Lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Amar Baharin berkata, dia sentiasa berpegang pada prinsip tidak menghiraukan pendapat netizen dan hanya mengikut kata hatinya dalam membuat keputusan.
Katanya, sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada kecaman dan kritikan netizen yang sentiasa mencari salah terhadap apa sahaja tindakan yang dilakukan mereka.
Kredit foto: IG Amar
"Saya sepanjang hidup memang tak pernah berpegang pendapat netizen sebab saya ada prinsip hidup sendiri terutama apabila bekerja dengan orang yang kita berurusan dalam hal kerja itu.
"Kalau kita dengar netizen cakap memang benda ni takkan habis, biasalah separuh sokong dan begitu juga sebaliknya, jadi sekarang ni kita nak duduk di mana? Kita boleh jadi gila tahu kalau dengar cakap orang.
"Tetapi mana pendapat yang boleh guna, kita ambil untuk perbaiki diri kita yang mana tak elok jadikan angin lalu sahaja la, jujur dengan diri sendiri InsyaAllah peminat boleh terima," katanya kepada mStar.
Amar, 36, ditemui semasa sidang media drama Hati Yang Dikhianati yang diadakan secara atas maya, baru-baru ini.
Suami aktres Amyra Rosli ini mengulas mengenai isu hangat membabitkan video lawak lucah pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini.
Kredit foto: IG Amar
Keterlanjuran kata Fauzi itu menyebabkan ada segelintir netizen mengambil keputusan untuk memboikot selebriti dan program yang terlibat.
Berkongsi pandangannya, Amar berkata tidak wajar netizen membuat tindakan sedemikian kerana artis juga merupakan manusia biasa dan perlu diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan.
"Saya pun tidak tahu cerita penuh sebab saya tidak melihat video tersebut sampai habis, mungkin netizen tidak boleh terima dengan cara dia bercerita sebab terlalu terbuka sangat.
"Tapi dia pun dah minta maaf... tak wajar la nak boikot, (mereka) dah minta maaf tu pun satu tindakan yang sepatutnya," ujarnya.
the true definition of if you have anything nice to say, dont say nothing at all applies in this situation.
would u say the same kalau ada orang cerita benda yang sama melibatkan your wife? just maafkan since dia dah.. apologise?
i understand his point of view of 'memaafkan' but next time u nak kasi pendapat, cuba bayangkan benda sama jadi kat bini u, mak u, kakak u, ahli keluarga u. kalau u dah imagine and rasa u ok, then baru boleh kasi komen.
dan kalau u bagi komen sebegitu sebab u dah imagine and u ok with it, that speaks volume. that says a lot about you. kesian amyra dapat laki mcm u. it would b so much better to diam je daripada kasi komen acah terpaling mcm u. shame on u.
Ini bukan kisah gaduh2 manja adikberadik nak bermaafan di pagi raya! This is very serious issue! Tiada perkataan maaf utk org yang menyokong sexual harassment atau berbuat lawak about sexual harassment!
Post time 27-10-2021 02:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
babi sangat kan ko ni? dah sedap2 ramas orang lepas tu claim hanya lakonan? lepas ni perogol bersiri pon start claim cuma lakonan sebab ikut alasan bodoh ko ni kan babi?