View: 29372|Reply: 154
|
[R-TV] Gadis Melayu Musim 3 - RINA Juara!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 3-11-2010 05:48
CAK: Pengacara Gadis Melayu
2010/06/27
DESAS desus siapa bakal mengacara program realiti popular Gadis Melayu musim ke-3 TV9 nampaknya semakin jelas. Jika pada awal musim, program ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai pengacaranya. Untuk musim ketiga, pihak produksi nampaknya memilih Asyraf Muslim pula sebagai pilihan hati.
Menatap wajah si Asyraf, pasti ramai mak cik yang ada anak dara berkenan nak ambil Ashraf sebagai menantu. Lagi pun Ashraf pernah berseloroh supaya tolong carikan jodoh untuknya ketika CAK bertemu dengannya minggu lalu. Ha... apa lagi? Bukan saja kerana sifatnya yang lembah lembut, malah sikap ringan tulangnya membantu orang yang kesusahan turut disukai ramai pihak.
Mungkin juga dia bakal bertemu gadis Melayu sejati yang bisa disunting menjadi suri dihatinya yanglama tak diketuk.
Pasti ramai Gadis Melayu berduyun-duyun datang ke uji bakat kali ini, ye lah tak nak lepaskan peluang bertemu jejaka idaman ibu masing-masing.
Nampaknya rezeki anak muda dari bumi bertuah Melaka ini semakin menjadi-jadi. CAK pun tak sabar-sabar nak melihat penternak kambing yang berjaya itu berdepan karenah Gadis Melayu musim kali ini.
Berbanding musim kedua, harap tidaklah kedengaran cerita kurang enak mengenai peserta yang dipilih. Ya lah kan, gadis Melayu zaman sekarang mungkin berbeza daripada segi penampilan tapi biar sifat dan sikap masih sama, baru tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Malah dengar kata, konsepnya pun dah kembali seperti musim pertama. Elok benarlah kalau macam tu, CAK pun suka kerana sekurang-kurangnya lebih ramai Gadis Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa seperti Aida (Juara Musim 1) dapat menjadi idola masyarakat, berbanding gadis serba tak jadi yang masih mencari identiti sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita...: Pencarian bermula
Oleh NOOR FARINA ASHRUDIN
2010/06/27
PROGRAM realiti terbitan TV9, Gadis Melayu kini muncul dengan musim ketiga.
Bagaimana pula dengan Gadis Melayu 3? Berapa ramai pula menepati kriteria yang dicari? Khairul Noormaidah Zali (Aida) membuktikan kebolehannya apabila dinobatkan sebagai Ikon Gadis Melayu 1. Ikon Gadis Melayu 2 pula menjadi milik Siti Nur Syafiqa Amirul Melvin (Fiqa) apabila juri berpuas hati dengan tugasan diberi, terutama persembahan dan lakonan menarik yang ditunjukkan di peringkat akhir. Mereka sememangnya menepati konsep dan kriteria sebagai Gadis Melayu.
Tidak dinafikan ramai membuat perbandingan antara program Gadis Melayu 1 dan Gadis Melayu 2. Ada yang memuji dan ada juga sebaliknya.
Ada yang berpendapat tugasan diberi tidak bersesuaian dengan program dan ada juga yang suka kerana ia seiring dengan peredaran masa dan arus kemodenan.
Namun yang penting, kami tetap mengekalkan ciri-ciri kemelayuan, tradisi dan budaya ketimuran. Jika dilihat, mana-mana program realiti pasti mendapat teguran. Itu adalah adat pertandingan dan adat bagi sesebuah program realiti yang perlu dihadapi.
Yang pasti, TV9 sentiasa memberi program terbaik untuk penonton setianya. Dengan kritikan, pandangan, sokongan dan juga cadangan orang ramai, TV9 muncul semula dengan Gadis Melayu 3.
Ke mana arah tuju mereka selepas meraih gelaran Ikon Gadis Melayu? Pastinya mereka ‘diserap’ oleh Media Prima Berhad. Sebaik meraih kemenangan musim pertama, Aida dilamar oleh program Apa Ke Halnya yang menyaksikannya mengacara bersama Mr Os, arwah Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau.
