|
Dunia muzik, fesyen dan seni bersatu
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/07/17
PERJUANGAN anak seni untukmengangkat martabat industri muzik dan fesyen tanah air diteruskan lagidengan penganjuran Music, Arts and Style International Festival (MASiF2010) yang akan berlangsung di pusat beli-belah terkenal, Pavillion,Kuala Lumpur. Festival lima hari ini akan berlangsung dengan penuh meriah bermula 15 hingga 19 September nanti.
Apayang unik, buat julung kalinya, acara ini menggabungkan dunia fesyendan persembahan hiburan dalam satu pentas, sekali gus merancakkan lagipersada muzik tanah air. Festival ini dianjurkan Bumiputra DesignersAssociaton (BDA) dengan kerjasama Majlis Muzik Malaysia (MMM), YouthMalaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pelbagai agensikerajaan termasuk Tourism Malaysia. MASiF 2010 dikendalikan SaphireScreen Sdn Bhd (SSSB) dengan kerjasama Pavillion Kuala Lumpur.Pengerusi MASiF 2010, Datuk Khadijah Ibrahim yang juga pemilik syarikatSSSB berkata, idea untuk menganjurkan MASiF adalah dari hasil kerjaberkumpulan.
"Pihak kami tampil dengan MASiF 2010 selepasperbincangan dan sesi cambah minda dengan rakan-rakan dari BDA, MMM danpereka fesyen terkenal, Bon Zainal pada tahun lalu. Sebenarnya,festival seperti ini memang sudah biasa dianjurkan di luar negara,tetapi ia masih asing di negara kita.
"Pemilihan Pavilionsebagai lokasi acara ini berlangsung kerana ia pusat beli belahterkenal dan menjadi tumpuan ramai seperti di Orchard Road, Singapura."Pihak kami percaya lokasi ini memang tepat untuk merealisasikan acaraini. Selain pertunjukan fesyen, persembahan hiburan, aktiviti sepertipameran lukisan juga akan diadakan.
"Pada masa sama, pihakkami merancang untuk mengadakan pesta makanan dan sebagainya. Namun,semuanya masih dalam perancangan lagi. Buat peminat di luar sana, sayajuga akan menghiburkan pengunjung.
"Orang ramai terutamawarga Kuala Lumpur diharap tidak melepaskan peluang keemasan untuksama-sama memeriahkan festival ini kerana ia percuma. Acara ini jugaberlangsung selepas kita meraikan Aidilfitri," katanya ketika ditemuidalam majlis A Media Get - Together bersama penganjur Masif 2010,kelmarin.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Induk MASiF 2010 iaitu Presiden BDA, Mahani Awang dan Bon.
Khadijahyang turut mengusahakan perniagaan makanan melalui Restoran Khadijahberkata, jika festival berkenaan berjalan lancar seperti direncanakan,pihaknya berhasrat untuk menjadikannya sebagai acara tahunan pada masaakan datang. "Semuanya bergantung pada sambutan orang ramai pada acaraini nanti. Jika mendapat sambutan ramai, pihak kami merancang untukmenjadikan acara ini sebagai acara tahunan. Satu sidang akhbar akanberlangsung untuk mengumumkan lebih lanjut program, artis dan barisanpenghibur yang akan terbabit dalam persembahan nanti," katanya.
Mengenaiperkembangan karier seninya pula, penyanyi yang dikenali melalui laguKu Sangka Siang Kiranya Malam dan Ku Pendam Sebuah Duka itu berkata,buat masa ini, fokusnya pada penganjuran festival berkenaan terlebihdulu. Sementara itu, pengurus pentas MASiF 2010, Mas Ayie Mas Omarberkata, antara barisan artis popular tanah air yang dijangka membuatpersembahan pada malam gala ialah Amy Search, Zainal Abidin, FaizalTahir, Azlan & The Typewriter, Stacy, Dayang Nur Faizah, JaclynVictor dan One Nation Emcees.
"Tidak ketinggalan penyanyidari Filipina, Zsa Zsa Fadila yang akan sama-sama memeriahkan festivalini nanti. Manakala artis dari Indonesia dan Brunei Darussalam pulamasih belum dapat kepastian lagi. "Semua artis popular yangdisenaraikan itu hanya sebahagian saja kerana kami akan umumkanmaklumat lebih terperinci dalam satu lagi sidang akhbar yang akandiadakan tidak lama lagi. Artis juga akan membuat persembahan setiaphari untuk menghiburkan orang ramai pada acara itu nanti," katanya. |
|