View: 5970|Reply: 43
|
CT: Belum lagi ada tanda hamil & Album pop hujung thn
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 21-6-2010 05:12
![](http://www.gua.com.my/photobank/article/1/9/C2A2F9F1346C4A89BE194756A942E9C4.jpg)
Semuanya berpunca daripada kenyataan Dato' Siti Nurhaliza yang memberitahu mahu bercuti panjang daripada aktiviti seni. Ekoran daripada itu, terdengar desas-desus yang mengatakan Siti kini berbadan dua dan mahu mengurangkan aktiviti seni bagi menjaga kandungannya.
Berkesempatan bertemu dengan penyanyi yang popular dengan lagu "Bukan Cinta Biasa" dan "Nirmala" itu, sejurus selepas dia menghabiskan proses rakaman program raya 'Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza' di Astro, Bukit Jalil malam Khamis lalu, persoalan mengenai perkara tersebut segera diutarakan.
Siti, yang sememangnya sudah terbiasa dengan isu tersebut, sambil tersenyum memberitahu buat masa ini dia belum hamil. Malah dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang bukan kerana hamil, sebaliknya mahu berehat sempena kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.
"Buat masa ini belum ada tanda-tanda lagi. Kalau betul saya mengandung, saya akan beritahu kepada semua. Jangan bimbang. Saya mahu bercuti panjang kerana pada bulan Ramadhan biasanya saya mengambil kesempatan itu untuk beribadah dan menunaikan umrah. Malah semua program raya juga saya habiskan awal supaya ia dapat memudahkan saya menyusun aktiviti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga," katanya.
Terkejut dengan berita penangkapan Saiful Apek
Dalam pertemuan itu juga, pihak media turut bertanyakan kepada Siti mengenai isu pelawak terkemuka negara, Saiful Apek yang ditahan baru-baru ini atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Ini kerana Siti dan Saiful selalu bergandingan bersama sebelum ini dan ternyata peminat menyukai gandingan mereka berdua.
"Saya terkejut jugalah apabila membaca tentang perkara tersebut di akhbar. Apatah lagi ianya menjadi antara berita besar di akhbar dan saya anggap ianya sebagai sesuatu yang menyedihkan. Namun sekarang semuanya masih di dalam proses siasatan dan saya berharap segalanya akan berakhir dengan baik," katanya.
Tambahnya, dia sayangkan bakat yang dimiliki oleh Saiful yang disenangi oleh banyak pihak. Malah Malaysia sendiri ketandusan pelawak yang berbakat besar sepertinya.
"Saya harap, jika Saiful benar-benar disabitkan bersalah, dia dapat belajar daripada kesilapan yang telah dilakukannya itu. Tetapi jika dia tidak bersalah, nampaknya kita semua boleh menarik nafas lega. Apa yang terjadi boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang," katanya.
Album pop hujung tahun ini
Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Siti memberitahu dia merancang untuk menghasilkan sebuah album pop terbaru pada penghujung tahun ini.
Katanya dia dalam proses mengumpul 'material' dan telahpun meminta khidmat komposer terkenal Aubrey Suwito dan Melly Goeslow untuk merealisasikan hasratnya itu.
Dalam masa yang sama, Siti turut menyuarakan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert khusus buat para peminatnya. Namun buat masa ini perkara tersebut terpaksa dipendamkan kerana kebanyakan badan korporat yang berpotensi untuk menjadi penaja konsertnya sedang hangat dengan kempen World Cup 2010.
"Kini semua orang sibuk dengan bola. Jadi perancangan saya untuk mengadakan konsert terpaksa diperlahankan dulu. Ini kerana kebanyakan badan korporat akan mengeluarkan belanja besar untuk musim Piala Dunia.
"Kalau ada rezeki dan penaja, Insyaallah saya akan mengadakan juga konsert tersebut. Besar atau kecilnya konsert tersebut, bergantung kepada penaja dan keadaan," katanya yang kelihatan semakin anggun dan bergaya.
- Gua |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. bestnye baca jawapn2 ct..
adoi.. melly goeslow tu |
|
|
|
|
|
|
|
yeah...suka2 ...dah lama ct xguna khidmat melly goeslaw...harap ramaila komposer dri indonesia yg bgi lagu kat ct... |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya dia dalam proses mengumpul 'material' dan telahpun meminta khidmat komposer terkenal Aubrey Suwito dan Melly Goeslow untuk merealisasikan hasratnya itu.
bestnye melly goeslow![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 21-6-2010 05:14
aku rase album pop ujung taun ni
bakal menyinar mcm 'Transkripsi'
hopefully...
tok ti...lame2 pun tak pe
take your time
produce album yg berkualiti...klu 8 lagu mesti semua lagu tersebut berkualiti, jgn tangkap muat je![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak beli album ni![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waahhh....tak sabar nk beli album![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ct nk buat konset lg ker? |
|
|
|
|
|
|
|
buat kt negeri lain plak la konsert ct..
aku nk g jugakkk![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best ek jadi ct...jual la segala benda tetap org beli walaupun t_ _ k![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dier mandul lah bodohhhh.....mana dpt hamil
baksamakmu Post at 21-6-2010 14:54 ![](http://images/common/back.gif)
so...wat pe ko dtg snih?![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
sekadar nak cerca org... |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg feeling tuhan ke tau org tu mandul ke idak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
<boring>![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki anak kan kuasa Tuhan...jgn suka2 tuduh org mandul... x sabar tunggu album baru siti .. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 21-6-2010 16:03
ct nk buat konset lg ker?
ashburn Post at 21-6-2010 09:56 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan betul hari tu teka nama u ashraf.. haha.. tapi sebenarnya ingat ashley cole ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cantik jugak gamba ct kat atas tu.. yg rancangan lebaran raya tu ek.. nak tgk laaa raya nanti ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti best album ni, hope ada 15 lagu dlm ni... sesuai dgn ulangthn 15..
mesti kuar sblm thn depan sbb ct xnak tcicir dr AIM..
mcm ada rasa nak menang album tbaik je.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik jugak gamba ct kat atas tu.. yg rancangan lebaran raya tu ek.. nak tgk laaa raya nanti :lovel ...
eddysheddy Post at 21-6-2010 16:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mmg cantik sungguh... nampak kurus pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
mantap ct punya ..macam i punya,,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|