CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5083|Reply: 31

Mawi sibuk di sebalik tabir

[Copy link]
Post time 16-6-2010 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Mawi sibuk di sebalik tabir

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

AKSI Mawi mengenakan dua orang tetamu wanita pada persembahan Tea With Mothers: Colours of Roses yang berlangsung di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



WALAUPUN ramai yang melihat populariti dan aura Mawi semakin pudar, tetapi bagi tuan punya badan, dia tidak melihatnya sebagai satu halangan untuknya terus mara ke depan.
Bagi Mawi, kehidupan perlu diteruskan malah dia bersyukur kerana tawaran persembahan pentas masih lagi berpihak kepadanya biarpun tidak sekencang dulu.
Segala tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap dirinya ditelan biarpun ada kalanya pahit terutama apabila memikirkan kata-kata kesat dan nista dilemparkan kepadanya.
Berkali-kali juga Mawi sudah menjelaskan sebelum ini, soal populariti bukanlah agenda utama yang dicari sebaik sahaja dia melangkahkan kaki ke bidang seni.
"Sejak menjadi artis, saya sering mengingatkan diri saya bahawa tidak selama-lamanya saya akan terus berada di atas.
"Saya bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan kepada saya selama ini dan apa yang penting adalah untuk saya meneruskan kehidupan.
"Apa yang membahagiakan, kini saya mempunyai masa terluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang selama ini tidak sempat saya lakukan," luahnya penuh jujur.
Mawi berkata demikian pada sidang akhbar selepas persembahannya sempena Hari Ibu, Tea With Mothers: Colours of Roses yang berlangsung di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Mawi dan beberapa artis undangan lain seperti Heliza, Hyrul dan Zahid, persembahan anjuran Al-Najwa Productions Sdn. Bhd., itu turut menampilkan penghibur terkemuka negara, Datuk Khadijah Ibrahim sebagai bintang utama.
Dalam persembahan itu, Mawi telah menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu seperti Allah Habeebi dan Ayah (liriknya ditukar kepada ibu bagi menepati tema persembahan).
Malah, Mawi turut berduet untuk dua lagu bersama juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid menerusi lagu Sujud dan Tak Mungkin Berpaling.
Menyambung bicara, pemilik nama penuh Asmawi Ani ini memberitahu walaupun pada zahirnya, masyarakat melihat dirinya kurang aktif seperti dulu, hakikatnya jelas Mawi, dia tetap sibuk dengan agenda seninya.
Keutamaannya sekarang ini adalah kepada syarikat produksinya, MW Entertainment Sdn. Bhd., yang kini bergiat aktif dalam menerbitkan drama.
Biarpun baru setahun jagung dalam bidang penerbitan drama, Mawi ternyata gembira dan bersyukur kerana syarikatnya itu terus mendapat kepercayaan stesen televisyen terutamanya Astro.
"Inilah yang dinamakan rezeki dan saya pun kini sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip.
"Ada masa terluang, peluang itu saya ambil untuk kembangkan bakat seni saya dan setidak-tidaknya ada juga hasilnya daripada duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa," katanya berseloroh.
Peminat setia Mawi akan dapat melihat hasil tulisannya apabila skrip pertamanya itu akan dizahirkan menjadi sebuah drama kelak.
Masihkah anda ingat pada kisah seorang remaja autisme yang mengembara dari Klang, Selangor ke Kulai, Johor semata-mata mahu bertemu dengan Mawi?
Kisah itulah yang diambil oleh Mawi untuk dizahirkan menjadi sebuah drama dengan menggunakan judul Pak Nil, Ibu Kirim Salam yang akan ditayangkan di Astro Prima (saluran 105, Astro) sempena Syawal akan datang.
Sudah pun menjalani penggambaran sejak 10 Jun lalu dan berakhir 18 Jun ini, drama bercorak semi komedi itu menampilkan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi sebagai teraju utama.
Watak remaja lembam pula akan dibawakan oleh Muhammad Nizamudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along dari kumpulan Cham selain pelakon lain seperti Diana Danielle, Zamani (vokalis kumpulan Slam), Razak Ahmad dan Corrie Lee.
Tentang perkembangan nyanyian pula, pelantun lagu Aduh Saliha ini baru sahaja menjalani rakaman lagu Hikmah Seruan Nami.
Lagu yang dicipta oleh seorang komposer Cina bernama Hudson itu akan menjadi lagu tema drama bersiri Panggilan Nami yang juga merupakan terbitan syarikat Mawi.
"Memang mencabar sungguh merakamkan lagu ini kerana lagunya berbeza daripada apa yang pernah saya bawakan sebelum ini" katanya ringkas.
Dalam masa yang sama, Mawi turut mengkhabarkan muzik video lagu Tak Mungkin Berpaling yang dinyanyikan secara duet bersama Zamani akan ditayangkan tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 09:18 AM | Show all posts
good luck ye mawi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:06 AM | Show all posts
opocot
ingatkan bizi balik tabir kelambu

