CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5095|Reply: 8

Dalang Peruntuh Masjid Babri Ayodhya di India Memeluk Islam - Subhanallah!!!

[Copy link]
Post time 14-6-2010 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ajie2000 at 14-6-2010 13:55

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku
pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di
Ayodhya , India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila
institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang
memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu
dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan
memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive
Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid
itu.

yang diberi
kepercayaan dan tanggungjawab ' suci ' untuk mengetuai hampir 4,000
penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya
runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang
dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang
secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi
memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati
perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri
Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31
juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah
berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang
lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira
apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid
tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan
kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang
kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi
memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian
runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada
Allah atas ' kejahatan ' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau
berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah
mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk
Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan
harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab
News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang
Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh
Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha
meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui
perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada
tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan
kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat
besar.

Mungkin dengan keluar dari India , Prasad mengharap beliau tidak lagi
diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di
Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri
dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan
seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba
beliau terdengar suara

khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu
disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu
dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya
pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha
Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak
mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang
tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut
satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu
serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah
dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang
lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan
keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya
dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula
ke India , kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan
pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau
meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya
tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam.
Islam menjadikan beliau seorang manusia ' baru ' yang dahagakan kebenaran
sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya
menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah
beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan
orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus
sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di
samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam
dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya
saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

-------------------

Sejarah banyak membuktikan hanya islam sahajalah yang boleh menyatukan hati hati ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 02:51 PM | Show all posts
sayu n sebak ku membacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah... kekuasaan Allah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 09:30 PM | Show all posts
Allah swt berkuasa membolakbalikkkan hati.
nilai sebuah keruntuhan masjid rupanya diganti dengan cahaya keimanan
seorang yang asalnya sesat dan tidak percaya kepada ALlah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:57 PM | Show all posts
Subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:00 PM | Show all posts
Subhanallah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2010 12:00 AM | Show all posts
Shive Prasad Demolished Babri Masjid That Day -

Seeks Forgiveness Today !

Source: http://www.jamiat.org.za/whatsnew/babri_prasad.html

with minor modifications

Translate This Page

 

Ayodhya - Dec. 6, 1992

Among the fears of lakhs [hundreds of thousands] of Kar Sevak who had gathered to demolish the Babri Masjid , few furiously climbed on the majestic minaret of the mosque. The most important among the few were Shive Sainik. A resident of Faisabad, where Ayodhya is situated, Shive Prasad was the captain of Bajrang Dal. He was given the responsibility to guide four thousand Kar Sevak in the demolition of mosque.

It was he who gave training to four thousands of people under him, on how to carry the demolition. On seeing the majestic minarets of the mosque come down Captain Prasad was overjoyed and shouted the "Ram! Ram!" This happened seven years ago.

On Dec. 6 ,1999 the same Shive Prasad was seeking forgiveness from Allah for his cruel act seven years back. This 6 Dec.1999 he was fasting (non-obligatory) and regretting for the act with tears and was seeking forgiveness from Allah in his prayers. Yes ! Shive Prasad has embraced Islam. He has changed his name to Mohammed Mustafa. One will be moved to learn how he embraced Islam.

This change in Shive Prasad's heart was published by Malayalam News (7.12.99) issued by "Arab News Publications" in Saudi Arabia. Shive Prasad's father Trigal Ramanathan was chief among the heads of Sangh Parivar. His whole family was actively involved in demolishing the Babri Masjid.

Soon after the demolition of the mosque, Shive prasad felt a depression in his heart. He had no peace of mind. He felt that he had committed a great sin. In 1997 he went to Sharjah in order to seek employment. But even at work his mind was restless.

On Dec. 4, 1998 as he was walking along the streets of Sharjah, he happened to hear a speech before Friday prayer held in a mosque which was in Hindi. When he heard the speech, which he felt was something different. He wanted to listen the complete speech. That message about Allah created a revolution in his rest less mind. He continued to listen to such speeches thereafter. The revolution in his heart was completed.

All praise be to Allah ! Allah has shown him the right path. He has forfeited the ignorance and chosen the righteous path. When Shive Prasad embraced Islam he was driven out by his family members who were strong RSS activists. He is praying to God that his family members should also choose the righteous path as he did. Shive Prasad says that among those who led the demolition on the spot were Ashok Singhal and Advani. On the day of demolition the police and CRPF connived with the leaders of BJP, Bajrang Dal and RSS. Both these law enforcing agencies greatly helped in the demolition.

