CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 686|Reply: 1

[Pulau Pinang] 2 pendaki ditemukan selamat selepas 6 jam sesat

[Copy link]
Post time 3-11-2021 09:56 PM | Show all posts |Read mode
2 pendaki ditemukan selamat selepas 6 jam sesat[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


Anggota JBPM berjaya mengesan dua pendaki yang tersesat di Taman Rimba Cherok Tokun di Bukit Mertajam, tengah hari ini. Foto Ihsan JBPM





Bukit Mertajam: Dua pendaki ditemui selamat selepas sesat kira-kira enam jam ketika mendaki di Taman Rimba Cherok Tokun di sini, tengah hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.09 tengah hari daripada seorang daripada mangsa itu.

"Mangsa memaklumkan mereka gagal menjumpai jalan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian.

"Mangsa kemudiannya menghantar lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp kepada komander operasi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan Penanti bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat melalui laluan pendakian berpandukan lokasi yang dihantar oleh mangsa.

"Kedua mangsa lelaki dan perempuan berusia 20 tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun ke kaki bukit pada 7.30 malam tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Disiarkan pada: November 3, 2021 @ 9:06pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
apalah yg korang berdua buat kat atas bukit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.105432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list