CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Pendang meningkat

[Copy link]
Post time 25-10-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Pendang meningkat[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 25, 2021 @ 8:50pm[email protected]


Khemah untuk mangsa banjir di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah ditambah berikutan jumlah mangsa yang meningkat. - Foto ANGKATAN PERTAHANAN AWAM



PENDANG: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 140 orang dari 36 keluarga, berikutan keadaan paras air sungai semakin naik.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, berkata jumlah itu setakat jam 8 malam hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah seramai 139 orang dari 35 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

"Paras air meningkat semula dan mencecah sehingga 2.90 meter disebabkan hujan lebat yang melebihi dua jam semalam dan pergerakan air Sungai Pendang yang deras.

"Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Sukamari, Kampung Seberang Pendang, Kampung Alor Punti, Kampung Batu 16, Kampung Tanah Merah Dalam Kampung Tanjung Radin, Kampung Banggol Besi, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Titi Kera, Kampung Sungai Mati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yuslina berkata, keadaan terkini ketika ini cuaca mendung dan air sungai belum surut.

Beliau berkata, banjir yang berlaku sejak Khamis lalu disebabkan hujan lebat melebihi dua jam menyebabkan air Sungai Pendang melimpah secara mendadak dan menyebabkan limpahan air di lima mukim di daerah ini.

"Limpahan air berlaku disebabkan aliran arus yg deras menyebabkan beberapa rumah berhampiran Sungai Pendang dinaiki air," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.260324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list