He recalls that on that day Ashok Singhal dressed himself in military uniform and gave orders. He also recalls, soon after the demolition of the mosque they entered the muslim areas in the Faisabad and shouted "Jai Shriram". Now, Shive Prasad is receiving continuous threatenings from RSS, BJP and Bajrang Dal. Sangh Parivar has threatened to kill if he returns to India. But Mohammed Mustafa (Shive Prasad) says firmly that he will never turn away from Islam - the righteous path even if death comes his way.

Having learnt 17 Surahs in the Holy Qur'an, he is anxious to complete learning the whole of the Holy Qur'an. His ambition is to become a true Islamic preacher and and bring ignorant people to light. If Allah wishes, his ambition will be fulfilled and the very same hands which demolished the Babri Masjid will built up again.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 03:15 AM | Show all posts

Hebahkan bahan bacaan Islam kepada rakan bukan Islam anda.

Post Last Edit by alanttdi at 16-6-2010 03:33

Reply 1# ajie2000


    Terima kasih kerana sudi membawakan berita gembira ini dan berkongsinya bersama umat Islam di Malaysia.

Dahulu, Mustaffa Kamal Attarturk telah meruntuhkan Empayar Islam Uthmaniyyah di Turki, tetapi kini Islam tertegak kembali dan semakin subur di bumi Turki. Dahulu, Masjid Babri diruntuhkan di India, tetapi kini orang yang telah meruntuhkannya telah pun memeluk Islam. Dahulu, menara masjid dilarang pembinaannya di Switzerland, tetapi kini orang yang terlibat di dalam kempen melarang pembinaan menara masjid dan membuat poster yang menyamakan menara masjid dengan banet senapang telah pun memeluk Islam. Dahulu, terdapat seorang paderi di Sabah yang mengajak rakyat pribumi Sabah yang kebanyakannya masih belum beragama dan hanya percaya kepada kepercayaan nenek moyang supaya memeluk Agama Kristian, tetapi sekarang paderi berkenaan telah pun memeluk Islam. Siapakah yang berupaya untuk memadamkan "cahaya Allah" (hidayah-Nya) di atas muka bumi ini?

Oleh itu, nasihat saya kepada rakan-rakan se-Islam sekalian, jika ada rakan-rakan anda yang masih belum Islam yang mengkritik agama suci ini (Islam), anda jangan marah, tetapi cuba berikan kepadanya bahan-bahan bacaan berunsurkan Islam, sebab dia masih belum mendapat pendedahan dan maklumat yang secukupnya (tentang agama suci ini). Insya-Allah, selepas membaca bahan-bahan bacaan berkenaan, yang anda berikan kepadanya, hatinya akan berubah, dan terbuka hati untuk memeluk Islam. Yang penting anda harus bersabar. Saya sendiri pernah menghadiahkan sebuah buku komik yang mengisahkan perdebatan diantara ulama dengan paderi berkenaan dengan agama Islam dan Kristian kepada rakan Kristian saya. Walaupun hatinya masih belum terbuka untuk memeluk Islam, tetapi sekurang-kurangnya, dia memuji buku komik berkenaan sebagai menarik dan mengucapkan "thanks a lot" kepada saya.

Untuk berlaku adil, dan berpijak di alam nyata, kita harus mengakui, ada juga dikalangan kita yang menyeberang ke agama lain, ataupun dalam erti kata yang lain ialah "murtad". Tetapi, itu bukannya kerana mereka tertarik dengan agama-agama berkenaan, tetapi di atas dasar cinta, seperti dalam kes Nur 'Aisyah Bukhari yang memeluk Agama Kristian selepas berkahwin dengan boyfriendnya yang beragama Kristian. Alangkah hinanya mereka ini, yang sanggup memilih untuk mencintai pasangan masing-masing sehingga mengenepikan Tuhan. Apakah di Akhirat kelak, pasangan mereka itu berupaya menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang tidak terperi sakitnya? Cinta yang sebenar-benarnya (cinta yang tertinggi), ialah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih daripada itu!

Sekian, wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 09:09 AM | Show all posts
mahasuci allah yg mengetahui
setiap kejadian !
syukurlah dia belom terlambat utk dia memelok islam
memang sebak setiap kali extremis kpd islam akhirnya
berpatah balik memelok islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061243 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list