View: 9070|Reply: 19
|
DEA SOFEA - KHAMIS - 9:30 MALAM - TV2
[Copy link]
|
|
Natasha, Tania berganding dalam Dea Sofea di TV2
DILEMA anak tunggal yang lengkap memiliki kejelitaan sebagai wanita,budi bahasanya yang tersusun dan kasih sayang daripada ayahnya berjayaditerjemah dalam satu jalinan drama rantaian terbaru Dea Sofea yangdisiarkan di TV2 sejak 3 Jun lalu, setiap Khamis bukan saja membariskanpelakon popular, malah jalan ceritanya juga menarik dan menyimpangdaripada plot cerita biasa.
Menariknya lagi, ia turut dilakonkan gandingan adik beradik,Natasha Hudson dan Tania Hudson. Dea Sofea berkisar Sofea lakonan Taniayang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ayahnya, Bakri selepaskematian ibu. Malah, Bakri terlalu menyayangi anak tunggalnya hinggatidak langsung punya masa untuk berfikir mencari pengganti isterinya.
Memiliki empayar perniagaan yang besar milik ayahnya tidaksesekali membentuk Sofea menjadi anak yang terlalu dimanjakan,sebaliknya dia punya pendirian dan impian sendiri. Sebaik tamatpengajian, Sofea mengambil keputusan untuk terbang sendiri tanpaberlindung di bawah kekayaan ayahnya.
Keputusan itu menjadi titik tolak kepada pancaroba kehidupan sebagaiwanita. Sofea berdepan kisah cintanya, menghadapi konflik perasaan danmainan emosi yang tiada kesudahan.
Penerbitnya, Kamaruzaman Nordin yang sebelum ini pernah menerbitkanbeberapa drama popular termasuk Selagi Ada Waktu, Seringgit dan Pusaka,Nordin, menganggap drama bersiri terbaru terbitannya masih berpegangpada paksi kekeluargaan korporat dan percintaan, namun penuh dengannilai pengajaran.
Malah dia yang turut bertindak memilih pelakon percaya akankredibiliti dan bakat Natasha dan Tania untuk melengkapkan barisanteraju lain seperti Redzuan Hashim, Ijoy Azhari dan Syed Aiman.
"ergolakan yang saya terapkan dalam drama bersiri ini punyakelainan sendiri, yang mana ia tidak berkisar pada aspek percintaansemata-mata, sebaliknya nilai kekeluargaan dan rasa dendam yangtersemat juga berjaya ditonjolkan bagi memberi kelainan buat penonton.
"Asasnya Dea Sofea menceritakan perihal liku hidup yang dilaluiSofea, namun kita selitkan beberapa plot lain bagi menguatkankeseluruhan drama.
"Saya percaya dengan barisan pelakon yang terbabit kerana komitmendan hasil kerja mereka tidak pernah mengecewakan. Malah Natasha danTania berjaya menzahirkan keserasian dengan watak mereka hingga berjayamengusik emosi penonton," katanya.
Sofea kemudian terpaksa berdepan watak antogonis, Kamelia(Natasha) ibu tirinya yang tamakkan harta dan ingin membolot kekayaanBakri.
Pelbagai cara Kamelia lakukan bagi membolehkan hasratnya memilikiharta jutaan ringgit milik Bakri, namun semua harta peninggalan danempayar perniagaan milik Bakri terlebih dulu diserahkan kepada Sofea.
credit to bharian online;
ada la jgk aku tgk sket2 aritu. bleh la.
pengarah: apache.
pelakon2: tania hudson, natasha hudson, syed aiman, ijoy azhari, Nur fathia, redzuan hashim.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk...si tania tu masih tahap kayu lagi...lakonan very de baca skrip ala2 drama tv pendidikan..fathia plak jadik tunang syed aiman dgn karakter bitchy dan mengada-ngada..best gak dia berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# hijau88
aku tgk citer ni pun sbb tertengok fathia dlm promo drama ni..tertarik dgn watak dia yg lain dari sebelum ni..kalau tak jangan harap nak tgk tania kayu tu.
rasa cam nak minat fathia pulak:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# arisa_imamura
khennn... aku pun tertgk tym iklan... itu pun tak pasti dia @ aku salah org... rupanya mmg dia pun. epi 2 bru berkesemptn tgk crita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ni d petik dr hmetro online psl fathia;
dia berpeluang melakonkan watak model menerusi Dea Sofea |
|
|
|
|
|
|
|
credit to budiey.com:
Natasha Hudson Bintangi Drama Dea Sofea
NATASHA HUDSON MUNCUL BINTANGI DRAMA DEA SOFEA DI TV2
Meskipun pernah muncul dengan single pertamanya bertajuk Hanya Tuhan Yang Tahu, hakikatnya nama pelakon cantik Natasha Hudson lebih menyerlah bergelar pelakon. Terbaharu jelitawan ini muncul sebagai watak utama dalam drama rantaian 13 episod bertajuk Dea Sofea mulai 3 Jun 2010, setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2.
Bakal bergandingan dengan pelakon baru meningkat naik Nur Fathia Abdul Latiff, Natasha membawakan watak Sofea merupakan anak tunggal kepada Bakri. Ibu Sofea sudah lama meninggal dunia. Bakri memiliki sebuah syarikat peruncitan barangan makanan beku untuk kegunaan domestik dan merupakan seorang usahawan yang sederhana. Setelah kematian isteri, Bakri memberi tumpuan penuh kepada Sofea dan tidak memikirkan hal perkahwinan demi sayangnya kepada anak tunggalnya itu. Dia mahu Sofea membesar dengan sepenuh kasih sayangnya.
