CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 0

[Kedah] 'Kantoi' cuba pindah minyak

[Copy link]
Post time 23-10-2021 06:52 PM | Show all posts |Read mode
'Kantoi' cuba pindah minyak[size=0.8][size=0.9]Hamzah Osman
[email protected]


BOT persiaran (putih) dikesan cuba memindahkan minyak secara haram ke kapal kargo berhampiran Terminal Feri Penumpang di Kuah, Langkawi. FOTO ihsan APMM



Langkawi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menggagalkan cubaan bot persiaran memindahkan minyak secara haram ke kapal kargo berhampiran Terminal Feri Penumpang di Kuah, di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, penahanan dibuat susulan aduan awam pada 2.05 petang.

"Sejurus menerima aduan, bot ronda Perkasa 1225 diatur gerak ke lokasi iaitu di kedudukan 0.5 batu nautika di Barat Laut, Terminal Feri Penumpang di Kuah untuk menyiasat.

"Sejurus tiba di lokasi mendapati kedua vesel itu sedang berlabuh dengan bot persiaran dikesan sedang memindahkan minyak tanpa kebenaran ke kapal kargo berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, malah ketika pemeriksaan nakhoda kapal juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau 'ship to ship' (STS).

"Bot persiaran dan kapal kargo terbabit masing-masing dikendalikan enam dan empat kru berusia antara 25 hingga 45 tahun termasuk seorang daripadanya warga Thailand.

"Kesemua kru dan barangan rampasan dibawa ke Pangkalan Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki menjalankan aktiviti 'ship to ship' (STS) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Disiarkan pada: Oktober 23, 2021 @ 6:45pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list