Ibu kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat berasa sebak mengenangkan keadaan anaknya di negara Australia.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkata, ibu Sajat tidak lagi ceria seperti dahulu.
“Mak kau (Sajat) tidak seceria macam selalu, namun mereka selalu sahaja memberitahu tentang perkembangan kau, mereka yang beritahu Sajat dah berada di Australia.
“Anak-anak kau pun sama juga, sering bertanya bila Umi hendak balik, rindu kepada Umi,” katanya menerusi ‘live’ di Instagram bersama Sajat sebentar tadi.
Foto: IG
Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan Sajat agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak melakukan sebarang kontroversi yang boleh memakan diri.
“Saya doakan yg terbaik buat Sajat, sentiasa dekatkan diri dengan Allah, selalu buat benda ke arah kebaikan, saya rasa Sajat pun tidak mahu perkara-perkara ini terjadi.
“Sebagai sahabat, saya, isteri sentiasa anggap Sajat sebagai sahabat dunia dan akhirat, jangan dilayan sangat dengan netizen. Semoga Sajat bahagiakan keluarga, kami sentiasa doakan yang terbaik, jangan lupa sembahyang,” ujarnya.
Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Sajat, telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Sebelum itu, polis turut mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.
Kosmo! baru-baru ini, melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini – CARI
mak dia kan yang nak kata nak cili mulut siapa kata anak dia tu laki kannn...
nahhh skrg ambik.... sajat sendiri mengaku, apa lagi....
p la cili mulut sajat tuh...
On the other hand, mak bapak mana yg tak sayang anak oiii cuollss.. even anak dia penagih tegarpun tetatp nak beking anak...
But in this case cewah ckp inggeris pulok, mak bapak sajat mungkin dah nasihat tapi tak jln peponen ni kan fefeling dia je yg betul khennnnnnnnn
Post time 28-10-2021 09:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
apedehal: Makpak dia bongok kan..kemain ...
Dah suka sgt cabar sana sini sinun.. nak.jd pompuan jd ajelaa.. itu dose ko dgn Allah.. mulut srlupe longkang pas tu play victim.. ape punya pundeklaa..mak bpk ko pun sama jugak naik..asyik menangkan anak..patut mak pak tuu pun patut tereban ke ostolia jugak..
Post time 28-10-2021 09:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg x de mak bapak yg x sayang anak.. Yg menerima je Wpun Anak buat salah.. Yg sentiasa support anak... Tp klu ank tu da buat salah mak pak x blh la nk bekap buta2.. Adalah lebih baik waktu tu mak pak sajat x masuk campur..... Klu reporter tny ckp je no komen... Pandai la si sajat tu handle masaalah dia...
Mcm ritrud.. Satu bagus pasal dia mk pak adik badek dia x pernah mencabup... Pandai2 la si ritrud settlekan masaalah dia.. Dr zaman ngn edel lagi
mak bapak mmg sayang anak tapi sepatutnya bezakan perbuatan anak tu dengan diri anak tu sendiri. Apa anak ko buat tu salah, ko tak payah nak backup. Boleh je distance kan diri. tapi bukan bermaksud ko berenti sayang anak ko tu. Ni dah ko sama subahat. Ntah pape tah..
Post time 28-10-2021 09:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak ceria sbb dah tak asyukkk ke.... Tu la, mak bapak pon sama bersekongkol. Ngan anak... Sanggup mengaku anak khunsa demi duit. Igt lagi bapak die cakap masa live, ade org nk tgk poen sajat..... Bapak die kate bg duit dlu... Br boleh.... Haaa... Skrg rasakan la...
Mcm mak bapak safiey tu aku kesian la jgk.. Nampak die berusaha untuk ubah anak die... Walaupon safiey tu tetap jahanam.... Yg mak ayah sajat ni, sanggup biarkan anak bertelekung pegi umrah... Sket pon tak nasihat.... Apooo