Sofea baru saja menamatkan pengajian dan mula bekerja sebagai Pembantu Pengurus Akaun di syarikat milik Rashid, rakan lama ayahnya. Sofea bukan tidak mahu terus menyertai syarikat ayahnya selepas tamat pengajian tetapi mahu bekerja di tempat lain untuk mencari pengalaman terlebih dahulu. Bakri bersetuju, apatah lagi Sofea bekerja di syarikat rakan baiknya sendiri.
Hubungan Sofea dengan Rashid juga cukup baik. Rashid menganggap Sofea bagaikan anak sendiri. Syarikat milik Rashid yang memberi tumpuan kepada penjualan kereta terpakai dan barangan alat ganti itu semakin berkembang dan Sofea tidak kekok menjalankan tugasnya dengan pengawasan oleh ketuanya, Bakhtiar. Bakhtiar yang juga orang kepercayaan Rashid, nyata pemuda yang cukup komited dalam tugas dan seringkali kagum dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Sofea. Rashid juga nyata gembira dengan prestasi Sofea dalam tugasnya walaupun baru saja menyertai syarikat itu.
Bakhtiar sudah pun bertunang dengan Maira, seorang model sambilan yang semakin laku di pasaran komersil. Apabila Sofea menjadi pembantu Bakhtiar, Maira nyata berprasangka buruk dan mula mencurigai Bakhtiar.
Bakri pula tenang menghadapi kehidupan. Pada satu majlis keramaian, dia diperkenalkan dengan Kamelia, wanita cantik muda jelita yang baru saja berpisah dengan anak seorang hartawan ternama. Rakan baik Bakri yang memperkenalkan mereka iaitu Lubis, beberapa kali memujuk Bakri supaya mencari pengganti arwah isteri.
Sofea berhubungan baik dengan Airil, pemuda sekolej dengannya hingga selesai pengajian. Airil telah pun bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah yang memberi tumpuan kepada dunia lelaki. Bergaji tetap dan kreatif dalam penulisan, Airil cukup gembira kerana sudah pun mampu menyara keluarganya.
Airil berjumpa Sofea dan ucap tahniah kerana Sofea sudahpun menjadi orang pegawai ternama di syarikat Rashid. Sofea juga ucap tahniah pada Airil kerana berjaya menjadi wartawan dan mempersiapkan diri untuk mencapai cita-citanya menjadi penulis terkenal satu hari nanti. Namun tiada cinta yang terluah. Mereka tetap berkawan baik. Saling memberi pandangan dan nasihat.
Sementara itu Kamal, abang kepada Kamelia baru saja keluar penjara. Kamal berpakat dengan Kamelia untuk mendapatkan kehidupan yang senang. Kamal menyuruh Kamelia memikat Bakri tetapi nampaknya Bakri ‘liat’. Dia lalu mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian usahawan kaya itu.
Konflik cinta berlaku apabila Sofea telah diserang oleh Fauziah, bekas tunang Baktiar yang marah kerana Baktiar memutuskan pertunangan mereka. Disebabkan itu Fauziah mula menjauhkan diri daripada Baktiar apatahlagi ketika itu hubungannya dengan Airil mula rapat.
Drama yang turut menyelitkan isu pinjaman wang haram dan konspirasi merampas perniagaan dengan taktik kotor ini disiarkan mulai 3 Jun 2010, setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2. |
|
|
|
|
|
|
|
wokeyh la 13 epi... tp aku tetap takleh tgk nanti ni... aku rasa sinopsis dr budiey ni lain2 sket... tania yg bw watak sofea bkn natasha... then, fauziah ni sepa plak?
kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
heroin tu berlakon mcm baca skrip...kansel tgk terus matikan tv.
apsal amik kayu berlakon,mcm xda org len:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# hijau88
dah baper episode telepas ni..asik lupe jeh..cik ijo tengok khen? summary plis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# hijau88
ala ye ke? takpe la..kalu tgk pun mesti scene pathia jadik cengeng2 bitchy khen..pes time nih aku lebih minat watak antagonis dari heroin sendiri sbb lakonan heroinnye hazab sgt2...intan ladyana pun tak seteruk dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hijau88
ala ye ke? takpe la..kalu tgk pun mesti scene pathia jadik cengeng2 bitchy khen ...
arisa_imamura Post at 25-6-2010 19:04
khennn.. ala... aku rsa ok je watak dia... cuma mmg jenis jeles yg amat... tp yg aku geram tunang dia tu la (syed aiman)... mcm tersuka je ngan sofea tu... dah la blakon kayu... menyampah aku tgk... epi baru2 ni pun aku tgk yg awal2 tu je... scene maira (fathia) gaduh kat restorn... bila scene tania... tukar cenel trus. asal dpt tgk sket jdi la.
wakkakakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu intan ldyna tu kayu...adik natasha ni tahap kayu dikerat2...sekayu2 nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk malam nih citer. aduhaiiiii..... rosak drama nih ambik tania jadi heroin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# silicate
khennn... kalu la dia amik fathia @ pelakon len lgi ok... ni ntah apakes ambik tania yg kayu.
ades. |
|
|
|
|
|
|
|
tania tu xde perasaan langsung,tgk muke mcm kene botox overdose,babak sedih ke,gelak ketawe ke,muke tu xde reaksi langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
cite nie ok lah gak, tp heroin die tue bace skrip jer |
|
|
|
|
|
|
|
tgk tajuk crita, teringat sofea fea... si palsu yg jerat cinta ZHuzaimy dlm FB.. |
|
|
|
|
|
|
|
kayu pun kayu la janji mude dari amik pelakon kertu, contoh rita kertu or aida aris x muntah ijau aku tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|