Seterusnya Aida juga berpeluang menjadi pengacara jemputan Nasi Lemak Kopi O, mengacarakan program khas Ramadan iaitu Kembara Gadis Melayu Afrika Selatan, program Maulidur Rasul iaitu Madinah Ya Rasulullah dan terkini pengacara bersama bagi Akademi Al-Quran 4 dan akan datang pula adalah Resipi Resipi musim kedua.
Sementara rezeki Fiqa pula bersama TV3 apabila dia dilamar untuk mengendalikan program realiti Bersamamu. Fiqa juga pernah dijemput mengacara Nasi Lemak Kopi O.
Bukan saja bidang pengacaraan, malah Fiqa berlakon dalam drama yang disiarkan di TV9 sempena Hari Raya Aidil Adha berjudul Khilaf. Kini, Fiqa sibuk dengan penggambaran sebuah filem kerjasama antara GBSB dan Line Clear Production.
Pencarian Gadis Melayu 3 kali ini juga berharap dapat mencari gadis yang mempunyai kreativiti serba boleh seperti ikon sebelumnya. Uji bakat bermula sejak 12 Jun lalu di Village Mall, Sungai Petani, 20 Jun di Plaza Pelangi, Johor Bahru dan 26 Jun di Kota Bharu Trade Centre, Kota Bharu.
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan, uji bakat pencarian masih diteruskan pada minggu depan, iaitu 3 Julai di Plaza Alam Sentral, Shah Alam serta di Sri Pentas, Petaling Jaya pada 4 Julai.
Konsep pencarian Gadis Melayu kali ini adalah kombinasi musim pertama dan kedua. Bukan sekadar mengetahui budaya Melayu, malah mereka perlu mengamal dan mengekalkan adat Melayu serta berpegang teguh kepadanya walaupun mempunyai personaliti menarik serta berkerjaya tinggi, kebijaksanaan, kreativiti, kemahiran, keagamaan, berpendidikan serta mempunyai pengetahuan am yang luas, di samping tidak mengabaikan tatasusila dan keayuan sebagai Gadis Melayu.
Lingkungan usia pula antara 18 hingga 26 tahun, warganegara Malaysia dan paling utama berketurunan Melayu (sama ada ibu atau bapa harus berbangsa Melayu).
Semua ini penting untuk memastikan pemenang benar-benar layak sebagai ikon Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu.
Terdahulu, pencarian Gadis Melayu dijalankan di hotel terkemuka, namun kali ini lokasi uji bakat bertukar ke pusat membeli-belah.
Di sini, juri dan pihak penerbitan boleh melihat peserta sama ada bersedia atau tidak, sifat gementar dan cara mereka berdepan situasi orang ramai, terutama apabila menjalani tugasan diberi juri jemputan.
Lebih 100 penyertaan diterima dan sehingga semalam (di Kota Bharu) dan sehingga kini hanya 30 orang disenarai pendekkan.
Kepada yang tidak sempat ke lokasi uji bakat pencarian ini, jangan kecewa kerana anda masih berpeluang mencuba nasib di lokasi seterusnya di Plaza Alam Sentral dan Sri Pentas. |
|
|
|
|
|
|
|
ai nak pergi odisen la |
|
|
|
|
|
|
|
gadis Melayu..oh gadis Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
harap tawun ni tak mo la gadis melayu kacukan pon terpilih..bior le yang nak masuk ni..betul gadis melayu tulen takde campur2 ni baru la best |
|
|
|
|
|
|
|
Ashraff Belum Sahkan Jadi Pengacara Gadis Melayu
Oleh AU YEONG HOW
PELAKON kacak, Ashraf Muslim tidak dapat mengesahkan sama ada untuk mengacarakan rancangan Gadis Melayu musim ketiga seperti heboh diperkatakan sekarang ini.
Ini kerana pelakon itu terikat dengan jadual penggambaran drama Ilusi dan komitmen lain.
"Saya telah terima tawaran itu tetapi belum tandatangan apa-apa kontrak lagi.
"Ini kerana saya perlu melihat jadual kerja saya nanti sama ada bertindan dengan jadual kerja saya yang lain," katanya kepada MStar Online.
Ketika dihubungi, Ashraf sedang berehat semasa penggambaran drama Ilusi dan nada suaranya dapat membayangkan keletihannya.
Pada awal musim Gadis Melayu, Fahrin Ahmad ditampilkan sebagai pengacaranya.
