CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5996|Reply: 3

Jue Aziz, Azri Iskandar Drama Nur Hidayah di TV1

[Copy link]
Post time 6-7-2010 03:12 PM | Show all posts |Read mode
KISAH PENGORBANAN ISTERI DALAM DRAMA NUR HIDAYAH DI TV1
Segala-galanya bermula daripada percintaan yang disangkakan berpanjangan tetapi tidak kesampaian. Ketika itu muncullah babak pengkhianatan cinta antara teruna dan dara yang mengundang pengajaran berguna. Plot kisah ini mewarnai drama menarik Nur Hidayah pada 9 Julai 2010 (Jumaat), jam 10.31 pagi di TV1.
Kisahnya bermula apabila watak pemuda bernama Othman sanggup mencurangi percintaan yang terjalin bersama Nur Hidayah. Namun kata putus yang terlahir dari kata-kata Nur Hidayah telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Othman sehingga dia sanggup mengekori segala pergerakan Nur Hidayah. Malah Nur Hidayah terpaksa mereka cerita dengan mengatakan bahawa dia telah mempunyai pilihan lain.

Pertemuannya bersama Mohd Fahmi Reza di universitinya telah mengubah segala-galanya apabila perkenalan mereka membuahkan bibit-bibit percintaan lalu telah memutikkan bunga-bunga cinta yang dibaja dan disemai hingga kembang mekar ke jinjang pelamin walaupun tanpa restu daripada Rahimah, ibu Fahmi.
Malangnya Hidayah gagal mendapatkan cahaya mata walaupun setelah lima tahun berkahwin dengan Fahmi. Lebih menyedihkan lagi apabila doktor telah mengesahkan bahawa Hidayah mandul. Ini telah menyebabkan Rahimah semakin benci kepada menantunya lalu turut menghasut Fahmi. Malah bukan itu sahaja Rahimah juga turut mengungkit mengenai asal usul Hidayah yang tidak tahu akar umbinya dan mencemuh bahawa Hidayah bukanlah dari keturunan bangsawan seperti keturunan Fahmi. Fahmi pula mula merasakan bahawa dirinya tidak dikurniakan zuriat kerana dia telah menderhaka kepda Rahimah dengan menolak cinta Roziana, calon menantu pilihan Rahimah.
Cinta Fahmi terhadap Hidayah terus luntur. Fahmi terus mengabaikan tanggungjawpnya sebagai suami kepada Hidayah. Makan minum yang disediakan Hidayah, ditolak. Layanan mesra Hidayah tidak diendahkan Fahmi. Malah Fahmi semakin meluat melihat kesabaran dan ketenangan Hidayah menerima cemuhan, makiannya dan juga Rahimah.
Akhirnya dengan penuh keikhlasan dan reda Hidayah mengizinkan Fahmi mengahwini Roziana. Bermula dari perkahwinan kedua tersebut, Hati Fahmi seolah-olah sudah tertutup buat Hidayah. 8 bulan setelah berkongsi kasih dengan Roziana, Fahmi dimaklumkan bahawa isteri keduanya itu telah mengandung. Maka bermula dari itu Fahmi semakin melupakan Hidayah. Lara Hidayah semakin bertambah dengan kelahiran Farra, puteri Fahmi dan Roziana.
Segala kekejaman yang dilakukan Fahmi akhirnya terbalas apabila Roziana minta diceraikan. Dikala itu Fahmi seolah-olah baru tersedar akan kebaikan Hidayah sanggup menyusukan Fara sedangkan Hidayah sendiri tidak pernah hamil.
Dugaan semakin hebat dalam hidup Hidayah dan Helmi bermula apabila pada suatu hari Hidayah mengadu kepada Fahmi mengenai kepalanya yang sentiasa pening dan sering pitam. Fahmi pula terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya hinggakan permintaan Hidayah untuk menjalani permeriksaan doktor pakar terbiar begitu sahaja. Hidayah pengsan lalu disahkan oleh doktor menghidap barah otak.
Lara penderitaan Fahmi semakin bertambah apabila mengetahui penyakit barah otak yang dihidapi isterinya itu. Saksikan kesudahan drama menyayat hati ini yang dibintangi Jue Aziz, Azri Iskandar dan Aznah Hamid.
credit to www.budiey.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 10:17 AM | Show all posts
rasa macam dh pernah tengok cte ni lu kt tv..main smpna perayaan apa ntah..awal muharram ke apa..tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:02 PM | Show all posts
Huh, Jue Aziz ni GEDIK LAH.

Pernah jumpa dia dekat Pavilion, PUKUl 7 MACAM TU feeling pakai SHADES.

CAMNER TU?

Lepas tu gedik-gedik dengan kawan-kawan dia, TOLONG LAH...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:23 PM | Show all posts
ini drama dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.254714 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list