CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1969|Reply: 7

[Bollywood] Anak Shah Rukh Khan diikat jamin

[Copy link]
Post time 29-10-2021 12:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 29-10-2021 09:40 AM

Anak Shah Rukh Khan diikat jamin


Ada dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu. - Gambar AFP

NEW DELHI: Mahkamah India pada Khamis membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.

Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai, pada awal bulan ini.

Dalam penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan dan dua lagi yang mempunyai kaitan dengan kes ini.

Isu dadah sejak beberapa hari ini mencetuskan kontroversi, berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Nawab Malik, seorang menteri Kerajaan Maharashtra sebelum ini menuduh agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.

Media pula melaporkan, tiada sebarang dadah terlarang ditemukan pada Aryan.

Ketika masih diselubungi kontroversi, polis di bandar raya Pune, kira-kira 150 kilometer dari Mumbai pada Khamis, menahan Kiran Gosavi, lelaki yang dikatakan sebagai penyiasat persendirian dan menjadi saksi kes dadah berkenaan, berhubung kes penipuan pada 2018.

Swafoto Gosavi bersama Aryan Khan tular di media sosial mencetuskan persoalan mengenai hubungan penyiasat itu dengan NCB.

Pengarah Wilayah Agensi itu, Sameer Wankhede, sebelum ini memohon perlindungan mahkamah selepas beliau ditahan atas tuduhan salah laku. – BERNAMA

SumbeR:https://www.bharian.com.my/dunia ... h-khan-diikat-jamin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 08:14 AM | Show all posts
money is King
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan kata tak boleh ikat jamin ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit duittttt
Dimana ko duitttttt
Seronok ada apak mak kaya gila
Donya ni ana yang punyaaa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan nya anti klimaks nye la kalau kes2 melibatkn ank somebody ni..sedngkn anak mat sabu pun bleh lepas inikan plak anak megastar buliwud ye dak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Fans dia kat India tu punye la sanjung si srk ni mcm tuhan... Si aryan ni selamat sbb bapak dia je... Mmg da lama tau kan ank2 pelakon ni mmg main dadah... Mak pak pun sama.. Cuma x kantoi je.. Kali ni kantoi tp byk campur tgn.. Lagi2 fans sek yg percaya ank dia dianiaya sbb politik... Untung la artis bollywood ni... X yah susah2 nk convince kan masyarakat... Dia punye fans mmg gile babi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2021 10:09 AM | Show all posts
betul tu, fans srk siap begendang pesta sebab aryan ni lepas. entah insaf ka tidak budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 11:28 AM | Show all posts
ohh keluar gak laa akhirnya.. jangan lupa, uncle salman khan pun byk membantu gak tu, jgn lupa jasa dia pulak lps2 ni hihihi. lain2 tu ntah laa, mcm korg ckp laa money is king kan. sbb aritu kat tu kata tak boleh ikat jamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 1.125495 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list