Menurut Ashraf, dia diberi tempoh masa seminggu lagi untuk membuat keputusan sama ada bersetuju mengacarakan program popular itu.
"Insya-Allah, saya dapat membuat keputusan pada minggu depan selepas mempertimbangkan jadual-jadual kerja nanti.
"Jika ikutkan hati, memang saya beria-ia ingin mengacarakan Gadis Melayu," katanya sejujurnya.
Lebih-lebih lagi, akui pelakon watak Inspektor Reza dalam drama bersiri Pasukan Gerakan Marin (PGM) ini, dia pernah menjadi pengacara program Program Syifa (Penawar) di saluran Astro Oasis. |
|
|
|
|
|
|
|
pemakaian gadis melayu pun kena la jaga juga.dua musim sebelum ni, mostly banyak juga baju yg depa pakai, fit ikut badan.longgar2 kan la sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
ai lagi suka Ashraf dari fahrin |
|
|
|
|
|
|
|
dah season 3...tp aku tak pernah tgk pon...dgr tuh pnh ler...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
[R-TV] [GADIS MELAYU MUSIM 3]
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 31-8-2010 01:42
Alahaiiii....dh settle ujibakat gm3 baru2 ni.....joyah smpat la bace n dapatkan input dari para wartawan....uuuiiiiiiii....bgs2 calon yg datang n nmpak gayenye konsep program ini telah diubah kembali ke konsep yg asal iaitu mncari gadis melayu sejati...ye la...gadis melayu mesti la sopann santunn,,,berbudi bahase,,,,,lemah lembut,,,,,...bukan la gadis2 yg dicari untuk mnjaci wartawan tapi budi bahase hancur....berlagak diva dan konon2 bagusss.....kn.....
Soo....joyah diberitahu la yg klu boleh prgrtm ni akan menapis penglibatan mereka yg boleh mndatangkan kntroversi...
Joyah dapt juga khabar yg sbnrnya gadis mlyu musim due sengaja untuk mncipta kntroversi dgn niat dan tujuan untuk menaikkan rating tapi malangnya rating smakinnn turun sbab pnonton x berminat untuk mnonton gadis2 yg dh tercemarrr maruahnyaaaaa..........
Disebut2 bakal calon2 gadis melayu 3 biarlah mncontahi keperibadian gadis2 musim pertama sperti aida,afzan,shikin aisyah n husna....
Dan matlamatnya juga tidak lah mncontohi sikap gadsmlayu2 yg byk mnmbulkn kntrvrsi sprti jasmin soraya, nadia n hazlin....memaluuukann......
Jd pilihan andaaaa......siapakah agak2 calon yg bnr2 ssuai dijadiakn cntoh gadis mlyu diluar saneee????? |
|
|
|
|
|
|
|
Sukee aida yg baru kawin tu...juara gadis melayu 1....sorg lagi shikin yg muke mcm ct nohaliza |
|
|
|
|
|
|
|
YEAY! kembali ke konsep asal!!! Gadis Melayu 2 memang disaster! GM1 aku siap nangis2 lagi mase slot ngan ustazah bahyah tu. Pastu dapat banyak tips2 kehidupan yang best. GM2? tak lalu le aku nak nengok.
Errr.....kalo berbalik ke konsep asal, xde la undian sms ek? Pengacare plis tuka org. Pengacare GM2 macam mengacare 'Nona'. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
wah, lagu tema die bior abg jamal
siapa bilang gadis melayu x menawan, x menarik hati...
jika x, x mungkin aku tertawan.........
layanzzzzzzzzzz..... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn x serik ok...cari yg bebetol bleh jd ikon GM...jgn dah menang or terpilih masuk GM kuor kt tenet skendel selak kain sane sini...koserrr |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh biarlah MC dia diambil dr Gadis melayu1 atau 2 tu...aida dah kawin..so adaa byk pilihan kan..husna GM1, shikin GM1 ataupun bg kat Fiqa GM2 tu..
aku rasa ramai yg akan datang sbb kebanyakan graduan tak dpt keje..so diaorg boleh masuk program2 mcm nih..
kalau boleh aku nak anak normala shamsuddin tu masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak disambungkan lagi ker |
|
|
|
|
|
|
| |
|