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:07 AM | Show all posts
all the best mawi

kalau usaha.. insyaAllah adalah rezeki yg Allah bagi

zamani pun berlakon eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply 3# niy


yg tu tak payah nak cerita lah kan???

sebodoh2 mawi n ekin ni
tak de lah kan nak citer kisah dalam kain depa kan???

tak macam retis2 yg kekonon bahagia
kisah malam pertama pun seronok nak canang!
macam sial sangat... tak tau jaga maruah dan air muka!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:51 AM | Show all posts
Reply 5# chekshu


kesian mawi golongan bodoh rupanya



artis yg menjaja citer dlm kelambu.. sohih bodoh kuasa enam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2010 11:05 AM | Show all posts
good luck, mawi......
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:17 AM | Show all posts
Reply 6# niy


pura2 tak tau kah niy???
gelaran bodoh buat mawi n ekin ni
dah lama terpahat kat BG....

retis2 lain tu... walopon buat keja bodoh
walopon fail exam berkali2....
kena tangkap basah or khalwat ke...
kena tangkap pasal dadah or ganja or hapa kejadah pun
tetap di anggap PANDAI

tak tau lah... kamus mana depa pakai!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 11:37 AM | Show all posts
gud luck mawi.......................

biarlah pepun org ckp,bena ttp doakan kejayaan mawi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:25 PM | Show all posts
..tetap sokong Mawi..biarlah cakap2 nista itu jadi penbakar semangat untuk berjaya...
selagi ada niat yang baik dalam mencari rezeki..Insya Allah tetap ada ruang untuk itu..
semuga Mawi menjadi contoh insan yang baik dalam bidang seni..Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 07:06 AM | Show all posts
sian mawi. aku dah krg minat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 08:35 AM | Show all posts
Reply 8# chekshu

he he he
pura-pura hilang ingatan jap
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:57 AM | Show all posts
gud luck mawi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:12 PM | Show all posts
salam

good luck la mawi
errrrrrrrrrrrrrrrr......






hehheheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:22 PM | Show all posts
tahniah dan selamat maju jaya mawi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:54 PM | Show all posts
yelah dah yak laku jadi penyanyi..tu yang buat keja lain tu...duit banyak lah katakan..lagipun kalau buat drama pun mesti untuk astro..tv lain tak nak ambil...hahahahah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 03:10 PM | Show all posts
doakan jelah rezeki dia .. bukan dia pun merompak ke isap dadah ke apa ke... x paham aku dgn manusia ni .. buat baik pun nak kutuk gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 03:14 PM | Show all posts
bekas af kat maner lagi
yg leh jual product mawi selain kat astro
klu kat stesen laen rasenyer lom ade lagik
mana tau in future klu ada rezeki xkemana !
okler tu drp xwat aper2 adala jugak job utk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply 18# redsentra


dah tak minat
dah tak suka
dah menyampah

cam lah red tak paham2 pangai dak porem nehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 03:36 PM | Show all posts
..tetap sokong Mawi..biarlah cakap2 nista itu jadi penbakar semangat untuk berjaya...
selagi ada ni ...
wangi08 Post at 16-6-2010 22:25



Setuju, tetap sokong Mawi. Good luck Mawi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067346 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list