CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 1

[Kedah] Lima terperangkap banjir

[Copy link]
Post time 21-10-2021 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Lima terperangkap banjir[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


MANGSA banjir yang diselamatkan anggota Bomba. FOTO Ihsan Bomba.



Pendang: Pasukan bomba membantu memindahkan lima beranak yang terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Padang Tok Sedau, di sini ditenggelami air akibat banjir kilat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.25 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian itu.

"Paras air di lokasi kejadian dianggarkan setinggi tiga meter, dan kesemua mangsa terperangkap di dalam rumah di kawasan kebun.

"Komander operasi bersama anggota menggunakan bot penyelamat memindahkan lima mangsa termasuk kanak-kanak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kampung Padang Sedau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai sembilan anggota bersama dua jentera dari BBP Pendang yang diketuai Muhammad Farid Abdullah.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 8.45 pagi," katanya.




Disiarkan pada: Oktober 21, 2021 @ 10:20am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 10:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034167 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list