CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3267|Reply: 16

Anak Bongsu Mamat Khalid Tak Sempat Jumpa Arwah, Tahu Berita Kematian Melalui Me

[Copy link]
Post time 28-10-2021 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Anak bongsu Allahyarham Mamat Khalid dikenali Ann Khalid menerima perkhabaran duka mengenai pemergian bapanya menerusi platform media sosial, Sabtu lalu.


Isteri Allahyarham, Hasmah Hassan berkata, anak bongsunya yang mesra dengan panggilan Baby itu kini belajar di luar negara serta masih memerlukan ruang dan masa kerana tidak dapat pulang berjumpa bapanya buat kali terakhir.


"Baby paling berduka dan terkesan kerana tidak dapat pulang berjumpa arwah buat kali terakhir. Malah, dia juga tahu papanya sudah tiada menerusi media sosial. Teknologi ketika ini terlalu pantas, apatah lagi media sosial.


"Semuanya berlaku sekelip mata dan terlalu pantas, kami di sini belum sempat untuk memaklumkan kepada Baby kerana menguruskan Abang (Mamat Khalid).


"Itu yang membuatkan dia terlalu ralat dan masih memerlukan ruang dan sedikit masa. Baby juga merancang untuk pulang menziarahi pusara, namun dalam proses untuk menguruskan semuanya.


"Arwah menyimpan segunung harapan buat Baby, jadi walau apa pun terjadi dia perlu untuk meneruskan impian Abang," katanya kepada Harian Metro.




Foto: Harian Metro




Ann atau nama sebenarnya Nur Hassanah Mohamad kini  melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, Universiti Of East Anglia, Norwich, England.


Terdahulu, pengarah tersohor itu rebah selepas bermain keyboard di kafe miliknya Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah Sabtu lalu.


Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987.


Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanah. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.x smpat tgk jenazah
X pela.moga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
It's okay adik. Doakan dari jauh je. Akak pun dulu tak sempat balik ms ayah meninggal. Facetime dgn family je masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia dhla lama kan tak jumpa, teringat masa arwah abah iols meninggal pun adik iols tak dapat nk menatap cuma sempat sampai kat kubur je masa time baca talkin.
Sedih gila juga dia, abah iols meninggal mengejut adik iols plak ada program kt terengganu.
Nak blk susah mujur paksedar hat duk ganu sudi g amik dia dan hantar tp tgh jalan keta plak rosak mcm2 cabaran nk balik tgk jenazah tu.
Perasaan terkilan ni memang sgt menyakitkan.
Iols paling tak suka perasaan dlm keta masa otw setiap kali terima perkabaran kematian yg mengejutkan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya [em:9:] arwah abah kite meninggal masa kite baru balik sekolah, rebah masa nak solat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih. Pandai anak arwah yg ni ya. Takpe dik.. tak balik pun tak apa. Doa sampai dari mana2 saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2021 04:05 PM | Show all posts
yang sedih tau dr internet tu..keluarga kalut nak urus jenazah... sabar la dik
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnye
teringat roomate masa study dulu
mlm2 dpt berita abang dia meninggal
dia pny menangis tu perggghhh serammmm
cari tiket flight minit
da la flight amik masa 7 jam baru sampai
sebaik sempat tgk jenazah

harap anak ni sentiasa doakan arwah ayahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan... Takpelah... Arwah ayah dah pun selamat bersemadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la macam housemate iols. Tapi dia macam tak terkejut sebab few hours sebelum arwah ayah dia takde, pihak hospital dah call family members siap2.

Cuma yang waktu ayah dia takde tu dalam pukul 2-3 pagi, housemates yg lain tolong dia kemas baju & beli tiket flight balik. Nasib baik tiket flight pagi tu ada lagi, pukul 7 pulak tu. Sempat la dia sampai on time
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:47 PM | Show all posts
Baby paling berduka dan terkesan kerana tidak dapat pulang berjumpa arwah buat kali terakhir. Malah, dia juga tahu papanya sudah tiada menerusi media sosial. Teknologi ketika ini terlalu pantas, apatah lagi media sosial.

"Semuanya berlaku sekelip mata dan terlalu pantas, kami di sini belum sempat untuk memaklumkan kepada Baby kerana menguruskan Abang (Mamat Khalid).


rasanya dia paling ralat part ni…  family tak bagitau lagi tapi dia tau dari media sosial…
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, sedihnya hati dapat tahu through media
Zaman sekarang ni tak susah pun nak angkat telefon or facetime
Sibuk sangat nampaknya sampai tak ingat nak bagitau adik, ataupun abang ingat kakak dah call, kakak ingat mak dah call
Kalau iols ditempat dia, mesti rasa macam nak gugur jantung bukak instagram orang share berita arwah
“Betul ke?
Hoax kot sebab takde orang bagitau”
Dup dap dup dap
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes mak paling setuju part ni. Terkilan x dpt tgk sbb jauh tu mungkin dia boleh terima. Terkilan part x dihubungi family tu yg sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anak bongsu kan mesti paling manja, nak buat mcmana jauh, tapi mujur sangat lah bang mamat pergi time dah takde sekatan, tgk ramai org ke ipoh berziarah, rezeki beliau org baik ramai sayang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
anak laki die inform tiara awal bile ayah die meningngal.  tp anak arwah sndiri tau dr social media? apekah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_blanco at 29-10-2021 11:16 AM

Semoga keluarga allahyarham Mohammad bin Mohamad Khalid bersabar dgn dugaan ini.. terutamanya anak arwah yg tak sempat balik.. teringat waktu arwah ayah aku meninggal, aku tak sempat jenguk kat hospital.. ada jumpa ayah 3 hari sebelum dia meninggal, cerita gitu gitu je dengan arwah sebab ayah nak rehat baru keluar wad.. tak sangka la 3 hari lepas tu dia dah takda..aku lagi waktu tu tengah sarat mengandung..tapi aku sempat tengok mayat ayah di kampung sebelum kubur, lepas balik rumah aku rasa kosong.. kalau aku sampai kat kampung rasa sunyi ja rumah sebab kalau kami balik ayah yg paling riuh sambut..sekarang takda lagi macam tu..rindu ayah..sedihnya..sob..sob..

Bertabah ye keluarga arwah, rajin lah doakan dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.094803 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list