Sungai Petani: Tujuh lokasi 'hotspot' dikesan sebagai kawasan yang berpontensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di Kuala Muda.
Jabatan Metereologi Malaysia bersama Jabatan Pengairan dan Salinan Malaysia (JPS) menjangka ia berlaku 4 hingga 7 November ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, bagi daerah ini fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan persisiran pantai dan sungai di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda dan Tikam Batu.
Menurutnya, susulan daripada itu pihaknya bersama beberapa agensi lain melakukan pemantauan sepanjang dua hari lalu dan setakat ini hanya satu kawasan didapati terjejas iaitu di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.
"Enam rumah yang terletak berhampiran persisir Kuala Sungai Muda dinaiki air sedalam 0.1 meter namun tidak membabitkan sebrang kecederaan atau kerosakan harta benda.
"Berikutan itu, polis bersama agensi lain sentiasa berada dalam keadaan siap siaga serta melakukan tinjauan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin selain menghulurkan bantuan buat individu yang terjejas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Adzli berkata, pihaknya meminta orang ramai berwaspada dan menghentikan seketika aktiviti di perairan pantai sepanjang fenomena ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.