bisnes motor. Dia buka kedai motor di Melor, asalnya dan kini berpindah ke Peringat atas nama Melor Motor. Boleh beli ansuran dan siap ada sistem online dengan JPJ dan boleh blacklist kalau tak bayar ansuran.

Sistem pembelian ansuran Melor Motor ni tidak guna main tulis atas kertas saja tapi ada rekod berkomputer yang boleh list senarai sapa bayar tak bayar. Boleh keluar surat tarik secara auto. Idea dia bijak dan kawe respek orang lagu ni.

Hok lain hok masyhur dengan gedebe semuanya hampeh. Selak kera dan tak pakai kerja.

Tadi kawe baru terima berita tentang saing kawe dari kecik lagi iaitu Mazlan Jaafar kena tetok ke demo. Kawe tidak tahu kes apa tapi dengar cerita dari adik dia, mata tak nampak sebelah, tangan masuk besi, jari tangan putus dan kena juga atas belakang.

Ada lagi stail bodoh lagu ni. Tak pikir nasib orang hok ada anak bini. Sebelum ni anak buah kawe kena tetak juga. Nama Keri Merah. Alhamdulilah tak dok gapa nama walaupun masa masuk wad hari tu berat jugak.

Kes dia tak tahu selesai ke tidak tapi disebabkan duit banyak maka orang hok wat kerja bodoh ni dengar kabar lepas.

Sapa kata stail cerita tamil tak wujud. Tengoklah kisah hidup ni. Berlaku bila minda atau lebih muda kepala hotak tak reti guna. kawe nak jentik telinga anak pun mikir 4-5 kali sah ke nak tetak orang....mintak jauhla
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 12:10 PM | Show all posts
dalam kitab sheikh nasiruddin allbani ada ajar, targhib dan tarhib dua2 kena ada
kalau gedebe je orangpun menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 12:51 AM | Show all posts
aik? kenape cam ade 2 post thread yg same? cam penah bace thread ni sebelum ni, tpi dimana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 13-6-2010 01:13

dulu rasanya ada orang bawak tajuk yg sama....sebijik.....

mcm ni lah yer, apa bila bercakap tentang akhlak Islamiah, kita tak usah pening2, atau cuba menjadi kreative.....
kerana persoalan tersebut mmg pernah bermain di mana2 saja kepala org yg cuba menegakkan Islam...

cukuplah akhlak nabi jadi rujukan.....kerana nabi jugak berdepan dgn geng2 gedebe dari arab jahiliah dulu........

pernah ada seorang forumer yg sy hormati menjadikan akhlak umar al-khatab sebagai rujukan membenarkan sifat gedebe dalam islam.

benar, umar Al-kattab adalah tegas, tetapi adakah gedebe?

sebab org kita biasanya cakap je nak gedebe demi kebaikan seperti umar( konon), padahal realiti yg terjadi ialah mereka lebih kepada kebiadaban....dan terdedah pada  ketandusan akhlak.

lagipun, sudah ramai dah org yg bersikap gedebe, walopun tanpa contoh dari Umar.

kita yg kekurangan sekarang bukannya sikap gedebe, tp sikap lawan kepada gedebe tue....
sikap gedebe dah ada banyak dah, tak payah umar al-khattab pun banyak dah,

yg kita kurang sekarang nie adalah sifat lawan kepada gedebe.

ingatlah, umat islam kita ramai yg lemah, akhlak (sabar) adalah masalah semua manusia.
jadi cukuplah akhlak rasulullah jadi rujukan.

kalau nak gedebe demi islam, tak payahlah, sebab ramai dah.

kita la nie, kena sibuk laungkan akhlak murni, akhlak gedebe tak payah lah war-warkan...
sebab dah banyak dan biasanya ramai akan tersasar.

tersasar apa?

tersasar meninggalkan sabar dalam dakwah...


ikutlah rasul, dia talah menunjukkan SIFAT GEDEBE YG PALING GEDEBE ANTARA SEMUA GEDEBE_GEDEBE ADALAH bersikap berlembut dengan ke-gedebe-an.....
yg mana sikap ini membuat kan org jahiliah kehairanan/pening-pening lalat dan menjadi salah satu tarikan kepada Islam....

zaman sekarang, orang yg panas baran dianggap org yg yakin dan org yg lemah lembut dianggap tidak yakin....

kita belajar Islam lama dah,

jadi marilah kita terbalikkan keadaaan ini, yg mana yg lemah lembut itu, kuatkan keyakinan anda bahawa andalah yg lebih kuat dari gedebe.....

kalau yg gedebe dipandang tinggi dan lemah lebut dipandang hina, marilah kita ubah, yg lemah lembut itu yg lebih meyakinkan, dan yg gedebe itu konon-konon kuat, tp sebanarnya di sisi Allah , itulah yg lemah......

sesuai dgn hadis nabi:
"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

juga riwayat dari imam muslim.
“Abu Hurairah berkata, bahwa Rasulullah s.a.w berkata: Tidaklah seseorang itu dikatakan kuat disebabkan menang bergusti/berlawan, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”


namun sy faham, gedebe yg tuan rumah maksudkan adalah gedebe YG BAIK.....

namun hati2 dlm mewar-warkan sifat ini , kerana , BIASANYA org akan tersilap.....
dan mereka akan fikir gedebe jer, last2 lupa akhlak murni...

jadi kalau lah ada perkara yg kita nak fokus, bukanlah bersikap gedebe, sebab sifat tue dah ada dah dlm manusia....

yg rata-rata kita kurang dari segi apa???

jawapan nya, tentulah sifat lemah-lembut.....sifat nie yg kita kurang.

termasuk sy sendiri.


lagipun, umar al-khattab, semasa jadi pemimpin, bukankah beliau semakin lama-semakin berlembut???

kerana apa?

kerana gedebe yg paling gedebe adalah sikap " RILEK-RILEK AJER "  walau pun berada dalam keadaan berkuasa.

bukankah hebat dapat berbuat begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 01:26 AM | Show all posts
Reply 3# w4n_satoshi


    targhib tu ape?
tarhib tu pulak ape?
kitab tu boleh pakai ke dalam islam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2010 07:19 PM | Show all posts
aku pun nak tanya soalan yg sama macam tt
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:20 PM | Show all posts
dah bosan rasanya berlembut ramai sangat orang yg tak boleh dibuat lembut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 12:30 AM | Show all posts
tu lah aku cakap, ramai orang tak konfident dgn berlembut......

ramai yg tak tahu rahsia OTAI dalam kelembutan.

ramai yg tak discover rahsia "RILEK-rilek"....

dan ramai yg menggelabah nak tunjuk otai dengan kemarahan yg mana syaitan tumpang gelak kalo tgk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072432 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list